Wanita dan kecantikan memang tak dapat dipisahkan. Macam – macam cara dan kaedah dilakukan demi memastikan wajah kekal cantik berseri dan kelihatan awet muda. Lebih-lebih lagi jika bergelar selebriti, setiap penampilan diri juga harus dijaga.

Suntikan DNA Salmon

Terbaru, penyanyi terkenal Indonesia, Krisdayanti, mengakui mengambil suntikan DNA ikan salmon bagi mengekalkan kejelitaan wajah dan awet muda.

Kris Dayanti Ambil Suntikan DNA Ikan Salmon Untuk Kekal Awet Muda

Menurut laporan media Kompas, penyanyi yang mesra disapa KD itu memberitahu, rawatan tersebut merupakan salah satu rahsia kecantikannya dan ia diambil bagi tujuan mencerahkan kulit wajah.

IKLAN

“Tubuh manusia bukan hanya memerlukan karbohidrat, tetapi juga omega 3. Salah satu ikan yang paling tinggi kandungan omeganya adalah salmon,” katanya ketika ditemubual menerusi program Ngopi Dara, baru-baru ini.

Kris Dayanti Ambil Suntikan DNA Ikan Salmon Untuk Kekal Awet Muda

Proses Meremajakan Kulit Wajah

Sementara itu, doktor kecantikan yang merawat penyanyi berusia 44 tahun itu berkata, proses meremajakan kulit wajah menggunakan ikan salmon sudah banyak dilakukan di Korea dan Singapura.

IKLAN

“Sebab itu kita lihat kulit muka mereka sangat bersih, cantik dan berkilau,” jelasnya.

Doktor berkenaan turut menyarankan KD mengambil suntikan setahun sekali memandangkan keadaan kulit wajahnya masih baik.

IKLAN

Kris Dayanti Ambil Suntikan DNA Ikan Salmon Untuk Kekal Awet Muda

MW: Macam-macam cara nak cantikkan kulit wajah iya. Tak kisahlah macam mana pun kaedahnya, asalkan tidak membahayakan diri.

Sumber: Sinar Harian

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI