Para pencinta seni suara yang merindui alunan vokal yang menyentuh jiwa, bersiap sedialah! Konsert yang dinanti-nantikan ramai Konsert Cinta Nostalgia bersama Kris Dayanti kini sah akan berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 22 Jun 2025.
Lokasi ini dipilih bagi memastikan para peminat menikmati pengalaman konsert yang lebih selesa, mewah dan mengasyikkan. Suasana yang lebih eksklusif dan sistem akustik bertaraf dunia di PICC dijangka menjadikan persembahan malam itu satu kenangan terindah.
Gabungan Penyanyi & Pengarah Muzik Tersohor
Diva tersohor ini bakal menghidupkan pentas dengan vokal lantangnya yang memukau, diiringi susunan muzik orkestra yang megah dan eksklusif, di bawah arahan Pengarah Muzik tersohor, Erwin Gutawa.
Ads
Lebih istimewa, dua bintang hebat tanah air, Mimi Fly, yang sinonim dengan gaya persembahan bertenaga dan vokal yang unik, serta Khai Bahar, penyanyi lelaki pilihan ramai dengan suara yang memikat akan turut menyerikan pentas sebagai penyanyi undangan khas.
Ads
Gabungan bintang-bintang ini bakal menghadirkan malam penuh warna, emosi dan nostalgia, sekali gus menyatukan peminat dari pelbagai generasi dalam satu momen yang tidak akan dilupakan.
🎟️ Tiket masih boleh didapati melalui UberTickets di pautan rasmi:
👉 https://cintanostalgia.ubertickets.asia
Ads
Para peminat disarankan untuk mendapatkan tiket lebih awal bagi memastikan tempat dalam malam yang menjanjikan keajaiban muzik dan kenangan.
Dalam dunia seni yang sering penuh pancaroba, sesetengah kejayaan hadir bukan kerana sorotan lampu atau kemasyhuran semata, tetapi kerana keikhlasan hati dan sumbangan yang tulus.
Itulah yang terpancar dalam diri aktres anggun tanah air, Fasha Sandha, apabila beliau dikurniakan Pingat Jasa Baik (PJB) sempena Ulang Tahun Keputeraan ke-82 DYMM Tuanku Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail.
Majlis istiadat yang berlangsung megah di Istana Arau baru-baru ini menjadi momen yang cukup bermakna dalam perjalanan hidup wanita cekal ini. Bukan sahaja pengiktirafan diraja, tetapi juga simbol penghargaan atas segala usaha dan kebaikan yang telah ditabur dalam diam.
Menerusi luahan yang dikongsi di Instagram, Fasha atau nama sebenarnya Nur Fasha Sandha Hassan, 41, menyifatkan anugerah ini sebagai salah satu detik paling bersejarah dalam hidupnya.
“Saya anak kelahiran Johor Bahru, dibesarkan di Perlis selama 12 tahun. Hari ini hari bersejarah buat saya,” tulisnya ringkas namun penuh emosi.
Lebih menyentuh hati, pelakon drama Dzikir ini tidak lupa mengucapkan terima kasih kepada insan-insan yang menjadi tonggak kekuatannya terutamanya suami tersayang, ibu, anak-anak, keluarga dan para peminat yang sentiasa mendoakan dan berdiri di sisinya.
“Anugerah ini saya jadikan penyuntik semangat untuk menjadi insan yang lebih baik. Patik ini banyak kelemahan dan kekurangan, berbanding kelebihan,” ujar Fasha dalam nada merendah diri, menyentuh jiwa para wanita yang turut melalui perjalanan yang serupa tidak sempurna, tetapi sentiasa cuba menjadi lebih baik.
Di sebalik kemegahan istiadat diraja, terpancar satu nilai murni yang menjadikan penampilan Fasha Sandha begitu istimewa. Fasha memilih untuk mengenakan semula busana pertunangannya tujuh tahun lalu bagi menghadiri majlis penganugerahan Pingat Jasa Baik (PJB) di Istana Arau.
Pilihan yang mungkin tampak sederhana di mata sesetengah orang, namun penuh makna buat seorang wanita yang menghargai kenangan, nilai kasih dan akar dirinya.
Rekaan eksklusif daripada Rizman Ruzaini berona ungu lembut itu pernah menemani detik cinta yang bermula. Kini, busana sama menyaksikan detik penghormatan tertinggi yang diterimanya sebagai wanita yang terus memberi, tanpa pernah meminta balasan.
Dipadankan dengan selendang Rumah Kebaya Bangsar dan kasut hadiah suami tercinta, Fasha membuktikan bahawa keanggunan sebenar bukan terletak pada yang baru atau mahal, tetapi pada jiwa yang tahu menghargai apa yang pernah ada.
“Pakai baju lama, baju masa tunang. Nasib ada baju 2018 Rizman Ruzaini. Kasut pun hadiah daripada suami. Saya cinta awak, suami,” luahnya penuh kasih, menyentuh hati ramai wanita yang mengerti erti keikhlasan dan kesetiaan.
Turut menerima penganugerahan yang sama ialah dua lagi figura seni tanah air, Rita Rudaini dan Ezany Nizariff satu pengiktirafan yang menyerlahkan sumbangan selebriti dalam membina masyarakat yang lebih prihatin dan bermakna.
Buat Fasha Sandha, anugerah ini bukan hanya trofi untuk dikenang, tetapi satu semangat baharu untuk terus berbakti, berkarya dan menjadi inspirasi buat seluruh wanita Malaysia. Semoga langkah Fasha menjadi bukti bahawa bila wanita ikhlas memberi, Tuhan akan mengangkatnya setinggi-tinggi darjat bukan hanya di mata manusia, tetapi di sisi-Nya juga.
Dalam hidup, kita tak selalu dapat apa yang kita rancang. Kadangkala, kita sangka akan kekal selamanya, namun akhirnya terlerai juga. Bagi pelakon Fattah Amin, perceraian bukan penamat, tetapi permulaan baharu yang dipenuhi hikmah.
Walau ramai tertanya bagaimana dia boleh ‘move on’ selepas rumah tangganya berakhir, Fattah memilih untuk tidak tenggelam dalam kesedihan. Baginya, setiap orang punya cara sendiri untuk sembuh dan dia memilih untuk berserah pada aturan Allah.
“Jodoh saya, ujian ini, semua sudah ditentukan. Saya reda, saya tenang, saya teruskan hidup,” ujarnya lembut, namun penuh makna.
Dalam pertemuan eksklusif bersama media sempena pelantikannya sebagai duta minuman tenaga Orang Kampung, Fattah tampil tenang dan matang ketika berkongsi soal perjalanannya selepas berpisah Oktober lalu.
“Semua yang terjadi ada hikmah. Jodoh saya, perpisahan ini, semuanya sudah ditetapkan oleh Allah. Saya reda. Bila dan bagaimana saya dapat jodoh baru, itu urusan Allah. Saya serah segalanya pada-Nya,” katanya jujur.
Menolak anggapan bahawa lelaki lebih cepat melupakan selepas berpisah, Fattah menyatakan bahawa perjalanan emosi setiap individu tidak boleh disamaratakan.
“Kita tak boleh buat kenyataan umum. Ada yang cepat, ada yang perlahan. Semua orang lalui fasa yang berbeza. Macam jodoh juga, ada yang datang awal, ada yang lambat,” jelasnya.
Sebagai seorang yang cukup dikenali kerana imej bersih dan peribadi tenang, kenyataan Fattah memberi gambaran bahawa beliau bukan hanya sekadar selebriti, tetapi juga lelaki berjiwa matang yang tahu letak duduk takdir dan emosi.
Dalam perkembangan lain, Fattah meluahkan rasa terharu apabila dipilih sebagai duta kepada jenama minuman Orang Kampung, produk yang amat dekat dengan keluarganya sejak dahulu.
Meskipun kehidupannya berubah selepas perpisahan, Fattah memilih untuk tidak tenggelam dalam kesedihan. Sebaliknya, beliau meletakkan sepenuh keyakinan kepada aturan Tuhan — satu sikap yang boleh dijadikan inspirasi buat ramai wanita di luar sana.
Kadangkala, ketenangan itu bukan datang dari cepatnya kita sembuh, tetapi dari keikhlasan menerima bahawa segalanya sudah tertulis.
Aidiladha tahun ini lebih bermakna buat penyanyi terkenal, Nabila Razali. Bukan sahaja menyambut Hari Raya Korban, beliau dan suami, Nik Iruwan Nik Izani bakal meraikan majlis akikah dan kesyukuran anak sulung mereka, Baby M.
Majlis yang dijadualkan akan berlangsung pada 7 Jun ini bertempat di Franky Corner, Kota Bharu, Kelantan. Lebih istimewa, Nabila menjemput seluruh rakyat Kelantan, khususnya peminat dan penduduk setempat untuk turut sama berkongsi kegembiraan mereka sekeluarga.
“Alhamdulillah, Baby M adalah hadiah terindah dalam hidup saya dan suami. Jadi ibu adalah satu anugerah, penuh cabaran tapi sangat bermakna,” luah Nabila yang kini bergelar ibu pada usia 33 tahun.
Bagi Nabila, majlis ini bukan sekadar simbol kesyukuran, tetapi juga ruang untuk merapatkan hubungan silaturahim dengan peminat serta masyarakat sekeliling.
“Kami amat berbesar hati jika anda semua dapat hadir. Bukan sahaja untuk meraikan Baby M, tetapi juga sebagai tanda kasih dan ukhuwah sesama kita, lebih-lebih lagi dalam bulan yang penuh keberkatan ini,” katanya lagi.
Pasangan ini menyambut kelahiran Baby M pada 23 Disember lalu di sebuah pusat perubatan di Lembah Klang. Bayi comel seberat 3.1 kilogram itu melengkapkan kehidupan mereka selepas melangsungkan perkahwinan pada 18 Disember 2023.
Majlis yang diadakan di kampung halaman suami ini dijangka berlangsung dalam suasana yang harmoni dan penuh kemesraan, selaras dengan semangat Aidiladha yang membawa erti pengorbanan, kasih sayang, dan kebersamaan.
Tahniah buat Nabila sekeluarga. Semoga Baby M membesar menjadi anak soleh yang membawa bahagia dan barakah dalam kehidupan mereka berdua.
Ibu didapati bersalah amang seksual anak kandung sendiri. Seorang ibu yang sepatutnya menjadi pelindung kepada anak-anak bertukar sikap sebaliknya apabila melakukan perbuatan di luar...