Pernah tak mak ayah berjanji dengan anak macam-macam sebab nak hentikan anak menangis atau konon nak pujuk si kecil daripada buat sesuatu yang tak elok?
Haaa… faham, sebenarnya bukan niat nak main-mainkan hati anak tetapi kadang ada yang terlupa. Atau mungkin sebab tengok anak dah ok, jadi mak ayah abaikan janji yang dah buat dengan anak.
Maka untuk tahu kesan dan cara terbaik selesaikan masalah berjanji dengan anak ini, kita semak cara yang dikongsikan oleh saudara Muhammad Ahmad ini…
Cara Yang Biasa Mak-mak Buat
“Adik mandi, makan, umie janji petang nanti kita pergi taman.”
Tapi bila sampai waktunya kita tidak tunaikan. Esok kita ulang skrip yang sama. Kita anggap anak-anak lupa sedangkan otak mereka telah program apa yang kita janjikan.
Ads
Akhirnya anak-anak akan kecewa. Mula tidak peka dengan arahan. Mereka mula anggap kita tidak jujur dan berbohong.
Sebab itulah saya pesan kepada isteri:
1. Jangan sesekali berjanji dengan anak, jika berjanji ‘wajib’ tunaikan. Jika tidak mampu pergi kepada anak ‘wajib’ minta maaf dan terangkan kenapa janji tersebut tidak dapat ditunaikan.
2. Didik anak buat sesuatu untuk الله sayang.
Ads
“Muhammad mandi,makan,solat,kemas tempat tidur pasti الله sayang,pasti الله bagi ganjaran. Apabila الله sayang Muhammad umie pun sayang,abi pun sayang,semua orang sayang”
3. Banyakkan memberi dari berjanji.
“Oleh kerana adik rajin,soleh. Umi dan abi hadiahkan adik sebuah basikal..?♂️”
4. Setiap percakapan sertakan perkataan INSYAALLAH (dengan hati yang ikhlas)
Ads
“Muhammad RAJIN mandi,makan,solat,bantu umi kemas rumah INSYAALLAH umi dan abi bawa pergi jalan-jalan di pantai ya”
Nampak tak setiap perlakuan, percakapan kita memberi impak terhadap emosi anak-anak.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Masih ramai pasangan suami isteri yang gagal mencari sebab punca pembaziran dalam keluarga, akhirnya setiap hujung bulan langsung tak boleh menyimpan duit malah lagi teruk tak cukup duit nak makan!
Inilah yang nak dikupas dan direnungkan bersama, jemput baca perkongsian daripada saudara Azizul Azli Ahmad, adakah kita juga masih buat 17 sikap buruk ini?
Kita masih tak sedar bahawa kita banyak membazir sebenarnya. Ramai yang saya jumpa anggap ia bukan pembaziran…
1. Beli kereta yang salah,masih banyak kereta yang mampu dan murah.
2. Belian online sebab tawaran Lazadahh sukar dilepaskan.
3. Suka ikut apa kawan pejabat beli, dia beli aku nak beli juga.
4. Pakar semua gajet terkini tapi bab pelaburan tolak tepi. Bosan katanya lagi.
5. Suka makan luar, dimana viral makanan gila. Kita sampai punya!
6. Beli dipasaya sebab ada jualan Krismas Raya walaupun benda itu kita tak guna.
7. Bil telefon luar biasa, kurangkan bercakap banyakkan mendengar dan membaca.
8. Tiada perubahan gaya hidup tiap kali tahun baru datang, masih berjoli sakan.
9. Percaya dengan semua produk kecantikan, rajin beli dan cuba. Halal atau tidak kita tampal dimuka? Janji gojes dipandang mata.
10. Suka baca akhbar saja, buku Wang Ada Dimana bagus banget untuk dibaca. Ramai yang berjaya.
11. Semua warna tudung dan fesyen yang kita ada penuh almari kita. Barulah hijalasbista.
12. Buat sambutan hari jadi sendiri, alah setahun sekali. Cubalah beli emas hadiahkan diri,itu simpanan yang baik.
13. Membazir air dan api dirumah tanpa rasa bersalah, sikit jer pun.
14. Keluar rumah tanpa rancangan, jumpa apa semua beli saja. Baru puas dihati.
15. Tadika anak kita mahal gila, bukan boleh masuk universiti dah tamat nanti. Tapi sebab nak ada gambar konvo nanti.
16. Beg dan kasut sekolah baru anak walau masih elok lagi. Bagi semangat katanya, jika mereka cemerlang tak mengapa.
17. Cuba amalkan doa “Ya Allah peliharalah mata ini dari terbeli barang tak guna dan cair dengan godaan mata jurujual jelita”.
Banyak benda kecil kita selalu tak kisah. Sebab itu hidup kita susah.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Wanita ini kongsi pengetahuan bagi ubat cair kahak yang diperoleh daripada seorang doktor ketika dia dan suami ke klinik untuk mendapatkan rawatan anaknya yang demam tak kebah.
Bila dia maklumkan pada doktor tentang anak keduanya yang mudah diserang penyakit, doktor menerangkan sebabnya dan beritahu cara betul yang patut mak ayah praktik ketika beri ubat cair kahak untuk anak.
Bagus perkongsian daripada Puan Tengku Wdec ini. Sebab rasanya ramai mak ayah di luar sana yang melakukan kesilapan yang sama sepertinya. Mungkin itu kebiasaan yang tidak dibetulkan. Moga perkongsian ini akan memberi manfaat pada mak ayah yang lain.
Tengku dan suami bagi ubat dekat anak macam orang lain bagi. Ambil picagari, cucuk dalam botol ubat. Tarik. Suap kat anak. Lepas tu cucuk balik dalam botol lain. Rupanya SALAH.
“Sampailah one day anak bongsu kami demam, batuk plus selsema. So bawa ke klinik swasta dekat bandar Dungun ni.”
Masuk dalam bilik doktor. “Tengku cakap anak kami no. 2 ni senang sangat sakit. Selalu demam, batuk dan selsema. Tak macam si abang.”
Bila doktor check katanya paru-paru Rifky ‘basah’. Memang masa tu dia bernafas bunyi macam kahak dalam. Macam asma pun ada. Then doktor terangkan kenapa jadi macam tu.
Doktor cakap sebab susukan anak sambil tido. Bila anak sendawa dalam posisi baring. Susu automatik akan masuk dalam paru-paru dia. Benda ni memang susah nak elak. Masalah ni akan jadi berulang-ulang sampailah anak dah besar dan pandai makan minum sendiri sambil main. Means dah bercerai susu.
Oohhhh…maka terhangguk-hangguklah kepala kami. “Baru aku tahu. Rasa macam kurang ilmu lak masa tu.”
Lepas tu tiba-tiba doktor tu tanya. “Biasa bagi ubat kat anak macam mana?” Suami Tengku dah buat muncung panjang hala ke Tengku. Sebab bab suap ubat kat anak memang kerja Tengku.
“Suap macam biasa la doktor. Pakai cucuk ubat tu. Celup tarik.” Doktor tu senyum. “Salah tu…..”
Doktor terangkan kat kami satu-persatu. Lagi sekali “Ooooo… baru aku tahu.”
Korang perasan tak selama ni ubat cair biasanya ada penutup transparent kat atas dia tu. Penutup tu ada gunanya. Bukan hiasan tau.
Ini cara yang doktor tu ajar ya:
1. Setiap kali nak ambik ubat. Tuang ubat masuk dalam penutup tu dulu.
2. Sikit-sikit atau boleh ikut nombor kat penutup tu.
3. Lepas tu baru tarik pakai picagari.
4. Kalau ada yang lebih WAJIB BUANG. Jangan masukkan balik dalam botol.
5. Dan jangan sesekali main CELUP-CELUP PICAGARI dalam botol ubat.
Contoh: Celup dalam botol ubat pertama. Bagi anak. Lepas tu guna picagari yang sama tanpa basuh bersih, celup lagi botol ubat kedua.
Ni lebih kepada step untuk kebersihanlah. Kalau anak dah besar boleh bagi dalam penutup tu terus. Macam Rifky kecik lagi. Jadi tengku pakai picagari. Nanti dah pakai basuh bersih.
Doktor tu kata “Once u celup-celup macam tu. Ubat tu dah tak ada fungsi dalam badan anak. Zero. Manfaat ubat tu dah hilang. Ibarat macam bagi air gula jelah kat anak.
“Yang mana you dah celup tu balik nanti buang. Simpan ubat baru ni. Ubat klinik I ni kalau U buat macam i ajar tadi. Boleh tahan 9 bulan dalam peti. 9 bulan luar peti. Kecuali antibiotiklah. Sebab yang tu tempoh singkat.”
Maknanya kalau nak pakai picagari pun boleh. Tapi kalau 3 ubat. Sediakan 3 picagari. 1 ubat 1 picagari. Baru tak bercampur. Kalau nak pakai 1 picagari maksure basuh bersih sebelum celup.
Memang terkejut. Anak dah 2 baru tahu. Adoi. Tapi takpelah. Baik lewat dari tak tahu langsung kan. Alhamdulillah ilmu baru. Malam tu buat misi clearkan ubat cair anak dalam peti yang dah berzaman tu. Cehhh..takde manfaat rupanya. Buat semak je.
Tengku tak sure maybe orang lain akan bagi pendapat berbeza. Ini ilmu yg kami dapat beberapa minggu lepas.
So sekarang dah tahu kan? Tepuk dahi ke idok? Sesamalah kita ya. Tunggu apa lagi. Yang mana ubat dah berpuluh kali celup dalam peti korang tu boleh ler buang. Kesian kat anak.
Jangan sensitif sangat. Point kat sini ialah Tengku share cara yang seorang doktor berpengalaman kongsi dengan Tengku. Jadi kalau korang lebih suka cara lain silakan.
√ Nak celup pakai picagari je. Lepas tu basuh bersih then celup lagi. BOLEH.
√ Nak tuang dalam penutup tu lepas tu bagi macam tu je. Tak payah pakai picagari. BOLEH.
√ Nak pakai 1 ubat 1 picagari. BOLEH.
Terpulang…..asalkan ubat tak bercampur dengan benda asing.
Gambar ubat antibiotik tu contoh sahaja. Sebab gambar tu je yang sempat ambil. Diulangi CONTOH. Kalau tak letak gambar nanti ade yang tak faham. Take note ya. Ubat antibiotik kena habiskan. Jadi boleh ambil pakai picagari terus. Sebab nak elakkan dari membazir. Nanti tak berkesan kat anak.
Pasal jangka hayat ubat tu. Itu yang doktor tu bagitau. Ada yang cakap tak betul. Wallahhua’lam. Mungkin lain pengeluar dan jenis ubat lain tempoh hayatnya. Boleh refer mereka yang pakar.
Wallahhua’lam. Apa-apa pun terima kasih sudi share post ni. Terasa macam nak delate bila ade ‘bijak pandai’ yang hentam. Tapi bila ramai yang berterima kasih sebab kongsi ilmu terasa sejuk perut ni. Macam ade ais batu.
Semoga pahala pengalir kepada doktor yang baik hati itu. Amin..
MW : Semoga bermanfaat dan mak ayah tak silap lagi beri ubat cair kahak pada anak.
Hebatnya kejayaan seorang suami, kerana ada isteri seumpama bidadari yang kuat menyokong suami dari belakang. Begitulah indahnya perkongsian pelakon KL Gangster, Adam Corrie Lee Abdullah tentang peranan isteri dalam hidupnya.
Bagaimana bidadari hatinya itu, Fazema Mohd Fuad membantunya dalam berhadapan kesulitan membantu rakan-rakan yang kembali menerima Islam. Semoga perjuangan suami isteri ini diberi kemudahan oleh Allah.
Ikuti perkongsian Adam Corrie ini yang akan menjentik-jentik hati anda untuk menjadi bidadari terbaik di sisi suami.
Saya berborak-borak dengan isteri saya tentang seorang saudara baru yang telah kembali fitrah lebih dari 10 tahun. Sudah berumahtangga dengan seorang wanita Melayu dan mempunyai anak.
Walaupun saya baru kenal beliau, tapi saya terasa bertanggungjawab tanya tentang solatnya dan pemakanannya sehari-harian.
Dia ada cakap hatinya tak tenang macam mana nak solat. Saya mengadu pada bidadari saya bagaimana nak bantu dia.
Sebab dalam kita nak suruh orang buat kebaikan kena ada caranya, tak boleh paksa-paksa, desak-desak. .
Tambahan dia tak dapat contoh dari pasangannya yang solat itu wajib serta menunjukkan Islam itu mudah dan indah dalam kehidupan seharian mereka.
“Kesian dia, dia sudah kembali pada Islam tapi masih tak dapat nikmat keindahan Islam.”
Jadi bidadari saya bagi cadangan pada saya supaya mengajar dia ambil wudhuk dahulu. Ajar perkara yang mudah dahulu.
Bagitahu dia yang ketika ambil wudhuk, seperti basuh tangan boleh disertakan dengan berdoa dalam hati seperti “Ya Allah bersihkan tangan ku ini dari membuat perkara-perkara yang haram dan hanya membuat perkara yang membawa manfaat sahaja.”
Ketika basuh telinga boleh minta Allah jauhkan kita dari mendengar perkara-perkara yang mungkar. Dan bagilah telinga ini mendengar perkara-perkara yang baik-baik sahaja dan yang berilmu sahaja.
Begitulah dengan kaki, doakan supaya kaki ini pergi mencari rezeki yang halal, berjuang di jalan Allah dan haramkan kaki ini dari pergi tempat-tempat maksiat.
Bidadari Saya sarankan saya suruh dia belajar ambil wudhuk dan buat setiap hari.
Lama-lama jika dia amalkan tentu dia rasa sesuatu.. kurang sesuatu.. iaitu solat. Biar dia belajar ingat Allah melalui ambil wudhuk dulu. Perlahan-lahan hatinya pasti ingin belajar solat.
Bukan mudah nak ajak saudara baru kenal Allah.
Tapi itu memang dah tangggungjawab kita. Biar lembut.. biar sedikit.. lama-lama berkat kita sabar dalam dakwah ini. Dia akan sayang Allah lebih hebat dari yang kita sangka.
Sebagai pasangan ‘saudara baru’, tanggungjawabnya kita berat. Kalau kita tak ada usaha untuk berikan contoh pada pasangan kita. Dia akan terus hanyut.
Sepanjang saya dan bidadari saya terlibat dengan pengislaman saudara baru. Ada yang meminta syahadah mereka dirahsiakan dahulu. Hormati hak dan permintaan mereka.
Seperti saya, saya juga tidak war-warkan pengislaman saya. Tapi apabila ada yang perasan perubahan pada diri saya, baru saya mengaku saya sudah Kembali kepada FITRAH.
Sebenarnya ramai yang meminta dirahsiakan syahadah mereka. Antara sebab:
1. Empunya diri belum bersedia berhadapan dengan orang ramai sama ada yang Muslim, not yet Muslim dan non Muslim.
2. Takut ahli keluarga tidak boleh menerima diri mereka kerana sudah beragama lain.
3. Takut terima ancaman dari pihak yang tidak menyukai mereka yang telah syahadah.
4. Majikan yang seagama dulu akan berhentikan kerja / memulaukan mereka
5. Yang empunya bisnes, susah untuk dapat projek.
Jadi mereka perlukan masa untuk war-warkan pengislaman mereka. Apabila tiba masanya mereka akan umumkan sendiri atau lambat laun orang sekeliling akan sedari dengan perubahan diri mereka.
Jangan cepat buat andaian kalau alasan yang mereka berikan, anda rasa tak masuk akal.
Mereka masih baru dalam Islam.Sokongan dan pemahaman tentang Islam amat di perlukan oleh mereka.
Ujian paling besar adalah kita yang Muslim yang suka mendesak mereka berubah 100% dalam sekelip mata.
Sahabat-sahabat tidak berada di tempat mereka, saya sudah lalui nya. Zaman Rasulullah dulu pun. Rasulullah SAW berdakwah secara sembunyi-sembunyi dahulu.
Tapi apabila dah tiba masanya, secara terang-terangan.
Doakan yang baik-baik untuk hati yang sedang dijinakkan. Dakwah bukan cara paksa. Dakwah kita biarlah lembut, santun dan penuh berhikmah.
Senyum selalu, Selalu bersangka baik. InsyaAllah hati tenang.