Lumrah wanita setelah bergelar seorang ibu menjadi seorang yang sangat penyayang apatah lagi pada anaknya yang dikandung ke sana, ke mari sepanjang sembilan bulan. Baru-baru ini tular di media sosial seorang ibu tergamak mencampak anaknya masuk ke dalam laut.
Kita siapa untuk menghukum, jika dia tiada masalah atau mentalnya sihat, mana mungkin seorang nak sanggup buang anak macam tu saja? Sudah pasti tindakan yang dia lakukan di bawah sedar.
Ikuti perkongsian Ayn Shariff ini dan hadam baik-baik ya:
VIRAL MAK BUANG ANAK, SANG SUAMI TOLONG BACA
Ramaikan netizen condemned. Kita tak ada dalam situasi dia. Ramai saja tengok dekat situ. Antaranya netizen komen teruk, bodoh, tak guna and so many outburst. Kita ada kelemahan masing-masing.
Please? Again kita tak ada dalam situasi dia. Kita tak rasa, kita tak tahu how struggle she is. Dia baru bercerai dengan suami dia kan. Salah dia ke curang? Salah suami ke?
Siapa Pun Salah, Kita Siapa Untuk Menghukum
Siapa pun salah, kita siapa untuk menghukum? Don’t simply judge. Always mind our words. Nanti Allah bagi kita ujian lagi teruk. So how? Think before type.. semua terjadi dengan izin Allah
Eh mana mungkin seorang emak, nak buang anak macam tu. Dia mesti betul-betul depressed. Tahu tak syaitan bila sudah masuk badan. Kita tak akan dapat fikir dengan waras.
Sebab itu bila hawa nafsu, bisikan syaitan sudah kuasai diri ramai manusia TEWAS. Bukan kes cerai saja jadi macam ni. Suami curang, isteri penat suami macam hampeh, tak nak bagi kerjasama. Pun ada terjadi juga.
Ads
Mana Mungkin Seorang Mak Nak Buang Anak Begitu
Jadinya, dalam rumah tangga memang sangat penting isi tangki kosong si isteri? Maksudnya perbetulkan emosi dia. Pupuk nilai-nilai positif. Selalulah bahagiakan si isteri.
Bukan dengan nilai ringgit saja boleh bahagia. Banyak lagi cara untuk bahagiakan pasangan kita. Pernah dengarkan isteri jantung keluarga.
Ya memang betul, tanpa bebelan si isteri tanpa isteri di sisi memang akan sunyi. Sometimes agak annoying, iyalah lelaki ni memang tak suka bebel-bebel kan kalau tak bebel perangai eloklah sikit.
Ketahuilah sang suami di luar sana. Bila isteri masih membebel, masih ambil tahu masih nak bercakap uruskan diri mu, hargailah. Jangan kau sia-siakan.
Tatanglah isterimu bagai minyak yang penuh. Senang-senangkan lah hati dia, nescaya akan datang rezeki yang melimpah ruah.
Okay one more. Kalau nak dilayan macam raja, layanlah isteri juga seperti permaisuri. Kita ini sebagai lelaki perlu pandai main peranan. Senang kata sentiasalah jaga hati si isteri.
Jangan bagi dia bad mood, pujuk dan bertanyalah kenapa. Sebab orang perempuan ni bila diam ada lah benda yang dia tak puas hati.
Bila selalu sangat pendam, sebab tu lah kita selalu dengar. Kes bunuh anak, dera anak dan sebagainya. Emosi tak terkawal. Cubit peha kiri, peha kanan terasa.
Ads
Marah dekat suami, anak jadi mangsa. Eh berpantun pula
Jangan Ambil Mudah Dengan Emosi Isteri
Jangan ambil mudah dengan emosi isteri. Selalu tunjuk cinta, kasih dan sayang terhadapnya. Perempuan ini jiwa dan hatinya lembut. Dan mereka inilah perlukan kasih dan sayang seorang suami.
Siapa lagi kita nak tagih kasih sayang kalau bukan dekat suami sendiri kan. Show your loves! Sayangi dan hargailah isteri anda
Post ni bukan nak salahkan kaum lelaki. It’s just for reminder. Together we change
Semoga kita sama-sama Allah panjangkan jodoh, beri kebahagiaan dunia akhirat. Tetapkan hati pasangan hingga akhir hayat.
Ameen
MW: Kejadian ini membuatkan ramai mak-mak di luar sana terbuka mata dan sedar bahawa betapa pentingnya kesihatan mental yang sihat. Jangan biarkan diri mak-mak tertekan, luahkan pada orang yang dipercayai. Cuba berkongsi masalah dan selesaikan dengan baik.
Enaknya Paru Goreng Berlada Membara! Masakan mak simple tapi sedap, itulah keberkatan anak ingat sampai bila-bila. Jom masak mak-mak petang Ramadan ke-12 ni jamulah keluarga dengan Paru Goreng Berlada Membara! Pedas menyengat tak ingat!
Enaknya Paru Goreng Berlada Membara! Masakan mak. Itulah makanan yang kita akan cari setiap kali balik kampung. Goreng telur mata pun rasa sedap, asalkan itu mak yang masak. Betapa ajaibnya air tangan ibu. Pergilah mana-mana, mesti tak dapat tanding dengan masakan mak.
Malah masakan mak jugalah yang cuba kita masak tapi mesti tak jadi dan tak sama kan. Hebatnya. Itulah keberkatan air tangan ibu dalam menyediakan makanan untuk suami, anak dan keluarga.
Namun, ada juga mak-mak sekarang ini tidak cukup masa untuk memasak buat hidangan keluarga dan hanya membeli di kedai sahaja. Kita tak tahu dengan gaya pemakanan di luar itu telah mencorak keperibadian anak-anak.
Walau sibuk mana pun mak-mak cubalah memasak di dapur terutama di bulan Ramadan ini.
Enaknya Paru Goreng Berlada Membara!
Jom masak mak-mak petang Ramadan ke-12 ni jamulah keluarga dengan Paru Goreng Berlada Membara! Pedas menyengat tak ingat!
Bahan-Bahan :
½ kg paru
10 tangkai cili padi – dikisar
1 biji bawang merah – dikisar
3 ulas bawang putih – dikisar
1 batang serai
1 keping asam keping
2 sudu sos tiram
Cara Memasak :
1.Bersihkan paru dan rebus hingga lembut dengan anggaran masak lebih kurang 30 – 40 minit.
2.Bila sudah lembut, angkat, toskan dan tunggu sejuk terlebih dahulu sebelum dipotong dan dihiris.
3. Hiris paru mengikut saiz yang anda suka. Kemudian gaulkan dengan garam serta serbuk kunyit dengan secukupnya.
4.Panaskan minyak dalam kuali dan goreng hirisan paru tadi hingga sedikit garing. Api jangan kuat untuk elak paru menjadi hangus. Angkat dan toskan.
Kemudian, kisar kasar cili padi, bawang merah dan bawang putih.
Dengan menggunakan lebihan minyak gorengan paru tadi, masukkan bahan-bahan yang dikisar kasar dan serai. Tumis sampai pecah minyak.
Bila bahan tumis sudah cukup masak, masukkan paru yang telah digoreng tadi. Gaul rata hingga semua bersalut dengan sambal. Kemudian hidangkan. Nikmatilah dengan nasi panas memang perghhhh padu rasanya!
Kuat sungguh dugaan bintang lagenda Uji Rashid ini. Walau sudah berusia namun amat tabah meneruskan kehidupan mencabar dalam menjaga anaknya Cico Harahap yang kurang sihat.
Macam mana nak meninggal dalam keadaan husnol khatimah jika tidak sentiasa berzikir, kata Datin Seri Umie Aida.
“Wanita dicipta Allah dari tulang rusuk yang berdekatan dengan hati untuk disayangi dan dicintai” Ustaz Don Daniyal kongsi nasihat dan doa buat para isteri yang berhadapan masalah rumah tangga. Paling penting wahai para isteri jika masalah kamu melibatkan keganasan bukan hanya berdoa sahaja tapi laporlah pada polis segera! Sayangilah diri anda dahulu! Jangan biarkan diri hidup dalam tekanan.
Pelakon veteran Normah Damanhuri atau lebih mesra dengan sapaan Mak Normah mendedahkan dirinya tak pernah ‘engkaukan’ anak-anak. Malah ayat yang keluar dari mulutnya sangat berlapik dan penuh sopan santun hingga anak-anak sangat menghormati dirinya. Malah sejak anak-anak kecil Mak Normah sangat manjakan anak-anak hinggakan hubungan antara mereka sangatlah akrab.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Lavender bakery akui tiada sijil halal tapi guna bahan halal & patuh standart HACCP. Baru-baru ini, Lavender Bakery tampil memberikan penjelasan rasmi susulan dakwaan dan perbincangan hangat di media sosial berkaitan status halal produk mereka.
Dalam kenyataan yang dimuat naik, pihak pengurusan secara terbuka mengakui bahawa premis mereka tidak mempunyai pensijilan halal daripada pihak berkuasa.
Lavender Bakery Akui Tiada Sijil Halal
Semakan direktori Halal JAKIM mengesahkan status tersebut. Menurut inisiatif semakan oleh laman JomHalal.org, tiada satu pun cawangan Lavender Bakery yang tersenarai memiliki sijil Halal JAKIM (rekod semakan dari 2021 hingga Jun 2024 semuanya menunjukkan status “tiada sijil halal”)
Namun, Lavender Bakery menegaskan bahawa semua bahan ramuan seperti mentega, minyak, keju dan sosej diperoleh daripada pembekal yang memiliki sijil halal, sekaligus memberi jaminan kepada pelanggan Muslim mengenai sumber ramuan mereka.
Lebih penting, mereka turut menafikan dakwaan bahawa produk mereka mengandungi alkohol. Lavender menegaskan operasi mereka berpegang kepada polisi ketat – “No Pork, No Lard, No Alcohol.”
Pihak Lavender turut menjawab dakwaan netizen tentang kemungkinan wujudnya alkohol dalam sesetengah produk kek mereka. Pihak Lavender menafikan sekeras-kerasnya tuduhan bahawa produk bakeri mereka mengandungi alkohol.
Mereka menegaskan bahawa tiada alkohol digunakan dalam penyediaan kek atau roti di premis mereka, konsisten dengan polisi “No Alcohol” yang dinyatakan.
Maklum Guna Bahan Halal & Patuh Standard HACCP
Kenyataan rasmi Lavender menyebut: “Produk bakeri kami tidak mengandungi alkohol. Kami menafikan sekeras-kerasnya dakwaan tersebut.
Oleh itu, Lavender menolak anggapan bahawa menu mereka “tidak halal” kerana alkohol isu yang hangat diperkatakan apabila ada pelanggan mendakwa staf Lavender pernah memberitahu “semua kek di kedai itu mengandungi wain”, sehingga tular di media sosial baru-baru ini. Lavender menegaskan dakwaan itu tidak benar dan mungkin berpunca daripada kekeliruan.
Menurut Lavender, semua bahan yang digunakan dalam produk adalah daripada pembekal bersijil Halal. Dengan kata lain, mereka cuba memastikan bahan ramuan memenuhi keperluan Halal meskipun premis belum disijilkan.
Walaupun tidak bersijil halal, pihak pengurusan Lavender memaklumkan bahawa mereka mempunyai pensijilan HACCP (Hazard Analysis and Critical Control Points), iaitu piawaian keselamatan makanan yang diiktiraf antarabangsa, sebagai bukti komitmen terhadap kebersihan dan pengurusan makanan yang telus dan tahap kebersihan yang tinggi.
Lavender turut menyambut baik cadangan agar mereka mendapatkan pensijilan Halal dari pihak berkuasa seperti JAKIM dan berjanji akan mempertimbangkan langkah tersebut secara teliti demi meningkatkan keyakinan pengguna Muslim.
Namun masa yang sama, pihak pengurusan Lavender tidak memberikan alasan terperinci secara rasmi mengapa selepas lebih 25 tahun mereka belum mendapatkan sijil halal. Kenyataan rasmi mereka lebih bertumpu kepada meyakinkan pelanggan tentang kualiti bahan dan menafikan isu alkohol, berbanding menyenaraikan sebab kelewatan pensijilan.
TONTON VIDEO MENARIK DI SINI :-
“Biarlah hukuman mati itu dikekalkan. Tak ada kekhilafan dalam hukuman sebelum ini. 8 tahun kami sekeluarga menderita menantikan keenam-enam tertuduh melalui detik itu.
Demikian luah Hawa Osman ibu kepada arwah Zulfarhan yang didera kejam ditekap dengan seterika wap sebanyak 90 kali termasuk di kemaluan.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Menteri pendidikan sahkan wang sekolah disamun ada pelanggaran SOP, tiada kompromi jika cuai. Bantuan awal persekolahan RM150 yang sepatutnya diterima oleh pelajar sekolah rendah di Beranang berakhir dengan tragedi apabila kenderaan dimiliki oleh Guru Besarnya disamun selepas berhenti membeli minuman selepas mengeluarkan wang tersebut.
Isu ini mendapat perhatian ramai termasuk dari Menteri Pendidikan, YB Fadhlina Sidek yang memaklumkan wujudnya pelanggaran pengambilan wang berkenaan.
Memetik laporan Harian Metro, Kementerian Pendidikan (KPM) mengesahkan berlaku pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) proses pengambilan wang tunai dari bank yang dilakukan seorang guru besar sebuah sekolah di Beranang, Kajang yang menjadi mangsa samun di Pekan Semenyih, semalam.
Menteri Pendidikan Sahkan Ada Pelanggaran SOP Wang Sekolah Disamun
Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, pelanggaran itu membabitkan ketiadaan pengiring bersama guru berkenaan sama ada dalam kalangan guru lain atau polis sewaktu mengeluarkan wang tunai berjumlah RM109,000 yang diperuntukkan bagi bantuan awal persekolahan.
“SOP kewangan telah dilanggar sedangkan kita ada SOP yang cukup ketat iaitu jika membawa wang lebih dari RM10,000 mestilah ada pengiring, inikan pula satu jumlah yang cukup besar (RM109,000 yang hilang),” katanya kepada pemberita sewaktu lawatan kerja di Sekolah Kebangsaan (SK) Chepor, di sini hari ini.
Tiada Kompromi Jika Cuai
Menurutnya lagi, pihaknya tidak akan berkompromi dengan isu berkenaan yang dianggap serius dan bagaimanapun, laporan penuh siasatan daripada polis serta Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Selangor sedang ditunggu bagi menentukan tindakan susulan yang bersesuaian.
Sama ada kes berkenaan boleh dianggap sebagai kelalaian, beliau berkata ketika ini masih awal untuk disimpulkan selagi laporan penuh belum diterima pihaknya.
“Kita kena tunggu laporan daripada JPN Selangor secara keseluruhannya, saya tak boleh nak simpulkan selagi tak dapat laporan penuh JPN serta polis,” katanya.
Berdasarkan SOP tatacara pengeluaran wang tunai KPM, pengeluaran wang tunai dari bank oleh guru besar atau pengetua di bawah jumlah RM10,000 mesti diiringi dua guru lain dan bagi jumlah melebihi itu, adalah dinasihatkan mengambil langkah keselamatan tambahan seperti mendapatkan perkhidmatan pengiring polis jika perlu.
Ditanya mengenai sama ada pelajar yang sepatutnya menerima wang bantuan berkenaan akan kekal memperolehnya apabila wang peruntukan yang hilang itu diganti semula oleh kementerian, Fadhlina sekadar memberi jaminan bahawa hak mesti dikembalikan kepada yang berhak.
“Kita jamin akan pastikan mereka (penerima bantuan) dapat hak mereka. Kita akan lihat apa prosesnya sebab untuk SOP kewangan ini kalau hilang sebab cuai dan sebagainya akan ada proses dia (yang tertentu).
“Untuk tindakan terhadap guru besar itu, kita serah kepada JPN dan polis sebagai jaminan bahawa kes ini sedag disiasat dengan teliti,” katanya.
Terdahulu, Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan dilapor berkata, pihaknya tidak mendapat permohonan pengiring daripada guru besar berusia 50 tahun berkenaan untuk tujuan pengeluaran wang yang hilang itu malah guru besar terbabit memberi alasan sudah biasa mengambil wang bantuan awal persekolahan tanpa pengiring pihak polis sejak 10 tahun lalu.
Wang bantuan berkenaan dikatakan dilarikan oleh penjenayah, semalam apabila difahamkan ia baru saja dikeluarkan oleh guru berkenaan dan meletaknya dalam beg yang diletakkan di tempat duduk penumpang hadapan kereta sebelum cermin kenderaannya itu dipecahkan ketika pergi membeli minuman dalam tempoh kira-kira 10 minit.
Dalam perkembangan lain, Fadhlina mengumkan peruntukan RM150,000 kepada SK Chepor untuk penyelenggaraan dan pembaikan beberapa fasiliti sekolah seperti tandas serta tembok pagar sekolah serta RM400,000 kepada SK Seri Tanjung, Tanjung Rambutan yang dilawatinya sebelum itu juga bagi tujuan menyelenggara sekolah yang disifatkan daif itu.