Berita

Kisah Gadis Maut Dibuang Sekitar Sawah Padi, Keluarga Dalam Perjalanan Untuk Proses Pengecaman

Share

Rupanya gadis maut yang ditemukan dengan 61 kesan tikaman di Kampung Kubang Kiat, Ketereh, tengah malam tadi adalah seorang penuntut kolej berusia 19 tahun berasal dari Perak.

Kisah Gadis Maut Dibuang Sekitar Sawah Padi

Difahamkan, mangsa adalah penuntut di sebuah kolej di Kota Bharu dalam jurusan Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak. Mangsa juga dikatakan baru berada di semester tiga di kolej berkenaan.

Sehingga jam 7 petang, unit forensik Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) di sini, kelihatan lengang tanpa kehadiran rakan atau keluarga.

Keluarga Dalam Perjalanan Untuk Proses Pengecaman

 

Antara barang kemas yang ditemui pada mangsa:
– Rantai leher berukir nama ‘SYAA’
– Rantai tangan di pergelangan kiri
– Cincin di jari tengah tangan kanan

Manakala pakaian mangsa:
– Baju lengan panjang hitam UNIQLO Made in Cambodia saiz XL
– Seluar panjang hitam tanpa jenama saiz XXL

Turut ditemui di lokasi: manik berwarna-warni, cermin mata, dan selendang. Tiada dokumen pengenalan diri dijumpai.

Difahamkan, keluarga mangsa dari Perak dalam perjalanan ke Kelantan bagi membuat pengecaman.

Terdahulu, polis mengesahkan mayat gadis ditemui mati dipercayai dibünùh mempunyai 61 kesan tikaman di seluruh badan mangsa.

Sumber: Sinar Harian

Published by
Nadia