KETUMBAR JAWA Daun Lebat Merimbun, Potong Setiap Kali Pokok Berbunga!

Share

Rupanya tip Pokok KETUMBAR JAWA berdaun lebat merimbun, potong bunganya setiap kali pokok Ketumbar Jawa berbunga. Bagi mak-mak yang suka berkebun boleh cuba tip yang dikongsikan ini. Bukan apa ketumbar jawa ni penambah aroma dalam masakan. Rasanya sedap dan wangi bau daunya.Daunnya pula boleh dicampur dalam kuah tomyam sebab baunya sama macam daun ketumbar.

Ikut tip yang dikongsikan oleh Shariffuddin Ar Lambensa ini sebagai panduan;

Tip supaya pokok Ketumbar Jawa daun lebat dan banyak.

Cara-Caranya:

Setiap kali pokok Ketumbar Jawa menghasilkan bunga, pastikan bunga dipotong.

Bunga yang dipotong boleh dijadikan ulam.Ambil bunga muda sahaja yang baru naik, barulah ia lembut tak lah beduri tajam.

Ini kerana apabila pokok berbunga, pertumbuhan menjadi perlahan. Apabila bunga ketumbar jawa dipotong ianya akan menghasilkan anak-anak pokok yang merimbun dan sentiasa ada pucuk baru muncul di setiap pokok.

Jangan lupa membaja sekali setiap minggu sebagai nutrisi pemakanan pokok.

Semoga Bermanfaat, Selamat Mencuba!

Mesti Baca:Masak TOMYAM Selalu Rasa Kurang, Letak KETUMBAR JAWA Bertambah Sedap!
Baca Lagi Di Sini:Cara Tanam POKOK KESUM Teknik Paling Mudah, Elok Daun Lebar Subur Merimbun!
Artikel Menarik:Sembur ‘Baja Yakult’ Pokok LIMAU KASTURI Berbuah Lebat Sepanjang Tahun!

Mingguan Wanita:Begini rupanya tip nak bagi pokok ketumbar jawa daun lebat merimbun.Pastikan potong bunganya. Boleh cuba nanti.

Sumber:Shariffuddin Ar Lambensa

JEANS BURUK JANGAN BUANG, SERTAI KELAS JAHITAN KAMI. BUAT TOTE & SHOPPING BEG

Klik link untuk daftar: https://toko.ideaktiv.com/product/kelas-jahitan-kreatif/

Tak pernah pegang mesin, tak bermakna mak-mak tak pandai menjahit. Pelajari kaedah dan teknik jahitan mudah dalam kelas satu hari sahaja.
Dalam masa beberapa jam, walaupun beginner anda mampu menyiapkan satu tote bag daripada jeans terpakai dan nasi lemak recyclable bag.

Projek 1: Denim Tote Bag
Jom tukar jeans yang tak muat dipakai menjadi tote bag. Teknik yang dipelajari bermula daripada cara memotong kain, membuat ukuran kain, menjahit lurus, jahit tangkai beg, cara cantuman sehinggalah siap sebiji beg.

Projek 2: Shopping Bag
Beg beli belah berbentuk nasi lemak! Beg kitar semula ini bukan saja menjimatkan ruang, malah dapat melindungi alam sekitar kerana kurangnya penggunaan beg plastik. Teknik yang bakal dipelajari adalah cara jahitan melengkung, jahitan lurus, cara mengukur saiz beg dan cara membuat lipatan.

Jangan ketinggalan sertai Kelas Jahitan Kreatif Denim Tote Bag & Shoping Bag di SewingWorld, One City Subang Jaya pada 15 Oktober 2022 bermula 930 pagi hingga 5.30 petang. Yuran RM60 sahaja.

#kelasjahitankreatif
#sewingworldgallery

IKLAN