Dia seorang suami yang sangat baik. Dia sayang kepada anak-anak dan tidak ada keraguan tentang kesetiaannya kepada anda. Dalam ayat lain, dia suami yang sangat sempurna kecuali satu perkara. Bermulut terlalu rajin mengkritik anda dan kata-katanya tajam menusuk kalbu.
Apabila ada sesuatu dalam rumah yang dia tidak berkenan maka dia akan ‘membuli’ perasaan anda dengan ayat-ayat pedas. Dia bukan mengherdik atau menengking anda tetapi dia ada kuasa sihir yang menjadikan setiap perkataan yang dia ucapkan itu sangat menyakitkan hati.
Apabila bersuamikan lelaki begini, kata-kata nasihat seperti ‘cakaplah elok-elok dengan dia’, ‘jangan derhaka pada suami’ atau ‘jangan lawan cakap suami’ tidak memberikan apa-apa makna.
Anda hanya isteri biasa yang merasa telah cuba sebaik mungkin untuk bersabar. Namun kadangkala tindak balas spontan kepada kata-kata tajam suami menyebabkan keadaan menjadi semakin teruk.
Sebagai contoh hampir setiap hari suami menembak cara anda menegur sikap anak-anak. Hati mana yang tidak panas lalu anda pun membalas “..kalau abang dah tahu saya tidak pandai kenapa tidak abang sendiri yang tegur budak-budak tu?”
Hujah anda itu dibalas semula dengan sindiran betapa anda tidak mahu mendengar nasihat dan belum habis dia bercakap, anda sudah membalas semula.
Sudah tentu keadaan itu memberi anda tiket khas ke neraka. Sekadar kata-kata nasihat ‘jangan derhaka’ memang mudah diucap tetapi yang anda lebih perlukan ialah bagaimana untuk menghadapinya.
Ads
Betul bukan? Oleh itu dalam nota ini saya kongsikan beberapa teknik untuk berhadapan dengan sikap suami yang gemar mengkritik dan merendah-rendahkan anda.
Dr Syed Yusainee Syed Yahya
2 Cara Nak Hidup Dengan Suami Mulut Laser
Fahami Suami Jika Anda Menjadi Dia
Pertama, fahami suami jika anda menjadi dia. Anda kata dia mengkritik anda dengan kata-kata bisa. Ya mungkin betul pada ketika itu tetapi bagaimana sebelum ini?
Adakah dia terus menyembur anda atau dia sudah bercakap elok-elok tentang isu itu sebelum ini? Mungkin kata-kata dia pedas tetapi adakah dia benar-benar maksudkan begitu?
Ads
Anda dapatkan lebih maklumat tentang apa yang sebenarnya dia maksudkan. Sebagai contoh “Cuba Abang buat Ina faham, apa sebenarnya maksud Abang tadi?”
Jangan Simpan Kata-kata Suami Bermulut Laser Dalam Hati
Kedua ialah jangan simpan kata-kata lasernya itu di dalam hati. Dia suami anda dan merupakan pintu anda ke syurga nanti.
Setiap hari dia bekerja kuat setiap hari mencari rezeki. Jika terpaksa dia tidak akan berfikir dua kali untuk mengorbankan nyawanya demi mempertahankan anda dan anak-anak.
Jika nyawa jadi tanda sayangnya dia pada anda, takkanlah kata-katanya yang terlepas itu anda terus tangkap dan simpan dalam hati.
Ads
Anda kata dia ‘mulut laser’ bila menegur tetapi adakah anda pernah cuba memahami maksud dia yang sebenarnya. Mulutnya tajam tapi dia setia pada anda.
Dia selalu menegur masakan anda yang kurang menyelerakan tetapi setiap bulan semua duit gaji dia serah pada anda. Maksud saya ialah lihatlah pada hatinya sebagai suami. Bukan kata-kata lasernya itu.
Selama ini anda telah lihat cukup bukti betapa dia sayangkan anda. Dia juga seorang ayah yang baik kepada anak-anak. Oleh itu kenapa anda lebih sensitif tentang bagaimana dia menegur anda berbanding dengan apa yang dia tegur itu?
Sembilan daripada sepuluh teguran dia anda ambil secara negatif. Adakah benar dia suka mengkritik anda atau anda yang tidak boleh ditegur? Maksud tidak boleh ditegur ini ada dua.
Pertama, ego tinggi dan merasa diri sentiasa betul.
Kedua, tidak peduli dan tidak mengambil berat tentang perkara yang ditegur oleh suami.
Bertanggungjawablah di atas sikap kepada suami. Cara dia menegur mungkin tidak kena tetapi apa yang dia tegur itu adalah betul. Suami sangat sayangkan anda maka eloklah anda mengambil berat apa yang dia cakap. Kecualilah anda memang mahu menyakitkan hatinya maka belailah ego anda itu.
Penulis : Dr Syed Yusainee Syed Yahya, Promind Training And Consultation, kolumnis Nota Untuk Isteri majalah Mingguan wanita
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
‘Putus mata pencarian, nak makan kena catu.’ Suami berhenti kerja jaga isteri sakit. Biarpun terputus sumber pendapatan, namun itu saja yang mampu suami korbankan untuk menjaga isteri tercinta.
Berat mata memandang lagi berat bahu memikul, ujian berat ini benar-benar menguji pasangan ini. Apatah lagi sang suami juga mengalami masalah kesihatan.
Seorang suami terpaksa berhenti kerja demi menjaga isterinya yang terlantar akibat menghidap kanser usus tahap tiga selepas diserang strok Cerebrovascular Accident sejak seminggu lalu.
Keadaan itu menyebabkan pasangan suami isteri, Mohammad Ho Kong Wah Abdullah, 70, dan Soh Mei Lee atau Amirah Abdullah, 69, terpaksa mencatu makanan ekoran kesempitan wang.
Nak Makan Kena Catu
Menurut Amirah, dia kasihan dengan suami kerana terpaksa menjaganya walaupun lelaki itu turut menghidap masalah jantung, gout dan darah tinggi.
“Suami terpaksa berhenti kerja sebagai pemandu teksi minggu lalu sebab perlu beri perhatian sepenuhnya terhadap saya,” katanya.
Lebih memilukan, dia dan suami kini terputus mata pencarian dan terpaksa berharap ihsan pihak Masjid Sungai Ramal Luar, bantuan Lembaga Zakat Selangor dan Majlis Kanser Nasional yang selama ini menyalurkan sumbangan wang tunai secara bulanan sebanyak RM500.
“Bagaimanapun, apabila keadaan semakin teruk, memang kami tiada langsung duit baki setiap bulan.
“Malah keperluan saya semakin banyak apabila perlu memakai lampin pakai buang sebab agak sukar untuk bergerak ke tandas dalam keadaan sebahagian badan kiri saya lumpuh.
“Sekarang ini mahu makan pun kena catu, tengok apa sahaja yang ada. Dalam seminggu ini hanya makan roti atau biskut kering kerana itu yang kami mampu,” luahnya.
Jaga Isteri Sakit
Jelasnya, perbelanjaan bulanannya ketika ini memerlukan sekitar RM1,000 sebulan bagi membeli ubat-ubatan, makanan dan barangan keperluan lain.
“Apabila dihitung, memang tidak cukup. Ihsan orang sekeliling sahaja kami harapkan, tapi kami berdua tetap reda dengan semua ini,” ujarnya yang tidak dikurniakan cahaya mata.
Mingguan Wanita : Bagi sesiapa yang ingin menghulurkan bantuan bagi mengurangkan beban pasangan ini, bolehlah berbuat demikian melalui akaun Maybank Soh Mei Lee atau Amirah Abdullah 164360590266 atau menghubunginya di talian 016-9600 545.
Penceramah terkenal, Ustaz Elyas Ismail menunjukkan teladan yang baik kepada para suami. Betapa menghargai isteri itu tetaplah boleh dilakukan tidak kira di mana pun lokasinya.
Perkongsian di instagramnya menunjukkan ustaz tidak kekok menyuap isteri yang sedang menggendong anak kecil menikmati juadah di restoran makanan segera. Akui ustaz, besar jasa isterinya itu sepanjang beliau berceramah sana sini.
Kerana, isterinya Nurul Amani Mohammad Tain itulah yang akan menguruskan anak-anak ketika di rumah.
Pesan bapa kepada empat orang cahaya mata ini, agar suami menghargai pasangannya lagi-lagi jika dianugerahkan isteri yang baik yang memahami tugas suaminya.
Ustaz Elyas Ismail Tak Kekok Suap Isteri
Kongsi Ustaz,
“Kadang-kadang orang nampak saya boleh berceramah sana sini, semangat, segar. Padahal ramai tak tahu ‘dia’ lah yang sangat-sangat bantu saya di rumah, urus anak-anak.
Kadang-kadang sempat lagi wasap bagi semangat saya untuk ceramah.
Hargailah pasangan kita, syukur ya Allah atas kurniaan pasangan yang baik, dan memahami tugas kami selama ini @puteryamany maaflah andai mengundang banyak semut dan kerengga di sini.”
Sememangnya manis sekali apabila ustaz Elyas tidak kekok menyuap isteri. Dapatlah sama-sama merasai makanan dengan keluarganya.
Bila ada anak kecil begitulah. Jika tidak mampu bersuap begitu, boleh juga amalkan bergilir. Beri isteri makan dulu. Suami gendong anak. Bila isteri selesai makan suami pula menikmati hidangan.
Kenalah ada kerjasama suami isteri baru rumah tangga aman harmoni.
Mingguan Wanita : Bahagia hati isteri bila mana suami prihatin dan menghargai setiap susah payahnya.
Dilema bagi mak ayah sebenarnya untuk berlaku adil dan beri kasih sayang sepenuhnya pada anak-anak.Kadang kala terlalu fokus pada anak yang sulung, beri perhatian pada yang bongsu dan membuatkan anak kedua/ tengah rasa terpinggir.
Ini membuatkan terdapat sebahagian anak kedua cenderung buat perangai pelik-pelik, nakal mahupun degil, suka bergaduh dalam adik beradik untuk mendapat perhatian daripada mak ayah. Sampaikan wujud istilah sindrom anak kedua.
Untuk ketahui lebih lanjut, jemput baca perkongsian Dr Taufik Razif berkaitan Sindrom Anak Kedua/ Tengah ini sebagai panduan;
1.Tak semua anak nombor 2 akan kena Second / Middle Child Syndrome.
2.Second Child Syndrome adalah keadaan di mana anak itu merasa dipinggirkan sehingga karakter dirinya boleh berubah menjadi low self-esteem, suka menyendiri, merasa tak disayangi dan suka buat benda yang menyakitkan hati.
3.Sebenarnya ia bergantung kepada cara parenting ibubapanya. Jangan sampai kita terlalu fokus pada anak sulung dan terlalu bagi perhatian pada anak bongsu dan berharap anak nombor 2 memahami dengan sendirinya.
4.Anak yang mengalami Second Child Syndrome ni cenderung untuk tunjuk perangai attention-seeking contohnya suka buat perangai pelik pelik, suka tantrum dan bergaduh dengan adik beradiknya.
5.Tapi menjadi anak kedua ataupun anak yang berada di tengah (middle child) bukanlah satu kekurangan.
6.Anak kedua ni atau middle child ni biasanya lebih terbuka dengan idea baru kerana ego mereka lebih rendah. Mereka juga lebih bagus dalam memahami dan membaca karakter dan emosi orang lain di sekelilingnya.
7.Yang penting adalah mak ayah kena sensitif dengan emosi anak dan ada sifat empati yang tinggi pada semua anak tanpa mengira anak tu anak sulung ke, anak kedua, ketiga ke dan seterusnya. Semua anak adalah anugerah terindah kepada kita daripada Pencipta!
Kalau kita jenis suka pilih pilih anak tu maknanya kita mengamalkan Favouritism dalam parenting.Hati hati. Rosak anak kita nanti
Belajar sesuatu?
Boleh belajar Ilmu Parenting yang eksklusif setiap hari di Telegram Channel disini.
MW: Memang ada benarnya, mak ayah kena berikan perhatian dan kasih sayang yang adil, sama rata pada semua anak-anak. Janganlah terlalu fokus pada si sulung, beri perhatian pada yang bongsu sehingga buatkan anak tengah rasa terpinggir.
“Saya Cuba, Bertahan, Usaha Tapi Gagal. Tiada Lagi Kita” itulah yang diluahkan oleh Aprena Manrose tentang rumah tangganya yang dikatakan sudah berantakan.Pelakon cantik, Aprena...