Kes Zara Qairina: Bapa nafi anak terlibat, sudah berhenti sejak awal tahun. Keluarga kepada seorang pelajar yang gambarnya tular di media sosial kerana dikaitkan dengan kematian Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir menegaskan anaknya tidak mempunyai kaitan dengan kes tersebut.
Kes Zara Qairina: Bapa Nafi Anak Terlibat, Sudah Berhenti Sejak Awal Tahun
Menurut kenyataan dipercayai dimuat naik oleh bapa pelajar berkenaan di Facebook, anaknya telah meninggalkan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha, Limauan, Papar sejak awal tahun ini.
Dalam hantaran tersebut, beliau turut berkongsi salinan laporan polis dan sijil pemberhentian sekolah sebagai bukti bahawa anaknya meninggalkan sekolah berkenaan selepas menerima tawaran melanjutkan pengajian di sebuah kolej vokasional.
Bapa pelajar itu menjelaskan anaknya hanya menuntut di sekolah tersebut dari tahun 2022 hingga 2024, dan pada waktu insiden yang membabitkan Zara Qairina berlaku, anaknya sudah pun tidak bersekolah di situ.
Beliau memaklumkan, laporan polis telah dibuat di Balai Polis Lahad Datu pada Jumaat lalu bagi menolak dakwaan yang tular dalam bentuk video dan gambar, selain bimbang akan keselamatan keluarga.
Diari Zara Qairina – “Kita baca catatan tangan dia, kita tahu momen-momen terakhir dia. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail meyakinkan kepada Dewan Rakyat bahawa inkuiri berhubung kematian pelajar tingkatan satu, Zara Qairina Mahathir akan menjadi medan untuk merungkai punca sebenar tragedi berkenaan.
Menurut beliau, keputusan mengadakan prosiding inkues ini adalah bukti keterbukaan kerajaan serta pihak berkuasa dalam memastikan siasatan dijalankan secara telus tanpa sebarang keraguan.
“Hakikat bahawa kita bersetuju inkuiri dibuat. Itu menunjukkan bahawa sikap kita adalah kita tak ada apa pun nak selindung. Okey ya. Jauh sekali bila saya sebut soal persetujuan ibu dalam menandatangani consent letter (surat pengizinan tidak melakukan bedah siasat)), saya langsung tak terlintas bahawa kenyataan fakta itu adalah untuk meletakkan ibu pula pada posisi bersalah, jauh sekali. Tak adalah.
“Saya cuma memaklumkan satu penyataan fakta apa berlaku pada 17 haribulan di antara pegawai penyiasat. Dia khilaf, ketidakpatuhan, sebab niat dia tu nak mempermudahkan ibu yang sudah pun kematian anak dan nak menyegerakan pengebumian.
Saya takkan pertahankan perkara itu, ya, kerana Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, telah pun mengambil satu pendirian, akan ada satu langkah susulan termasuk kemas kini semua sekali proses dan prosedur siasatan dalaman sebab ini adalah proses yang berterusan, ya. Apakah ibu tu telah diberi kefahaman dan sebagainya? Itu semua bila inkuiri nanti, perkara itu boleh sahaja dijelaskan. Ya.
“Apakah IO (pegawai penyiasat) berpuas hati tentang cause of death, COD (punca kematian), yang telah disebut oleh doktor? Kecederaan parah mengakibatkan oksigen tak sampai ke otak, kerana otak sudah mengalami kecederaan.
Hal itu semua akan diestablish (tetapkan) nanti. Apakah tiga hala tuju siasatan tu IO tak tahu? Hala tuju tu hanya kita tahu setelah kita menjalankan proses mengambil keterangan. Tapi pada momen itu 16 haribulan 3 pagi, 17 haribulan, cause of death yang doktor sebut, tak ada siapa tahu.
“Tak ada siapa tahu. Hanya setelah siasatan dibuat dengan memanggil saksi, kawan-kawannya di sekolah dan kawan di kampung, gurunya, warden, ibunya sendiri, ayahnya. Jadi saya nak tegaskan bahawa apabila Bukit Aman mengambil alih, ia tak mengubah hala tuju siasatan.
Jadi, itu yang saya sebut tadi bahawa ketidakpatuhan terhadap proses siasatan itu tidak sama sekali menjejaskan keseluruhan integriti siasatan kerana ia yang perlu kita tengok sekarang adalah apakah pernyataan cause of death oleh doktor pakar dengan apakah setelah mayat digali itu, cause of death itu sama.
“Yang itu biarlah Jabatan Peguam Negara yang meneliti hasil laporan daripada polis. Dia sangat structured (berstruktur) dalam memberikan penghujahan dia. Siasatan memang ada dua tahap. Sebab itu saya jelaskan tahap awal adalah permulaan yang menentukan landasan framing (kerangka), kerangka siasatan dan hala tuju.
Bila Bukit Aman teruskan, ia kekal atas landasan yang sama. Cuma bezanya adalah siasatan awal setakat 3 Ogos cuma menemui 38 saksi. Tapi bila Bukit Aman ambil, kita luaskan skop siasatan sehingga 195. Rakan-rakannya sahaja 100 orang lebih, ya.
“Pakar psikiatri kita sebab itu establish (menentukan) dia punya tahap apa nama fikiran dia, mental dia pada ketika itu. Baik, dengan semua perkara persoalan yang dibangkitkan termasuk saranan bahawa kes buli harus dilihat dengan lebih serius, saya sambut baik.
Sebab itu, tak mudah untuk saya berdiri sini. Sebab itu saya sebut tadi dengan jelas tanpa basa-basi, isu buli termasuk di sekolah, sikap yang kena ambil adalah meminta para pentadbir supaya tidak mengambil pendekatan atau cuba untuk menutup. Bawa ke tengah sebab sekolah sepatutnya menjadi tempat paling selamat.”
Sebelum ini, laporan menyebut bahawa Zara Qairina, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha, Papar, ditemukan tidak sedarkan diri di dalam longkang berhampiran asrama kira-kira jam 4 pagi, 16 Julai lalu.
Remaja berusia 13 tahun itu kemudian disahkan meninggal dunia selepas dirawat di Hospital Queen Elizabeth I, Kota Kinabalu.
Kes bunuh pelajar Kolej Vokasional: 1 dipenjara seumur hidup, 12 dipenjara selama diperkenan TYT. Mahkamah Tinggi menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup dan 12 kali sebatan ke atas seorang bekas pelajar Kolej Vokasional Lahad Datu berusia 20 tahun selepas didapati bersalah membunuh Mohamad Nazmie Aizzat Mohd Narul Azwan, 17, pada Mac tahun lalu.
Hakim Datuk Duncan Sikodol pada prosiding penetapan hukuman hari ini turut memerintahkan 12 tertuduh yang masih di bawah umur dipenjara selama diperkenankan Yang Dipertua Negeri Sabah atas kesalahan sama.
Pada 22 Ogos lalu, Mahkamah Tinggi Tawau memutuskan 13 remaja berusia antara 16 hingga 19 tahun terbabit bersalah membunuh Mohamad Nazmie Aizzat.
Hakim Duncan ketika membacakan keputusan itu berkata semua tertuduh didapati bersalah mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama.
Mereka dituduh bersama-sama membunuh Mohamad Nazmie Aizzat, 17, di bilik asrama kolej berkenaan pada jam 9 malam 21 Mac hingga 7.38 pagi 22 Mac tahun lalu.
Mohamad Nazmie Aizzat atau lebih mesra dengan panggilan ‘Ijat’ ditemui mati selepas disyaki dipukul beramai-ramai oleh 13 rakan di bilik asrama 7 Resak dan 5 Belian antara jam 9 malam pada 21 Mac sehingga jam 7.38 pagi pada 22 Mac, di kolej berkenaan.
Kejadian disyaki berpunca perselisihan faham berhubung isu kehilangan wang milik dua daripada 13 tertuduh.
“Alhamdulillah, urusan berjalan lancar, saya berpuas hati dan amat berterima kasih kepada semua yang hadir memberi sokongan serta semangat.”
Itulah kata-kata Ummu Haiman Bee Daulatgun, ibu kepada Allahyarham Syamsul Haris Shamsudin, sejurus selesai proses penggalian semula kubur anaknya di Tanah Perkuburan Islam Kampung Rinching Hulu, Semenyih, pada Jumaat.
Beliau turut menzahirkan penghargaan kepada orang ramai yang sanggup hadir memberikan sokongan moral ketika proses berlangsung. Katanya, dorongan itu sekurang-kurangnya mengurangkan beban emosi yang ditanggung keluarga sepanjang menantikan jawapan sebenar berhubung kematian anaknya.
“Sekarang kami hanya menunggu keputusan bedah siasat kedua, semoga semuanya dipermudahkan,” katanya ketika ditemui di lokasi penggalian.
Terdahulu, kerja penggalian semula kubur pegawai kadet Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) berusia 22 tahun itu selesai kira-kira jam 9 pagi. Tidak lama selepas itu, pada jam 9.37 pagi, van jenazah yang membawa jasad Syamsul Haris dilihat meninggalkan kawasan tanah perkuburan untuk dibawa ke Institut Perubatan Forensik Negara (IPFN), Hospital Kuala Lumpur bagi tujuan bedah siasat kedua.
Antara barangan yang terlibat ialah produk mandian dan penjagaan diri, termasuk satu unit Carrie Junior Hair and Body Wash, dua unit Selsun Shampoo 2-in-1, satu unit Lifebuoy Body Wash serta sehelai singlet jenama Byford.