Kronologi Kes Penuntut UM Diklasifikasikan Kematian Mengejut
Kes penuntut UM diklasifikasikan kematian mengejut menjadi tumpuan selepas seorang pelajar lelaki Universiti Malaya (UM) dilaporkan terjatuh dari bangunan kolej kediaman universiti berkenaan. Menurut polis, insiden itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR) selepas siasatan awal tidak menemui sebarang unsur jenayah.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shamsudin Mamat berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu daripada Balai Polis Pantai (IPD Brickfields) pada jam 5.00 petang semalam. Katanya, kejadian berlaku kira-kira jam 3.15 petang.
“Mangsa, lelaki tempatan berusia 22 tahun disahkan meninggal dunia semasa menerima rawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) pada jam 4.25 petang,” katanya dalam satu kenyataan rasmi kepada media.
Beliau turut memaklumkan bahawa mangsa dikenali sebagai Ahmad Arif Zawir Mohd Ali, pelajar tahun akhir program Sarjana Muda Sains Gunaan Pengajian Islam di UM. Jenazah mangsa disahkan meninggal dunia jam 4.25 petang ketika menerima rawatan di PPUM.
Siasatan Awal & Pengesahan Pihak Polis
Berdasarkan siasatan awal, tiada sebarang unsur jenayah dikenal pasti di lokasi kejadian. Polis menegaskan bahawa kes penuntut UM diklasifikasikan kematian mengejut sementara menunggu keputusan penuh bedah siasat bagi mengenal pasti punca sebenar kematian.
Dalam kenyataan sama, Asisten Komisioner Shamsudin menyeru orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian supaya tampil membantu siasatan dengan menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya di talian 03-79662222 atau hadir ke balai polis berhampiran.
Ads
Ahmad Arif Zawir yang dipercayai terjatuh dari bangunan kolej kediaman Universiti Malaya disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) semalam.
Latar Belakang Kes & Reaksi Awal Komuniti UM
Kematian penuntut ini mengejutkan warga kampus dan komuniti sekitarnya. Rakan-rakan serta pensyarah mangsa dilaporkan terkejut dengan kejadian yang berlaku secara tiba-tiba. Pihak universiti juga difahamkan sedang memberikan bantuan dan sokongan kepada keluarga mangsa serta menyediakan khidmat kaunseling kepada pelajar lain yang terkesan.
Pengurusan UM turut menyeru warga kampus agar menghormati privasi keluarga mangsa dan tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menjejaskan proses siasatan. Mereka menekankan pentingnya menyemak kesahihan maklumat sebelum berkongsi di media sosial.
Penjelasan Mengenai Kematian Mengejut (SDR)
Kematian mengejut atau “Sudden Death Report” (SDR) merupakan klasifikasi awal bagi kes kematian yang tidak menunjukkan tanda-tanda jenayah pada peringkat siasatan awal. Menurut pihak polis, setiap laporan SDR tetap akan disiasat secara menyeluruh termasuk pemeriksaan forensik, pengambilan keterangan saksi dan laporan bedah siasat.
Dalam kes kes penuntut UM diklasifikasikan kematian mengejut ini, siasatan lanjut akan menentukan sama ada terdapat faktor luar atau persekitaran yang mungkin menyumbang kepada insiden berkenaan.
Ads
Seruan Kerjasama Dan Tanggungjawab Masyarakat
Pihak polis menegaskan kepentingan kerjasama masyarakat dalam memastikan maklumat tepat disalurkan. Mana-mana individu yang mempunyai rakaman, saksi kejadian, atau maklumat tambahan diminta tampil segera bagi membantu melengkapkan siasatan.
Dalam masa sama, pengguna media sosial diingatkan agar tidak menyebarkan gambar atau maklumat tidak sahih berkaitan kes penuntut UM diklasifikasikan kematian mengejut. Etika pelaporan dan hormat terhadap keluarga mangsa perlu diutamakan untuk mengelakkan kesan negatif terhadap emosi keluarga serta komuniti kampus.
Ads
Sokongan Emosi Dan Kaunseling
Kejadian ini juga membuka ruang perbincangan tentang kesejahteraan mental dan sokongan psikologi dalam kalangan pelajar universiti. UM dijangka akan memperkukuh program kesedaran mental di kampus dan memastikan pelajar mempunyai akses mudah kepada perkhidmatan kaunseling serta bantuan sokongan emosi.
Pihak universiti dan masyarakat diharap dapat memainkan peranan aktif dalam memberi sokongan moral, memastikan kebajikan pelajar terus terpelihara, dan mewujudkan persekitaran kampus yang selamat serta prihatin terhadap kesejahteraan komuniti.
Kesimpulannya, kes penuntut UM diklasifikasikan kematian mengejut ini sedang disiasat dengan teliti oleh pihak berkuasa. Orang awam diminta menghormati proses undang-undang dan memberikan ruang kepada keluarga mangsa menghadapi saat sukar ini dengan tenang.
Seorang lelaki warga emas membuktikan makna sebenar bukti cinta abadi apabila mewakafkan seluruh harta peninggalan isterinya bernilai lebih RM60,000 kepada Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS). Tindakan ini menjadi contoh keikhlasan dan kasih sejati yang melangkaui batas dunia.
Mansor @ Razali Zamzam, 63 tahun, menunaikan amanah arwah isterinya, Rohaya Abd Hassan, yang meninggal dunia pada 29 Oktober lalu. Beliau menyerahkan harta berkenaan seminggu selepas pemergian insan tersayang, sebagai tanda cinta yang kekal dan amal jariah berpanjangan.
Bukti Cinta Abadi Melalui Amanah Wakaf Isteri
Menurut Razali, isterinya sebelum ini menghadiahkan wang tunai dan barang kemas kepadanya sebagai tanda terima kasih kerana menjaga beliau dengan penuh kasih sayang sepanjang dua tahun melawan penyakit kanser. Namun, Razali memilih untuk menginfakkan seluruh harta itu kepada golongan yang memerlukan sebagai amal jariah buat Allahyarham melalui serahan kepada Baitulmal MAINS.
“Ketika sakit, arwah tanya mengenai barang kemasnya. Jadi, saya tunjukkan dan dia kata mahu beri kepada saya sebab saya jaga dia selama ini. Saya beritahu saya tak nak dan tanya sama ada boleh kalau diinfakkan semua emas dan wang itu. Dia bersetuju dan itu perjanjian saya dengan dia. Apabila dia sudah tiada, saya kena tunaikan,” katanya ketika dihubungi.
Razali menyerahkan wakaf bernilai RM60,380 hasil daripada penjualan emas serta wang peninggalan isterinya di Pejabat MAINS Kuala Pilah. Beliau berharap tindakan itu memberi manfaat kepada masyarakat dan menjadi sumber pahala berterusan buat isterinya.
Kisah Perjuangan Dan Pengorbanan Cinta
Menceritakan tentang ujian arwah, Razali berkata isterinya disahkan menghidap kanser ovari pada tahun 2018 sebelum penyakit tersebut merebak ke buah pinggang. Walaupun diuji hebat, kasih sayang dan keutuhan mereka suami isteri tidak pernah pudar — inilah yang menjadi bukti cinta abadi antara mereka.
Beliau yang bekerja sebagai peniaga air soya dan tidak mempunyai anak kandung menjelaskan, keputusan untuk mewakafkan harta peninggalan isterinya dibuat kerana khuatir jika harta itu kelak disalahgunakan.
Keputusan Ikhlas Demi Ketenteraman Hati
“Saya hanya jaga seorang anak angkat. Tiada guna juga ada duit banyak kerana sebelum ini pun saya bekerja kerana isteri, apabila dia tiada cukup sekadar apa yang ada. Takut juga apabila pegang banyak duit termasuk terfikir untuk cari teman baharu. Jadi, lebih baik saya selesaikan segera. Saya bersyukur kerana Allah gerakkan hati saya sebelum terlewat,” ujarnya.
Tindakan beliau mewakafkan harta ini menjadi satu teladan kepada masyarakat tentang keikhlasan dalam kasih sayang dan pentingnya amanah dalam hubungan suami isteri. Ia bukan sekadar tindakan mulia, tetapi juga manifestasi bukti cinta abadi yang sebenar.
Inspirasi Buat Pasangan Lain
Razali menegaskan bahawa kisahnya dikongsi bukan untuk menunjuk-nunjuk, sebaliknya agar menjadi pengajaran kepada orang ramai tentang erti kasih, amanah, dan keikhlasan dalam rumah tangga. Beliau berkata, “Selepas wakafkannya, saya lega dan tenang kerana sudah menunaikan amanah isteri. Ini adalah bukti cinta dan kasih sayang kami selepas 36 tahun menjadi suami isteri.”
Kisah ini mengingatkan bahawa cinta sejati tidak berakhir dengan kematian. Melalui amal jariah dan keikhlasan, cinta itu terus hidup dan memberi manfaat kepada ramai. Itulah makna sebenar bukti cinta abadi.
3 subjek dapat G termasuk Sejarah, bapa tak malu malah bangga kongsi kejayaan dicapai anak dalam SPM. Jika ibu bapa lain banyak berkongsi anak dapat straight A dalam keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang diumumkan hari ini, lain pula cerita seorang bapa iaitu Mohammed Khairi.
Aktif dalam dunia penerbitan animasi dan pernah menang beberapa anugerah di festival luar negara seperti Best Animation & Effects dari Archaeology Channel International Filem Festival 2022 selain Honorable Mention dari Cannes Short 202, dirinya berkongsi result SPM anaknya, Ammar Danish yang mana tiada satu pun A sebaliknya pencapaian tertinggi cuma C+ selain ada tiga subjek gagal iaitu Sejarah, Matematik dan Perniagaan.
3 Subjek Dapat G Termasuk Sejarah
Apa yang membuat ramai terharu, dirinya menitip kata semangat kerana kegagalan dalam SPM bukan titik penamat kejayaan. Bahkan mengakui result SPM nya juga dahulu “sama hebat” iaitu English, Matematik, Sejarah dan Sains semua gagal tapi akhirnya bangkit semula dan mencapai kejayaan dalam hidup termasuk mempunyai master.
Ya, bukan semua anak dilahirkan pandai dan jangan ibu bapa berasa sedih jika result anak tidak memberangsangkan hari ini. Kerana kejayaan hidup bukan ditentukan dengan keputusan SPM.
Bapa Tak Malu Malah Bangga Kongsi Pencapaian Anak Dalam SPM
Menulis di fbnya, atas nama Aie Creatvtoon, dirinya berkongsi keputusan SPM anaknya dan menulis kata-kata semangat.
TAHNIAH AMMAR ANAKKU!
Buat apa nak malu?
Jika ini yang terbaik Allah hadirkan untuk awak, papa bangga dengan kamu. Orang lain bangga dengan anak-anak mereka yang dpt A, A dan A yang banyak, so kita collect apa yang mereka tinggalkan untuk kita Nak. Its OK. Life must have a balance and rhythm…
Apa de hal nak, papa dulu SPM pun sama ‘hebat’ mcm Ammar. English, Math, Sejarah, Sains.. Semua Failed tapi papa bangga dengan apa yang papa kecapi sekarang. Eh..Master holder plak tu. Mana datang pun tak tau.
Siap dapat jalan-jalan pi Benut, Kokdiang dan Ulu Cengkoi. Oklah kan. Ini satu kejayaan dalam hidup jugak!
Jangan Pandang Belakang Sijil, Teruskan Usahamu.. Tahniah Anakku!
Isteri Hafidz, Shuhada Cedera Dipercayai Jadi Mangsa Pukul. Kemelut rumahtangga yang berlaku pada pelakon Hafidz Roshdi belum berakhir dan masih menjadi isu hangat.
Terbaru isteri kepada pelakon tersebut, Nurul Shuhada Mat Shukri mendapatkan rawatan di hospital dipercayai kerana dipukul.
Perkara tersebut diketahui apabila Shuhada sendiri memuat naik gambar dirinya dipercayai berkaitan kecederaan dialaminya.
Isteri Hafidz, Shuhada Cedera Dipercayai Jadi Mangsa Pukul
Menerusi beberapa hantaran berasingan dimuat naik dalam Instagram Stories, Shuhada memberitahu dia sedang menerima rawatan di hospital. Malah dia juga turut memuat naik gambar kecederaan pada wajah kiri yang didapati berbalut.
Menurut laporan Harian Metro, seorang ahli keluarga Shuhada yang enggan nama disiarkan mengesahkan Shuhada menjadi mangsa pukul.
“Ya, itu adalah Shuhada. Kejadian berlaku pada awal pagi. Mulanya berlaku pertengkaran dan dia ditumbuk tiga kali di muka.
“Selepas kejadian kami buat laporan polis dan bawa Shuhada ke hospital. Dia terpaksa menerima jahitan akibat luka pada muka.
“Kami juga melakukan pemeriksaan CT scan bagi memastikan tiada sebarang kecederaan dalaman.
“Shuhada juga sudah dibenarkan pulang dan tidak ditahan wad,” sambung sumber tersebut.
Shuhada Perlu Masa Untuk Berehat
Sumber berkenaan juga memaklumkan ibu kepada dua orang cahaya mata itu masih trauma.
“Shuhada masih terkesan dengan apa yang berlaku dan dia perlu masa berehat.
“Syukur keadaan kini stabil,” sambungnya.
Seperti yang diketahui umum ahli keluarga Shuhada mendakwa Hafidz melafazkan cerai menerusi panggilan telefon pada 22 Februari lalu.
“Jangan terlampau cemburu, tok laki tak suka” kata Kak Cat. Nak tahu lagi tips yang dikongsikan Kak Cat untuk menarik perhatian encik suami? Apa lagi, jom tengok! Eh tapi, sebelum tu, sakit mata min tengok rantai emas 916 Sin Ter May yang Kak Cat pakai.. cantik betul, berkilau!
Nak rasa sampel biskut raya? Dapatkan KUPON BISKUT RAYA PERCUMA sekarang. Klik untuk kupon percuma: http://shorturl.at/hKOS2 atau imbas QR code pada poster.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Gadis 15 tahun hilang sejak Oktober 2025 dan keluarganya merayu bantuan orang ramai. Baca laporan penuh dan ketahui ciri-ciri Qaseh untuk membantu pencarian.