
Kerepek peria tak pahit dan rangup mungkin kedengaran mustahil bagi sesetengah orang. Namun perkongsian seorang wanita di media sosial membuktikan sayur pahit ini sebenarnya boleh diolah menjadi kudapan sedap yang digemari ramai.
Malah, resipi kerepek peria ini bukan sahaja laku keras, malah turut menjadi kegemaran kanak-kanak yang sebelum ini tidak menyukai peria.
Perkongsian tersebut dibuat oleh Azizah Ishak, seorang wanita yang mengisi masa lapang selepas bersara. Tidak sangka, percubaan kecil di dapur rumah akhirnya membuka peluang untuk menjana pendapatan kecil-kecilan.
Menurut Azizah, idea menghasilkan kerepek peria tak pahit dan rangup tercetus secara tidak sengaja apabila dia menerima sedekah dua biji peria. Pada awalnya, dia sekadar mencuba membuat kerepek untuk dimakan sendiri.
Namun selepas rakan-rakan mencubanya, ramai memuji rasa kerepek peria tersebut yang rangup dan langsung tidak pahit. Dorongan daripada mereka membuatkan Azizah mengambil keputusan untuk menghasilkan kerepek ini secara lebih konsisten, termasuk untuk dijual secara kecil-kecilan.
Paling mengejutkan, anak cucu Azizah yang sebelum ini menolak sayur peria turut menggemari kerepek peria tak pahit dan rangup ini. Teksturnya yang rangup serta rasanya yang seakan-akan keropok biasa menjadikan kudapan ini mudah diterima oleh semua peringkat usia.
Azizah turut berkongsi bahawa dia setia menggunakan peria biasa, dipilih daripada jenis yang gemuk kerana lebih sesuai untuk menghasilkan kerepek yang rangup dan cantik selepas digoreng.
Berikut dikongsikan resipi lengkap bagi mereka yang ingin mencuba sendiri di rumah.
Perkongsian resipi kerepek peria tak pahit dan rangup ini nyata memberi inspirasi kepada ramai wanita, khususnya suri rumah dan pesara yang ingin menjana pendapatan tambahan dari rumah.
Dengan modal yang rendah serta bahan dapur yang mudah diperoleh, kerepek peria boleh dijadikan produk kudapan yang berpotensi tinggi.
Selain sesuai dijadikan snek keluarga, kerepek peria ini juga boleh dipasarkan secara dalam talian dengan pembungkusan yang kemas serta konsisten dari segi rasa dan kualiti.
Tip Mingguan Wanita: Kadangkala idea rezeki hadir daripada dapur sendiri, asalkan rajin mencuba dan berani memulakan langkah pertama.
Sumber: Azizah Ishak