Luar Negara

Kerana Cinta, Gadis Eropah Sanggup Terbang Beribu Kilometer Bawa Keluarga Jumpa Pemuda Lombok

Share

Kerana cinta

, sanggup gadis Eropah terbang ke Lombok bawa keluarga untuk berjumpa dengan kekasih hatinya kerana serius mahu teruskan hubungan.

Kerana Cinta

Momen ini tular di laman media sosial Voktis.Id menarik perhatian netizen. Ramai yang teruja apabila seorang gadis manis berdarah Eropah itu secara terbuka membuktikan keikhlasan hatinya.

Bukan calang-calang usaha, dia sanggup menaiki penerbangan beribu-ribu kilometer semata-mata untuk menjejakkan kaki di bumi Lombok. Kedatangannya ke rumah sederhana pemuda tempatan tersebut jelas membuktikan bahawa jarak fizikal bukanlah satu halangan besar.

Menariknya lagi, penampilan gadis ini terus mencuri perhatian ramai sebaik sahaja kelibatnya muncul di skrin. Dia kelihatan sangat manis mengenakan tudung biru serta kain batik gaya wanita kampung setempat.

Gadis Eropah Sanggup Terbang Beribu Kilometer Bawa Keluarga Jumpa Pemuda Lombok

Pertemuan ini bertambah bermakna apabila dia tidak hadir berseorangan, malah turut ditemani keluarga tersayang dari negara asalnya. Sambutan daripada pihak lelaki pula cukup hangat dan penuh kekeluargaan, melenyapkan terus rasa kekok antara dua budaya berbeza.

Kelihatan gelak tawa dan perbualan mesra mengisi segenap ruang rumah kayu sederhana itu sepanjang pertemuan berlangsung. Suasana santai itu membuatkan sesiapa sahaja yang menonton video tular berkenaan merasa tersentuh dengan keikhlasan mereka.

Di ruangan komen, rata-rata warga maya tidak henti-henti mendoakan kebahagiaan pasangan ini agar hubungan mereka kekal berpanjangan. Rupa-rupanya kalau dah namanya jodoh, perbezaan benua dan latar belakang terus jadi perkara nombor dua.

Published by
Nadia Mohamad