
“Kerajaan Memperuntukkan RM8.4 Juta Bagi Pembekalan Lencana Jalur Gemilang Kepada 5.14 Juta Pelajar” begitulah yang diberitahu oleh Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek menerusi jawapan bertulis Dewan Rakyat.
Lencana Jalur Gemilang adalah diwajibkan kepada semua murid sekolah, pelajar kolej matrikulasi dan IPGM mulai 21 April 2025. Seperti mana dilaporkan Berita Harian Fadhlina Sidek, berkata setiap pelajar menerima dua lencana secara percuma sebagai sebahagian inisiatif memupuk semangat patriotisme dan kecintaan kepada negara sejak di bangku sekolah.
Dek kerana itu juga Kerajaan telah memperuntukkan RM8.4 juta bagi pembekalan lencana Jalur Gemilang kepada 5.14 juta pelajar di sekolah, Kolej Matrikulasi, Kolej Tingkatan Enam dan Institut Pendidikan Guru (IPG).
“Peruntukan ini telah diagihkan kepada semua jabatan pendidikan negeri dan institusi berkaitan pada Februari 2025, dengan kuantiti disesuaikan mengikut bilangan pelajar berdaftar.
“Proses perolehan dilaksanakan oleh jabatan pendidikan negeri, pejabat pendidikan daerah dan institusi melalui sistem ePerolehan secara tender atau sebut harga.
“Bagi mempercepatkan bekalan dan menggalakkan lebih ramai pembekal yang layak, perolehan mengikut zon turut dibenarkan dengan sejumlah 91 pembekal di seluruh negara terbabit dalam penyediaan lencana tersebut,” katanya dalam jawapan bertulis Dewan Rakyat.
Soalan tentang hal tersebut diajukan oleh Abdul Latiff Abdul Rahman (PAS–Kuala Krai) mengenai jumlah perbelanjaan kerajaan untuk membekalkan lencana Jalur Gemilang kepada semua pelajar di bawah institusi Kementerian Pendidikan.
Baca Disini : Rakaman Video Tular Seorang Murid Dimarahi Guru “Saya Amat Kesal Dengan Apa Yang Berlaku” Fadhlina Sidek Beri Peringatan
Sumber : Berita Harian
Kuat sungguh dugaan bintang lagenda Uji Rashid ini. Walau sudah berusia namun amat tabah meneruskan kehidupan mencabar dalam menjaga anaknya Cico Harahap yang kurang sihat.
Macam mana nak meninggal dalam keadaan husnol khatimah jika tidak sentiasa berzikir, kata Datin Seri Umie Aida.