Bersyukur apabila menerima keputusan negatif, penyanyi yang terkenal dengan lagu Canggung, Wany Hasrita turut berkongsi berita gembira apabila pembantu peribadinya Nur Nur Anisah turut mendapat keputusan calitan Covid-19 yang sama.
Malah dia juga mampu tersenyum lega, kebanyakan artis dan krew terlibat dengan Separuh Akhir Muzik Muzik 35 (SFMM35) yang membuat ujian calitan di Pusat Perubatan Management & Science University (MSUMC), Shah Alam turut mendapat keputusan negatif.
Keputusan Negatif, Semuanya Dipermudahkan
Ads
Selepas mendapat perkhabaran Alif Satar Positif Covid-19 dan episod ketiga SFMM35 yang dijadualkan berlangsung pada Ahad lalu ditunda.
Seperti mana dipetik menerusi portal Xtra, Wany yang juga bekas penuntut MSU turut memberitahu dia bersama Nur Anisah menghubungi pensyarahnya untuk mendapatkan bantuan dan maklumat terkini.
“Selepas mendapat perkhabaran terbabit pada Ahad, saya menghubungi pensyarah saya. Dia yang membantu untuk ‘set-up’ ujian calitan serta menghubungkan kami dengan doktor di MSUMC.
“Selain itu, pembantu peribadi saya, Nur Anisah banyak membantu saya dan semua yang hadir ke MSUMC untuk menjalani ujian calitan. Alhamdulillah, semuanya dipermudahkan,” kata Wany.
Keputusan Negatif, 69 Orang Yang Hadir Ujian Calitan
Difahamkan juga, kesemua 69 orang yang hadir membuat ujian calitan disahkan negatif.
“Sebenarnya, agak sensitif untuk saya jawab tapi ini apa yang saya dapat daripada doktor yang memeriksa kami pada Ahad, semua 69 orang yang hadir membuat ujian calitan di MSUMC disahkan negatif. Tapi, semuanya harus berhati-hati,” sambungnya lagi
Keputusan calitan pertama masih terlalu, malah Wany juga menasihati mereka yang menjadi kontak rapat haruslah menjalani kuarantin dan menjalankan ujian calitan yang kedua.
“Masih terlalu awal, semuanya boleh terjadi dan langkah berjaga-jaga haruslah sentisa diambil.
“Saya berdoa agar segalanya dipermudahkan dan semuanya akan terus kekal negatif, Insya-Allah,” luah Wany.
Hebat usaha guru-guru SK Lemoi, Cameron Highlands ini. Ketika, sekolah ditutup akibat Perintah Kawalan pergerakan Bersyarat (PKPB), dan sedar para pelajarnya sukar meneruskan pembelajaran dalam talian. Guru-gurunya turun padang, masuk kampung anak-anak murid mereka.
Empat buah kampung dijejaki demi menghantar lembaran kerja untuk pelajar-pelajar mereka. Salah satu kampung terletak jauh dalam hutan. Perlu jalan kaki untuk sampai. Ketika merentas belantara ini, guru sama merasai keperitan anak-anak murid untuk mencari ilmu hampir setiap hari.
Oleh kerana kita tidak boleh buat pembelajaran dalam talian, kita buatlah luar talian. Apa sahaja kita usaha, asal anak-anak boleh belajar. Kan?
Alhamdulillah, hari ini kami selesai mengedarkan lembaran kerja dan bahan belajar untuk anak-anak SK Lemoi, Cameron Highlands.
Anak-anak yang bersekolah di SK Lemoi datangnya daripada empat buah kampung iaitu Kg Lemoi, Kg Telimau, Kg Chenan Cerah dan Kg Tileb (kampung yang baru di buka). Hanya Kg Lemoi dan Kg Telimau yang boleh dilalui dengan kenderaan (pacuan 4 roda atau motorsikan). Kg Chenan Cerah dan Kg Tileb pula terletak jauh di dalam hutan yang hanya boleh sampai dengan berjalan kaki sahaja.
Biasanya, dari sekolah untuk sampai ke Kg Chenan Cerah memakan masa kurang lebih dua jam dan tambah lagi satu jam untuk sampai ke Kg Tileb.
Semalam kami telah ke kampung-kampung berhampiran sekolah untuk mengedarkan fail yang mengandungi lembaran kerja dan bahan belajar untuk setiap murid.
Tidak susah untuk mengumpulkan mereka, sebab bila mereka nampak sahaja cikgu masuk kampung – akan bersegeralah mereka berkerumun. Walaupun sekadar menempel tanpa berbuat apa-apa.
Dalam hujan lebat dan salakan anjing sahut menyahut petang semalam juga kami telah selesai mengedarkan bahan untuk anak-anak di Kg Telimau.
Pagi tadi pula, dengan berbekalkan sebungkus nasi lemak setiap seorang, roti dan air minuman; kami bergerak masuk ke Kg Tileb.
Fail-fail dan alat tulis telah kami bungkus rapi dalam plastik. Bimbang kehujanan.
Jalan hutan dan denai yang dilalui oleh anak-anak untuk ke sekolah dan asrama mengundang rasa keinsafan dalam diri. Bayangkan betapa kentalnya anak-anak sekecil 7 tahun ini bersama-sama mereka sahaja berjalan untuk ke sekolah.
Suasana agak “gempar” sedikit apabila kami tiba di Kg Tileb. Boleh jadi mereka hairan dan kagum kerana inilah kali pertama kami para guru sampai di kampung ini. Tiada kelihatan kaum lelaki, hanya kaum wanita beberapa orang dan anak-anak kecil sahaja di rumah dan laman. Barangkali kaum lelaki telah ke kebun atau hutan mencari hasil. Kecuali Batin yang masih di rumah.
Setelah meminta izin daripada Batin, kami mengorak langkah masuk ke kawasan rumah. Hanya ada 7 buah rumah di kampung ini. Sebaik kami merapat, berkerumunlah anak-anak kecil mengelilingi kami. Nasib baiklah hari ini kami bawa banyak bekal gula-gula, coklat, jajan dan biskut untuk mereka. Wahhh bukan main seronok masing-masing mendapat habuan. Kami ikut terhibur melihat mereka rakus membuka plastik pembalut, ada yang agak sukar – tanpa ragu mereka hulur pada kami untuk dibukakan.
Anak-anak ketika itu menjalani rutin mereka jika tidak ke sekolah. Anak lelaki ke kebun, anak perempuan membasuh pakaian, memasak dan mengemas. Mereka berhenti seketika untuk mengambil bahan yang kami bawa. Berkeliling dan berbual-bual bagaikan melepas rindu lamanya tidak berjumpa dek perpisahan yang tergesa-gesa minggu sebelumnya.
Kami tidak dapat berlama di situ kerana risau hujan akan turun. Sekarang hampir setiap petang hujan dan kami tidak mahu ditimpa kesusahan jika terpaksa keluar dalam hujan.
Sedang kami bersiap untuk keluar, Arif dan Amirul pulang dari kebun. Ada senyum terukir di wajah demi melihat kami. Di belakang tubuh kecil itu pula memikul beg kecil berisi sireh, pucuk labu, jagung dan sayuran. Sayu hati ini melihat wajah polos yang sekecil ini sudah tahu mencari rezeki untuk keluarga mereka.
Kami tinggalkan pesanan untuk mereka. Insya-Allah kami akan datang lagi nanti untuk pembelajaran seterusnya. Biar bagaimana caranya sekalipun, guru-guru tetap akan cuba memberi yang terbaik buat anak-anak didik.
Tahniah diucapkan kepada semua guru dan staf SK Lemoi yang telah bertungkus-lumus menyediakan lembaran kerja / bahan belajar untuk murid-murid dan seterusnya menghantar kepada setiap mereka.
Terima kasih atas kerjasama semua. Diharap dengan sedikit usaha ini, akan memberi manfaat kepada anak-anak didik kita untuk terus belajar walaupun di rumah dan tanpa kemudahan internet.
THIS IS LEMOI! Nota: Al Fatihah untuk arwah Syam Din; kalau arwah masih ada – dah tentu dialah yang paling sibuk ketika ini. Ketika PKP sebelum ini, arwahlah yang menguruskan untuk hantar semua kerja kepada anak-anak. Semoga arwah tenang di sana. Al Fatihah.
MW : Luar biasa hebat kerja cikgu! Semoga usaha yang cikgu-cikgu lakukan diberkatiNya.
Kata orang, tuah ayam nampak di kaki. Tuah manusia hanya Allah yang tahu, begitulah tuah bagi Josua Hutagalung. Seorang pembuat keranda jadi jutawan segera, pabila dirinya jual batu angkasa umpama terima gaji selama 30 tahun.
Sudah tentu bukan sahaja kita, dia juga tentu tidak menyangka seketul batu yang jatuh di atas bumbung rumahnya mempunyai nilai yang terlalu tinggi.
Pembuat Keranda Jadi Jutawan Segera
Seorang pembuat keranda di Indonesia menjadi jutawan segera selepas batu angkasa jatuh di atas bumbung rumahnya ketika kejadian pada Ogos lalu.
Josua Hutagalung, 33, berada di kediamannya di Kolang, Sumatera Utara ketika meteorit berukuran seperti saiz football itu menimpa beranda.
Menurutnya, dia telah menjual batu angkasa seberat 2.2 kilogram yang mempunyai nilai kira-kira 1.4 juta pound (RM7.6 juta) yang bersamaan gaji diterima untuk tempoh selama 30 tahun.
“Saya sedang membuat keranda apabila terdengar dentuman yang kuat hingga menyebabkan rumah saya bergegar. Batu itu terlalu panas untuk dipegang. Oleh itu, isteri saya menggunakan cangkul dan membawanya masuk ke dalam rumah,” ujarnya.
Jelasnya, wang diterima hasil jualan meteorit tersebut menyebabkan dia memilih untuk berhenti kerja dan berhasrat mahu membina gereja baharu di kampung didiaminya.
Harap Batu Angkasa Bawa Tuah
“Saya mengimpikan untuk mempunyai seorang anak perempuan. Saya harap ia akan membawa tuah kepada kami,” kata bapa kepada tiga anak itu.
Sementara itu, pakar batu angkasa, Jared Collins memberitahu dia mendapat tawaran yang tinggi untuk membeli batu angkasa itu.
Collins kemudiannya menghantar meteorit tersebut ke Amerika Syarikat yang kini disimpan di Pusat untuk Penyelidikan Meteorit di Arizona State University.
Batu Angkasa Yang Sangat Jarang Ditemui
Batu angkasa itu diklasifikasikan sebagai CM1/2 carbonaceous Chondrite, jenis yang sangat jarang ditemui dan dipercayai mengandungi asid amino unik dan unsur primordial lain.
Difahamkan, serpihan meteorit itu turut dibeli pengumpul kedua dan kini dijual di laman eBay. – Agensi
MW: Beruntung pembuat keranda ini, mendapat rezeki yang tidak dijangka. Inilah dinamakan batu bukan sebarang batu.
Kisah pembunuhan tragis yang menimpa Allahyarham Siti Nur Surya Ismail, seorang remaja yang sanggup melupakan pengajiannya demi menjaga ibu yang sakit, memberi kesan sayu pada pelakon terkenal, Anzalna Nasir.
Terpanggil untuknya berkongsi rezeki untuk membantu keluarga malang itu. Lagi pula, dengan keadaan ibu mangsa, Zaini Musa yang dalam keadaan terlantar. Sakit kanser otak tahap tiga.
Malah, di saat perjalanan akhir jenazah anaknya tetap ibu itu tidak dapat menatap seperti ibu normal yang lain. Disebabkan ibunya yang seakan tidak memahami apa-apa.
Ibu kepada Mohamad Eidrees ini terpanggil menghulurkan bantuan kerana dapat merasai penderitaan yang dialami keluarga Allahyarham Nur Surya.
Kongsinya di insta story,
“Walaupun bukan di tempat pakcik ini, tetapi saya dapat rasa apa yang dirasa Sesiapa kenal pakcik ni boleh mesej Anzalna, terima kasih.”
Nombor telefon yang diminta itu bukan apa, untuk mudahkannya menghubungi Ismail Muda, 58. Dapatlah nanti dia berkongsi rezeki dan meringankan beban terutama buat ibu arwah yang terlantar sakit.
“Jujurnya apabila terbaca insiden yang berlaku, saya rasa sayu.”
Katanya lagi, yang sukar untuk membayangkan akan perasaan apabila berada ditempat keluarga yang diuji dengan musibah itu.
“Ini adalah ujian yang sangat berat bagi keluarga Arwah. Jadi, saya berbincang dengan suami dan dia sama terbuka hati dengan niat ini.”
Biar pun dia akur dalam suasana pandemik ini, mustahil untuknya bertemu atau ke kediaman keluarga mangsa, namun memadailah kiranya dia dapat berhubung dengan keluarga mangsa demi membantu mereka.
“Saya ada banyak terima mesej mengenai hal yang berkaitan. Cuma setakat ini, masih belum dapat nombor yang betul-betul sahih untuk dihubungi atau berurusan
Terima kasih atas ikhtiar semua.
Semoga keluarga arwah kuat menghadapi dugaan ini dan saya berdoa agar semua dipermudahkan.” Maklum Anzalna.
Sebelum-sebelum ini pun, Anzalna sudah biasa dengan kerja-kerja amal. Dalam membantu keluarga yang kesempitan. Terdahulu, dia pernah membantu kanak-kanak yang menghidap kanser sejak 2014.
Untuk rekod, Allahyarham Nur Surya ditemui adiknya, Siti Nur Syuhada, 15 dalam keadaan tertiarap di hadapan televisyen, berlumuran darah dan putus pergelangan tangan kiri.
Sehingga hari ini, siasatan masih terus dijalankan oleh pihak polis. Dan rakan sekolah Allahyarham Siti Nur Surya yang juga suspek kejadian ditahan reman 7 hari.
Antara barangan yang terlibat ialah produk mandian dan penjagaan diri, termasuk satu unit Carrie Junior Hair and Body Wash, dua unit Selsun Shampoo 2-in-1, satu unit Lifebuoy Body Wash serta sehelai singlet jenama Byford.