Kepulangan Sukarelawan GSF Disambut Tangisan Syukur & Laungan Takbir

Share

Laungan “Allahuakhbar!” dan “Free Free Palestin!” bergema di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ketika deretan wajah yang dinanti akhirnya muncul. Ketibaan 27 sukarelawan Global Sumud Flotilla (GSF) itu bukan sahaja disambut dengan doa dan sorakan, tetapi juga pelukan erat yang penuh sebak daripada ahli keluarga dan sahabat seperjuangan.

Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan, turut hadir meraikan kepulangan mereka. Suasana bertukar sayu apabila ada yang menitiskan air mata kegembiraan tanda syukur kerana akhirnya insan tersayang kembali ke tanah air setelah melalui misi getir di lautan, menentang kekejaman rejim zionis.

Antara sukarelawan yang pulang ialah selebriti dan aktivis yang cukup dikenali rakyat Malaysia, antaranya termasuklah  Heliza Helmi dan adiknya Nur Hazwani Afiqah (kapal Hio), Farah Lee dan Danish Nazran Murad (kapal Grande Blu) Zizi Kirana (kapal Huga), Pempengaruh Ardell Aryana (kapal Mikeno), PU Rahmat, Musa Nuwayri, Iylia Balqis, Sul Aidil, serta ramai lagi wajah-wajah pejuang yang namanya kini terpahat dalam lipatan sejarah solidariti buat Palestin.

Misi GSF kali ini menyaksikan kira-kira 500 aktivis dari 44 negara belayar menuju Gaza. Mereka membawa bukan sahaja bekalan ubat-ubatan dan bantuan kemanusiaan, malah membawa mesej besar dunia tidak akan pernah berpaling daripada penderitaan Palestin.

Diuji, Namun Tetap Teguh

Terdahulu, dunia dikejutkan dengan insiden 2 Oktober lalu apabila 42 kapal misi GSF dipintas di perairan antarabangsa oleh rejim Israel. Seramai 495 aktivis ditahan, termasuk 23 rakyat Malaysia, sebelum dibebaskan secara berperingkat. Insiden itu hanya mengukuhkan lagi semangat perjuangan, bukan memadamkan nyala api keberanian.

Sementara itu, empat aktivis Malaysia yang menaiki kapal pemerhati Summertime-Jong  termasuk Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman dari Cinta Gaza Malaysia turut selamat berlabuh di Cyprus, tidak memasuki zon merah.

Sementara itu, ahli keluarga kepada 23 sukarelawan Global Sumud Flotilla dibawa menaiki bas persiaran khas untuk bertemu dengan insan tersayang di KLIA. Antara keluarga yang kelihatan menaiki bas tersebut termasuklah pelakon Yusuf Bahrin dan Nadzmi Adhwa yang teruja menyambut kepulangan isteri masing-masing.

Solidariti Tanpa Sempadan

Kepulangan wira-wira ini menjadi bukti bahawa perjuangan untuk Palestin bukan sekadar kata-kata. Ia dihidupkan dengan keberanian, air mata, doa, dan pengorbanan.

Bagi rakyat Malaysia, kepulangan ini adalah detik yang menggetarkan jiwa. Saat pelukan pertama mendarat di KLIA, yang terdengar hanyalah bisikan syukur: “Alhamdulillah, mereka kembali dengan selamat.”

Follow kami di TELEGRAMINSTAGRAMTIKTOKFACEBOOKTWITTER dan YOUTUBE

} .cta-description { color: #444; margin-bottom: 18px; line-height: 1.5; } .cta-button { display: inline-block; background: linear-gradient(135deg, #ff3b3b, #c20000); color: #fff ; padding: 12px 26px; border-radius: 10px; font-size: 1rem; font-weight: 700; text-decoration: none; transition: transform 0.15s ease, box-shadow 0.15s ease; box-shadow: 0 6px 16px rgba(194, 0, 0, 0.25); margin-top: 10px; } .cta-button:hover { transform: translateY(-2px); box-shadow: 0 8px 20px rgba(194, 0, 0, 0.35); } .cta-image img { width: 300px ; height: auto ; border-radius: 12px ; object-fit: cover ; } /* Mobile responsive */ @media (max-width: 640px) { .cta-container { flex-direction: column; text-align: center; } .cta-image img { width: 100%; max-width: 280px; } }

Bersama Dalam Solidariti

Jadikan T-shirt putih simbol perpaduan anda — mudah, sopan, dan penuh makna.

Jom Pakai Putih

Bersama Dalam Solidariti

Jadikan T-shirt putih simbol perpaduan anda — mudah, sopan, dan penuh makna.

Jom Pakai Putih

Published by
Rosmah Idayu