Kepala bayi terputus, badan tertinggal dalam perut ibu waktu dilahirkan. Satu kejadian tragis di sebuah pusat kesihatan di Sumatera Utara, Indonesia mengundang rasa pilu dan kemarahan masyarakat apabila seorang bayi dilahirkan dalam keadaan kepalanya terpisah daripada badan.
Kepala Bayi Terputus, Badan Tertinggal Dalam Perut Ibu Waktu Dilahirkan
Insiden mengejutkan itu kini menjadi perhatian ramai yang mendesak agar siasatan dijalankan segera terhadap pihak terlibat. Peristiwa itu dikatakan berlaku di Puskesmas Pinangsori, Kabupaten Tapanuli Tengah pada Isnin lalu, seperti yang dikongsikan oleh pemilik akaun Facebook, Dewi Purba.
Rakaman video yang tular memaparkan detik menyayat hati seorang bapa mendakap erat bayi kecilnya yang sudah dibalut dengan kain batik.
Beberapa pengguna media sosial menuduh kejadian berkenaan berpunca daripada kelalaian petugas kesihatan yang bertugas ketika proses melahirkan dilakukan.
Ads
“Tolong sebarkan supaya tiada lagi mangsa lain. Badan bayi tertinggal di dalam perut ibunya manakala kepalanya jatuh ke lantai.
“Keluarga mangsa menuntut penjelasan daripada pihak Puskesmas Pinangsori,” tulis pemilik akaun Uwiie Poetrysagita seperti dipetik Tribun Medan pada Rabu.
Menurut laporan, keluarga turut kecewa kerana mendakwa pihak pusat kesihatan terbabit gagal memberi penjelasan terperinci tentang apa yang sebenarnya berlaku.
Hasil siasatan awal mendapati bayi seberat 4.2 kilogram itu sudah meninggal dunia ketika masih dalam kandungan. Namun, perkara itu tidak disampaikan kepada kedua-dua ibu bapa kerana pihak perubatan bimbang mereka akan panik.
Ads
Walaupun begitu, proses kelahiran tetap dijalankan secara normal. Malangnya, kepala dan bahu bayi tersebut dilaporkan tersangkut ketika ditarik keluar sehingga mengakibatkan kepala terputus daripada badan.
Uniknya kopitiam 100 tahun di Tapah, Auntie Ah Ling sudah hafal selera pelanggan Melayu, Cina & India tanpa tengok menu. Di tengah kesibukan kota dan gelora dunia digital yang tak henti-henti, ada sesuatu yang sering kita terlepas pandang. Kisah-kisah kecil yang membentuk jiwa Malaysia sebenar. Kisah tentang perpaduan, persahabatan dan kasih sayang yang berlaku setiap hari tanpa kita sedari.
Pernahkah kita semua terfikir, apakah sebenarnya yang menyatukan kita sebagai satu bangsa?
Bagi orang Tapah, mungkin sudah biasa dengan Kopitiam Xin Aun Nong Hong yang sudah berusia seabad lamanya. Uniknya, dengan hanya bau haruman kopi dan roti bakar, ia mampu menyatukan Melayu, Cina dan India sejak 100 tahun lalu.
Pelanggan datang dari semua kaum. Mereka boleh duduk bersama. Berkongsi cerita, ketawa dan menikmati waktu tanpa perlu risau akan perbezaan. Kadangkala, perpaduan itu datang dari hal-hal sesederhana ini.
Lebih unik, Auntie Ah Ling yang mewarsi perniagaan keluarga sudah boleh hafal apa menu kesukaan pelanggan dengan hanya melihat muka mereka sahaja. Tak perlu keluarkan menu, dirinya sudah memahami apa citarasa pelanggan.
“Kita semua di sini sudah umpama adik beradik. Membesar bersama-sama tanpa kira perbezaan agama. Walau ada banyak pembangunan di sekeliling dan kedai jauh baik tapi kopitiam ini jadi kesukaan orang-orang lama yang akan datang setiap pagi.
“Saya tengok saja muka mereka, sudah tahu apa yang mereka mahu minum. Sebabnya setiap hari mereka datang sini. Kita semua sudah seperti satu keluarga,”katanya yang turut menjual pau kari yang menjadi rebutan penduduk setempat setiap pagi.
Jika kopitiam Xin Aun Nong Hong di Tapah menyatukan penduduk sejak 100 tahun lalu, lukisan mural juga turut menyatukan tiga insan berlainan agama iaitu Riyn Lee, Izzati Suza dan Karthi Maniam. Tidak pernah bertemu sebelum ini namun ketiga-tiganya bersatu melukis mural sempena kemerdekaan negara ke 68.
Karya seni mereka “Inilah KITA” mencerminkan erti sebenar menjadi rakyat Malaysia. Lukisan mural ini telah dibuka untuk tontonan umum di Pavilion dan Fahrenheit88 sejak 7 Ogos, mengajak semua orang hadir meraikan momen-momen indah yang mengikat kita bersama sebagai satu bangsa.
Jelas Izzati Suka yang terkenal dengan lukisan emosi manusia melalui “mulut besar”, dia turut mengabadikan potret mak dan ayahnya di dinding lukisan mural sempena kemerdekaan ini.
Begitu juga Riyn Lee yang terkenal menghasilkan objek manusia sebagai subjek muralnya dan ini berbeza dengan Karthi Maniam yang menghasikkan karya seni heena. Jadi gabungan ketiga-tiganya berjaya menghasilkan karya seni yang hebat.
Sempena ulangtahun ke-68 kemerdekaan, kempen Inilah KITA mengangkat cerita-cerita indah tentang perpaduan yang sering kita terlupa.
Ia mengingatkan kita bahawa di sebalik perbezaan budaya, agama dan latar belakang, ada benang halus yang mengikat kita sebagai satu bangsa. Bukan sekadar kisah patriotik tetapi sebuah kisah keikhlasan dan kasih sayang yang berlaku setiap hari.
Dalam pada itu, Ketua Pemasaran Kumpulan Astro, Benjamin Woo menyifatkan, kempen ini adalah komitmen Astro dalam bersama menyatu padukan rakyat negara ini
“Sebagai penyedia hiburan terkemuka negara, kami bangga meraikan kisah tempatan yang mencerminkan realiti negara kita. Melalui momen-momen harian yang menghubungkan. Sama ada berkongsi makanan, ruang umum ataupun bekerjasama dalam seni. Kami raikan pengalaman yang menyatukan rakyat Malaysia. Kisah ringkas tetapi bermakna ini menonjolkan bagaimana walaupun kita berlainan latar belakang, momen dikongsi menjadikan kita satu,” katanya dalam satu kenyataan.
Tidak hanya melalui makanan, rakyat disatukan dalam muzik dan lukisan mural.
Dokumentari Inilah KITA dihasilkan dengan kerjasama Naga DDB Tribal bersama Astro Malaysia dan Directors Think Tank yang membawa kisah rakyat ini ke layar dan ke hati semua.
Dalam dunia hari ini yang mudah tercemar oleh gosip, perdebatan dan perpecahan, kempen Inilah KITA hadir sebagai pengingat dan ketenangan. Ia mengajak kita meletakkan telefon seketika, lihat sekeliling dan nikmati bagaimana kita, dengan segala perbezaan, masih mampu duduk bersama, membantu dan meraikan kehidupan bersama.
Inilah Malaysia yang sebenarnya yang sering tersembunyi di balik hiruk-pikuk dunia digital. Sebuah negara yang ikatan peribadinya terjalin dari momen-momen sederhana tetapi bermakna. Di ulangtahun ke-68 kemerdekaan ini, marilah kita sama-sama hayati dan lestarikan momen-momen itu. Bukan hanya untuk hari ini tapi sepanjang hayat kita.
Kerana Inilah KITA. Sebahagian daripada kisah yang sama. Kisah negara kita, Malaysia yang terus bertaut dan berkembang dalam harmoni dan kasih sayang sejati. Merdeka bukan sekadar kata, ia rasa yang kita ukir setiap hari dalam kebersamaan.
Jenazah Syamsul Haris Selamat Dikebumikan Semula Selepas Bedah Siasat Kedua. Jenazah Allahyarham Syamsul Haris Shamsudin, kadet Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (Palapes) Universiti Teknologi Malaysia (UTM), telah selamat disemadikan semula di Tanah Perkuburan Islam Kampung Rinching Hulu, Semenyih pada jam 6.30 petang, Sabtu.
Proses itu berlangsung sebaik sahaja selesai prosedur bedah siasat kedua yang dijalankan di Institut Perubatan Forensik Negara (IPFN), Hospital Kuala Lumpur (HKL).
Bedah siasat yang bermula pada pagi Sabtu itu mengambil masa hampir tujuh jam dan berakhir sekitar jam 4 petang. Seusai proses tersebut, jenazah Allahyarham dibawa keluar dengan kawalan rapi Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebelum diiringi untuk urusan pengebumian.
Suasana di tanah perkuburan menyaksikan ahli keluarga serta rakan terdekat Allahyarham setia menunggu di luar kawasan sehingga pengebumian selesai dijalankan.
Terdahulu, pada Jumaat, kubur Allahyarham digali semula kira-kira jam 8.15 pagi berikutan keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam yang meluluskan permohonan ibunya, Ummu Haiman Bee Daulatgun. Permohonan itu dibuat bagi membolehkan proses bedah siasat kali kedua dilaksanakan.
Hakim Datuk Bhupindar Singh Gucharan Singh Preet dalam keputusannya pada 19 Ogos lalu membenarkan permohonan tersebut bagi membuka jalan kepada pelaksanaan inkues untuk menyiasat punca kematian anak bongsu Ummu Haiman.
Allahyarham Syamsul Haris, 22, dilaporkan meninggal dunia pada 28 Julai lalu di Hospital Kota Tinggi, Johor selepas menjalani latihan di Lapang Sasar Imunisasi Tempur, Pusat Latihan Tempur Tentera Darat (PULADA), Ulu Tiram, Johor.
Nekad Tuntut Cerai. Terbaru pelakon Linda Hashim mendedahkan dirinya sudah tidak mampu bertahan dalam rumah tangga dan kesabarannya sudah berada di tahap kemuncak.
Jika dulu dirinya masih mampu bersabar dan berdiam diri namun kini tidak lagi, Malah pemilik nama sebenar Norhazlinda Hashim ini juga menjelaskan punca sebenar dirinya tidak pulang ke rumah selama sembilan bulan dek kerana bimbang dikasari selain tiga anaknya berdepan trauma akibat insiden kekasaran rumah tangga sebelum ini.
Seperti mana dilaporkan Harian Metro, Linda turut memberitahu terdapat empat sebab mengapa dirinya menuntut cerai terhadap Beego.
“Pertama, saya kena pukul.
“Kedua, anak-anak saya tak nak balik kerana mereka trauma.
“Ketiga, kunci rumah ada pada dia dan keempat apabila saya balik rumah, dia akan manggakan pintu rumah dari luar,” terang Linda yang turut mempunyai saksi kejadian yang berlaku.
Ibu kepada tiga cahaya mata ini juga memberitahu dirinya memiliki laporan polis serta surat perintah larangan mengganggu atau mendekati (OACC) yang menghalang Beego mendekatinya.
“Saya ada laporan polis dan juga perubatan. Walaupun begitu, atas dasar perikemanusiaan, saya masih benarkan dia berjumpa anak-anak,” ulasnya.
Linda juga turut pernah memberi amaran kepada Beego agar tidak melakukan provokasi terhadap diri saya dan anak-anak.
“Dia nak buat ‘live’ cari rezeki tiada masalah tapi jangan nak lakukan provokasi terhadap saya. Jangan ganggu kehidupan kami yang kini lebih tenang. Jangan sebar fitnah dan manipulasi.
“Baru saya muat naik mengenai anak-anak, dia sudah kata saya lakukan provokasi.
“Saya ada banyak bukti di telefon dan fail yang belum saya dedahkan. Ini amaran saya,” sambungnya yang menasihatkan Beego agar tidak menggunakan agama untuk menutup perbuatan buruknya kerana segala bukti sampai kepadanya.
Kuat sungguh dugaan bintang lagenda Uji Rashid ini. Walau sudah berusia namun amat tabah meneruskan kehidupan mencabar dalam menjaga anaknya Cico Harahap yang kurang sihat.
Macam mana nak meninggal dalam keadaan husnol khatimah jika tidak sentiasa berzikir, kata Datin Seri Umie Aida.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Pelakon Wanita, Syida Melvin dilaporkan telah memfailkan cerai terhadap suaminya, Syafiq Azim di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam, Selangor pada Disember tahun lalu.