“Kepada Penyondol, Bolehlah Jadi Nombor Satu Sekarang” itulah antara ayat yang dikongsikan oleh pelakon senior Farisha Irwayu menerusi sebuag video yang dikongsi di laman social.
Pelakon itu seolah-olah menggambarkan bekas suaminya telah mengahwini wanita lain sebagai isteri kedua dan ikhlas melepaskan.
“Kepada penyondol, bolehlah jadi nombor satu sekarang, sebab awak bukan yang kedua lagi. Dah boleh daftar pernikahan kalian selepas saya habis iddah,” kongsinya.
Pada masa yang sama, Farisha juga turut memberitahu dirinya telah berpisah dengan suami, Datuk Tuan Asmawi Tuan Umar. Mereka bercerai secara ‘fast track’ pada 11.45 pagi, 13 Mei lalu di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
“Saya bukan lagi isteri kepada Tuan Asmawi Tuan Umar. Kami telah pun bercerai secara fast track dengan talak satu yang dijatuhkan ke atas saya, atas persetujuan bersama. Maka bermulalah iddah saya selama tiga bulan sejak semalam,” luahnya.
Farisha juga menitipkan selamat pengantin baru bekas suaminya.
“Selamat pengantin baru saya ucapkan buat bekas suami saya, Tuan Asmawi Tuan Umar. Moga berbahagia hingga ke anak cucu.Aamiin ya Rabbal ‘alamin.
“Kepada penyondol, bolehlah jadi nombor satu sekarang, sebab awak bukan yang kedua lagi. Dah boleh daftar pernikahan kalian selepas saya habis iddah,” titipnya.
Terbaru seperti mana dilaporkan mStar Online, bekas suami Farisha meluahkan kebahagian dikecap hanya tahun pertama perkahwinan.
“Saya tidur di hall (ruang tamu). Saya tidak dilayan dengan baik sebagai seorang suami,” luah pengasas program Imam Muda terbitan Astro Oasis ini.
Tuan Asmawi turut menambah,”Setiap kali balik rumah dia kunci pintu biliknya kerana tidak benarkan saya masuk. “Mana ada suami dalam dunia ni tahan kalau layanan isteri macam itu? Nak pergi kerja pun, saya gosok baju sendiri. Makan minum pun tak disiapkan.
“Tapi saya bersabar dan tak mahu ceraikan dia sebab kasihan, bukan sebab sayang.
“Akhirnya dia sendiri yang minta cerai ‘fast track’. Semua berkaitan cerai, dia yang uruskan. Saya ni ustaz, takkan saya senang-senang nak ceraikan isteri,” sambungnya.
Pada awalnya Tuan Asmawi mengelak untuk mendedahkan kisah rumah tangganya itu kerana mahu menjaga aib masing-masing namun terkejut apabila bekas isteri melanggar janji.
“Tak baik panggil orang penyondol. Kalau nak ikut, dia (bekas isteri) pun penyondol juga sebab semasa kami berkahwin saya masih lagi ada isteri.
“Saya pun tak nak cerita aib rumah tangga, tapi sebab dia mulakan dulu dan mungkir janji saya terpaksa dedahkan hal sebenar agar orang ramai tidak salah sangka,” luahnya lagi.
Sumber : mStar Online
Baca Disini : Watak Penyondol Drama ‘Curang Tanpa Niat,’ Sharifah Sakinah Dianggap Terlalu Tua
Kuat sungguh dugaan bintang lagenda Uji Rashid ini. Walau sudah berusia namun amat tabah meneruskan kehidupan mencabar dalam menjaga anaknya Cico Harahap yang kurang sihat.
Macam mana nak meninggal dalam keadaan husnol khatimah jika tidak sentiasa berzikir, kata Datin Seri Umie Aida.