“Bapa Boleh Teman Shooting, Pergi Event Sama-Sama. Itu Yang Bestnya” Anak Gadis Halim Othman

Share

“Bapa boleh teman shooting, pergi event sama-sama. Itu yang bestnya” begitulah luahan hati anak kepada Halim Othman.

Sememangnya pemilik nama sebenar Yusmyra Natasya binti Abdullah atau lebih mesra dipanggil Myra merupakan seorang anak yang begitu kental.

“Bapa Boleh Teman Shooting, Pergi Event Sama-Sama”

Kini Myra lega kerana tidak perlu sembunyikan lagi statusnya yang sebenar. Seperti mana dipetik menerusi Harian Metro, paling seronok kini bapanya boleh menemani dirinya ke mana-mana.

“Mungkin bapa boleh temankan saya shooting dan mungkin kami boleh pergi event sama-sama. Itu yang bestnya,” luah Myra.

Bapa Tak Sokong Myra Jadi Penyampai Radio

Myra yang kini merupakan penyampai Didik TV turut berkongsi bapanya tidak menyokong cita-cita sebagai penyampai radio dek kerana kerjaya itu memerlukan komitmen yang sangat berat.

“Bapa tak sokong cita-cita untuk saya jadi penyampai radio. Sebabnya kerjaya ini punyai tanggungjawab yang sangat berat. Kena bangun pagi, emosi kena jaga, jadi dia tak menyokong.

“Malah bapa juga berpesan jangan buat semua benda pada waktu yang sama. Fokus berlakon dan mengacara dua ini pun dah berat,

“Sebelum ini saya teringin nak jadi penyampai radio macam bapa kerana kerjaya unik temani orang pergi bekerja dan suara kami didengari dalam kereta semua orang,” cerita Myra yang turut memberitahu cita-cita tersebut tidak disokong oleh bapanya.

Disayangi & Dilindungi Rakan Artis Ayah

Paling seronok Myra yang kini sudah menginjak usia 27 tahun berasa dirinya disayangi dan dilindungi kawan artis yang juga sahabat ayahnya.

Myra juga berasa dirinya sangat bertuah bergelar anak kepada Halim Othman yang juga merupakan nama besar dalam dunia penyampaian radio.

Malah rakan-rakan ayahnya juga melindungi dan memberi tunjuk ajar serta nasihat kepada Myra.

“Itulah kelebihan yang ada dan saya tak boleh menidakkannya dengan kata ia usaha saya sendiri. Sebab bapa saya, jadinya saya disayangi oleh rakan-rakan artis terutamanya yang sebaya dengan ayah,” terang Myra yang akui selepas tular tentang dirinya ramai memberikan harapan tinggi apabila dia turut terlibat dalam dunia pengacaraan.

Baca Disini : Kekal Anak Binti ABDULLAH, Halim Nasihat Pasangan NIKAH THAILAND Daftarkanlah Dalam Negara

Tetap Anak ‘Abdullah’, Nikah Luar Negara Cepat, Mudah Tapi Isteri, Anak Jadi Mangsa

Mingguan Wanita :  Bagusnya Myra sangat berdikari, beruntung Halim Othman ada anak dara seperti ini. 

Sumber : Harian Metro 

Sumber Foto : Instagram Myra Natasyaa

Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita

IKLAN