“Kenapa Kaki Adik Biru..” Berat Beban Rindu Ibu Selepas 87 Hari Kematian Anaknya

Share

Sayu baca perkongsian ibu ini, El Haura Esha tentang perjalanan kelahiran anaknya, Muhammad Alwi yang akhirnya pergi menghadap Ilahi.

87 hari selepas anaknya meninggal, meninggalkan satu perasaan berat dan sarat di dalam hati. Rindu seorang ibu yang tak mungkin dapat mendakap kembali anaknya, cuma catatan sayu untuk meluah rasa.

Proses kelahiran anak kesayangannya itu juga buatkan hati kita sama tersentak. Sungguh, bukan mudah untuk ibu melalui apa juga kemungkinan yang ada dalam bilik bersalin.

‘Kenapa Kaki Adik Biru..’ 87 Hari Tanpa Muhammad Alwi

(Catatan 31 Oktober 2018)

Assalamualaikum anak ummi,

Pejam celik pejam celik. Dah dua bulan lebih adik tak ada di sisi ummi. Dah lama rasanya ummi tak bercerita pasal adik . Yang sempat tengok adik pakat duk kata adik sebenarnya tinggi. Besar. Walaupun 770 gram. Kepala dengan tengkuk pun dah keras.

Rindunya ummi pada adik takkan pernah hilang. Takkan pernah terpadam. Takkan pernah luntur. Tiap hari ummi rindu kan anak ummi ni.

Ramai yang tanya ummi kat wassap kenapa kaki adik biru. Umi pun tak tahu. Tapi orang tua tua cakap kaki biru sebab kemban darah ke apa eh.

Iyalah, macam mana tak biru. Kaki adik kan dah keluar selama seminggu. Mula mula dari pergelangan kaki masa doktor check jalan hari pertama ummi pecah ketuban.

Masa tu baru dua cm. Kaki adik keluar sikit je. Bayangkan seminggu ummi kene tahan wad. Hari ke-5 ada cek jalan.

Tapi doktor tak ada cakap pun yang kaki adik dah keluar banyak. Cuma doktor cakap nak tengok selama mana adik boleh bertahan.

Dan kalau boleh doktor nak adik pergi dalam perut. Sebab tu dia tak induce ummi or czer. Kalau boleh diorang nak adik keluar sendiri. Tak nak umi stress mungkin.

Kalau adik pergi dalam perut dia kata tak ada lah terasa sangat kan. Kalau keluar mesti dia kata ummi tak sanggup nak tengok adik pergi.

Genap seminggu. Hari adik nak dilahirkan baru umi tahu yang kaki adik dah keluar sampai yang dekat biru tu.

Subhanallah, hebat kan kuasa Allah. Umi pun takde rasa macam benda keluar ke apa. Adik pun aktif bergerak. Cuma kadang tu ada jugak rasa ngilu kat bawah time adik bergerak tapi ummi tak tahu kaki adik dah keluar banyak.

 

Ini jawapan ibu ketika ditanya kenapa doktor tak operate saja dirinya.

Masa Adik Dimandikan, Kaki Adik Slow Slow Jadi Putih Asal

Adik,

Mesti adik terseksa kan. Mesti adik lemas kan sebab tak dapat bergerak macam baby baby yang lain di dalam rahim. Kesian anak ummi.

Minta maaf dik, ummi tak tahu kaki adik dah keluar macam tu. Ampunkan ummi sebab tak dapat selamatkan adik. Tapi masa adik dimandikan. Kaki adik slow slow berubah jadi putih asal. Ni abi ambil gambar adik sebelum adik dimandikan. Masa ni adik dah tak ada. Dah tak bernafas.

Tahu tak dik, masa ummi masuk wad. Ramai yang melawat ummi. Masa siapa tah datang. Tetibe diorang minta nak tengok gambar adik. Umi bagi. Okay lagi masa tu. Pastu tetibe umi cakap sambil menangis.

Kenapa kaki anak saya macam tu! Kesian dia biru. Kenapa ya Allah!” tak keluar suara dah ummi masa ni. Semua tenang kan ummi. Bila ingat balik, malunya ya Allah menangis. Nak buat macam mana tak dapat kawal.

Adik. Ummi sayang adik. Ummi belai jari adik.. cium adik.. usap kepala adik.. ummi gosok badan adik. Dengan harapan yang adik akan menangis dan bergerak. Ummi tunggu keajaiban dari Allah. Tapi adik diam. Takde respons. Ummi lupa yang anak ummi dah takde.

Abi asyik duk gosok je kepala adik waktu ni. Abi tak nangis pun dik. Kuatkan abi adik. Senyum je dia. Ummi tahu dia tahan. Tak nak ummi nangis sama sama lah tu kan.

Adik Datang Dalam Mimpi

Adik, malam ni ummi rindu sangat dekat adik. Selama adik pergi baru beberapa kali adik hadir dalam mimpi ummi. Semalam adik datang lagi.

Dalam mimpi tu ada taman. cantik sangat tempat tu. Ummi tengok semua berjubah putih, berserban. Pakai ridak. Tengah baca al Quran. Ada yang berlari. Merangkak. Ish comel comelnya semua.

Dalam hati siapa mereka ni. Pastu umi jalan jalan kat sungai. Tiba tiba ada budak lelaki berumur lebih kurang 4 tahun macam tu berlari ke arah ummi lalu dia panggil dan peluk. Eh anak ummi rupanya. Tapi masa ni adik dah besar. Ummi cam sebab muka tu ada separuh ummi dan abi.

Ummi ummi. Adik rindu ummi. Ummi tunggu adik tau. Ummi jangan lupakan adik. Datang melawat adik selalu tau.Adik ada je dekat sisi ummi. Tengok ramaikan kawan kawan adik kat sini. Adik seronok. Rasulullah ada dengan adik

“Alahai comei nya anak ummi. Ya ya ummi takkan lupakan anak ummi ni. Suatu hari nanti kita pasti bersama nak. Tunggu tau. Pastu dalam mimpi tu adik bagitahu lagi.”

Ummi nah, air telaga kauthsar. Minum lah cikit. Niat kesembuhan dari rasa sejuk sejuk tau. Adik pergi dulu. Nanti kita jumpa lagi ya.jangan lupa tahajud. Selawat nabi.“

Selepas 50 Hari, 2 Minggu Ibu Bentan

Allah. Sebak ummi nak. Lama ummi tak bermaulid dengan kesayangan ummi semua tu. Memang beberapa minggu yang lalu ummi jadi kesejukkan. Bentan ke apa orang kata.

Alhamdulillah sekarang dah okay. Allah bagi kesembuhan. Tapi pantang memang ngeri bagi ummi. Bayangkan dua minggu ummi bentan. Padahal dah lepas 50 hari, kalau rasa nak menangis umi nangis. Last abi bawak ummi pelepas. Tak jadi. Pastu jumpa orang alim.

Alhamdulillah Allah bagi kesembuhan. Orang alim cakap ummu sibyan kacau. Masa jumpa bidan nak pelepas tu. Bidan cakap naik bulu roma dia masa umi datang. Pastu dia kata ada benda lah tu yang suruh nangis. Syukur tak melarat. Umi tak nak meroyan dik. Nauzubillahminzalik ngerinya pantang.

Tapi dik, ummi belum puas bermain dengan adik. Bersembang dengan adik. Ummi rindu nak bercerita dengan adik. Tapi umi syukur dan seronok kerana adik gembira disana.

Tetibe ummi tersedar sebab abi kejutkan ummi. Dia tanya kenapa menangis. Banyak kali panggil, tapi tak dengar. Macam mana nak dengar. Umi kan tengah jumpa adik. Abi selalu tanya ummi, ada mimpi adik tak. Adik ada tanya pasal abi tak. Kenapa adik tak hadir pun dalam mimpi abi.

Ish apa umi nak jawab ni dik. Abi pun rindu adik tau.

Adik tunggu ummi tau. Nanti kita main sama sama kat syurga, tak lama dah dik dunia ni, syukur adik dah dijauhkan dari fitnah dajjal .

Kalau boleh umi nak pergi satu tempat umi nak jerit sekuat hati yang ummi rindu adik sayang adik. Umi nak adik.

Okay lah. Selamat malam kesayangan umi.

Alfatihah
Muhammad Alwi.
6/8 0750am
6 bulan 1 hari

MW : Semoga ibu ini terus tabah hadapi ujianNya dan diberi kemudahan untuk urusan beliau yang seterusnya.

Sumber/Foto : El Haura Esha

IKLAN