
kemalangan
Cukup menyayat hati kemalangan tragis antara dua buah kereta yang berlaku, dua maut manakala empat lagi cedera yang melibatkan Proton Saga dan Nissan Sentra berhampiran simpang Felcra Sungai Ara, di sini, pagi Khamis.
Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Tinggi, Pegawai Bomba Kanan II, Azlan Hamzah berkata, seramai lapan anggota dikejarkan ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan pada kira-kira jam 8.57 pagi.
“Setibanya pasukan di lokasi pada jam 9.39 pagi, didapati terdapat enam mangsa terlibat dalam kemalangan tersebut.
Anggota bomba menjalankan operasi mengeluarkan mangsa tersepit dalam kemalangan dua kenderaan di Kota Tinggi.
“Seorang wanita dikenali sebagai P Priyanka, 26, dan seorang lelaki dewasa di dalam kereta Nissan Sentra disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di lokasi kejadian dalam keadaan tersepit,”
katanya dalam satu kenyataan.Menurutnya, tiga lelaki dewasa dan seorang wanita dewasa di dalam kereta Proton Saga yang mengalami kecederaan telah diberikan rawatan awal sebelum diserahkan kepada pihak KKM untuk tindakan lanjut.
“Operasi menyelamat dijalankan menggunakan peralatan khas ‘Road Traffic Accident’ (RTA) bagi mengeluarkan mangsa yang tersepit.
“Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya.
Sumber: Sinar Harian