
“Kami sebenarnya harapkan keputusan lebih berat, tapi biarlah ALLAH balas semuanya.”
Itulah luahan penuh sebak daripada Fauziah Nordin, 44, selepas Mahkamah Tinggi Johor Bahru mengekalkan hukuman penjara 10 tahun terhadap Rosmaini Abdul Raof, 42, atas kesalahan mencederakan bekas isterinya, Jahidah Nordin @ Sylvester, 47, hingga koma empat tahun lalu.
Menurut Fauziah, dia dan keluarga reda dengan keputusan tersebut namun tetap berharap pelaku menerima pembalasan setimpal atas penderitaan yang ditanggung kakaknya.
“Kalau tengok kecederaan yang dihadapi kakak, sepatutnya lelaki itu dihukum lebih berat lagi, bukannya 10 tahun penjara saja.
“Dia bukannya pukul kakak sikit, tapi sehingga kakak tak boleh bangun, tak boleh bercakap, lumpuh sepenuhnya dah empat tahun,” katanya kepada Sinar Harian
pada Selasa.Fauziah turut mengakui ramai pihak termasuk orang awam turut meluahkan rasa tidak puas hati terhadap keputusan mahkamah yang dianggap terlalu ringan berbanding penderitaan yang ditanggung Jahidah.
Namun, dia menjelaskan bahawa keluarganya kini memilih untuk meneruskan kehidupan tanpa mahu mengambil tahu lagi tentang lelaki berkenaan.
@ziahzara_15 ♥️ #nufailfamily #ibunufailkenaderasampaikoma #redha #serahkanpadaAllah ♬ original sound – T I Y A 🌻 – ayitnas 🌻
“Keluarga pun dah gembira dengan hidup sekarang dan fokus kami tentunya pada Eshan Nufail (anak Jahidah) dan kakak.
“Kami memang tak mahu ambil tahu lagi apa yang terjadi pada lelaki itu selepas kali pertama mahkamah jatuhkan hukuman Disember lalu. Dia nak mati ke atau macam mana, terpulanglah,” ujarnya.
Dalam masa sama, Fauziah berharap kisah hitam yang menimpa kakaknya dapat dijadikan iktibar buat semua wanita agar lebih berhati-hati dan berani melindungi diri.
Katanya, peranan keluarga juga amat penting untuk memastikan keselamatan ahli keluarga wanita sentiasa terjamin.
“Setiap daripada kita perlu ambil tahu ahli keluarga sendiri. Bukannya nak menyibuk hal rumah tangga orang, tapi takut terjadinya kes penganiayaan seperti yang berlaku pada kakak.
“Kalau pukul setakat lebam biasa saja tidak mengapa, tapi ini sehingga tak sedar diri. Lagipun kalau apa-apa yang jadi, keluarga juga yang akan tolong,” katanya.
Berkongsi perkembangan semasa, Fauziah memaklumkan keadaan kakaknya masih tidak berubah, manakala anaknya, Nufail, semakin aktif membesar.
“Apa yang saya nak cakap, kau (Rosmaini) senyumlah, gelaklah sepuas hati kau di muka bumi ini.
“Tapi kenyataan tetap kenyataan yang tak boleh diubah, yang kau buat seseorang jadi cacat seumur hidup dan anak tak berdosa kau zalimi,” katanya dengan nada kesal.
Kes Jahidah Nordin pernah menarik perhatian seluruh negara apabila beliau yang sedang hamil ketika itu diserang sehingga mengalami kecederaan parah dan koma.
Bekas kakitangan sebuah jabatan kerajaan itu dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru, sebelum dipindahkan ke Hospital Tuanku Ja’afar, Seremban.
Beliau kemudian melahirkan anak lelakinya secara pembedahan pada 30 November 2021, dan kini disahkan sebagai Orang Kurang Upaya (OKU).
Pada 15 Mac 2024, Mahkamah Rendah Syariah Seremban turut meluluskan permohonan fasakh yang difailkan oleh keluarganya pada 1 Februari 2023.
Sumber: Sinar Harian dan TikTok Fauziah Nordin
Artikel lain: Belasah Isteri Hingga Koma, Bekas Suami Jahidah Kekal Bersalah & Penjara 10 Tahun
Sudah Empat Tahun Terlantar, Otak Jahidah Rosak Teruk Akibat Dibelasah Suami
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE