Kek Milo 3 Bahan Paling Senang Boleh Buat Raya Ni, Tak Payah Guna Tepung Pun, Tapi Rasa Sedap Macam Brownies!

Share

Dah nak raya ni selain hidangan wajib, ketupat, rendang dan kuih muih, kek juga antara yang menjadi pilihan penyeri di meja makan. Kek Milo 3 bahan ni antara kek paling senang yang mak-mak boleh buat, hanya guna tiga bahan je iaitu telur, milo dan susu pekat sebagai bahan utama. Menariknya ‘kek’ ini tak perlu guna tepung pun, tapi rasa nya sedap dan ‘chewy’ macam brownies!

Boleh cuba perkongsian resipi oleh Sara Vee

ini;

Bahan-Bahan :

4biji telur
2cawan milo
2sudu besar susu pekat

Cara Membuat:

1.Pukul (mixer) semua bahan-bahan tersebut selama 3 minit.
2.Kemudian masukkan dalam loyang, bakar 45 min pada suhu 180’c.

Siap!
Selamat Mencuba!

“Maka jadilah seperti gambar. Lepas tu tak payah tepung memang wow lah!  Yang penting husband mak suko kemain. Chewwy gowwy brownies milo.
Sedappp!”

Senang je kan, guna 3 bahan je pun dah boleh jadi kek untuk raya nanti.

Sumber: Sara Vee

IKLAN