Kek batik dan roti telur, juadah terakhir anak sebelum pergi selamanya. “Kek batik, roti telur makanan terakhir dibawa ke asrama.” Begitulah kata-kata penuh pilu dari Noraidah Lamat, 45, ibu kepada pelajar perempuan tingkatan satu yang meninggal dunia selepas dipercayai terjatuh dari bangunan asrama sebuah sekolah agama di Papar, baru-baru ini.
Kek Batik Dan Roti Telur, Juadah Terakhir Anak Sebelum Pergi Selamanya
Menurut Noraidah, anak tunggalnya itu sempat menyediakan sendiri roti telur pada pagi Ahad untuk dibawa kembali ke asrama. Malah katanya, anaknya yang memang gemar makan kek batik ketika berada di rumah, menunjukkan kelakuan luar biasa apabila ingin memasak sebelum pulang ke asrama.
“Kalau di rumah, dia memang suka makan kek batik tapi hari Ahad itu sebelum ke asrama dia sendiri masakkan roti telur. Itulah makanan terakhir yang dia bawa, yang dia masak di rumah dan saya hairan pada waktu itu. Mahu balik ke asrama sudah, mahu lagi memasak roti telur dan dia masak untuk kami,” katanya dengan nada sebak.
Tambah Noraidah, anaknya juga membuat keputusan luar kebiasaan apabila memilih untuk kembali ke asrama pada waktu petang, tidak seperti selalu.
“Selalunya dia balik ke asrama waktu pagi, tapi hari tu dia kata, ‘Mama, nanti Zara balik lambat, hari Ahad,” katanya lagi.
Dalam pada itu, beliau berharap agar siasatan berhubung insiden tragis yang menimpa anaknya dijalankan secara adil dan terbuka, tanpa menyembunyikan sebarang maklumat.
Ads
“Saya mahu kes ini disiasat dengan telus, adil dan saksama serta tidak menyembunyikan sesuatu yang tidak betul. Sekarang sedang dalam siasatan polis, jadi saya tidak boleh memberikan sebarang ulasan. Saya telah dua kali pergi ke balai polis,” ujarnya.
Sebelum ini, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah merangkap Exco Pendidikan negeri, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif hadir menziarahi Noraidah di kediamannya di Kampung Kalamauh Mesapol.
Dalam lawatan itu, beliau turut disertai oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) yang juga Ahli Parlimen Papar, Datuk Armizan Mohd Ali; Pengarah Yayasan Sabah merangkap ADUN Kawang, Datuk Ghulam Haidar Khan; ADUN Sindumin, Datuk Dr Yusof Yacob serta Ahli Parlimen Sipitang, Datuk Matbali Musah, yang menyampaikan sumbangan peribadi kepada keluarga berkenaan.
Ads
Noraidah ketika menerima sumbangan daripada kerajaan negeri melalui Yayasan Sabah di kediamannya di Kampung Kalamauh Mesapol, Sipitang baru-baru ini.
Sementara itu, Mohd Arifin menegaskan bahawa semua pihak perlu menunggu hasil siasatan pihak berkuasa, termasuk berkaitan dakwaan buli di sekolah terbabit.
“Ini dalam siasatan polis. Kita serahkan nanti, kita tunggu nanti hasil siasatan berkenaan,” katanya.
Jika terfikir nak buat cabaran ‘Keke Challenge’ ada baiknya lupakanlah.Walaupun tengah trend seluruh dunia, aksi tarian ni jadi viral dan perhatian ramai, banyak bahaya yang menanti sebenarnya bila melakukan cabaran ‘Keke Challenge’ ni. Ia boleh mencederakan diri dan mengancam nyawa!
Terbaru, seorang remaja dari Los Angeles Anna Worden, 18, menaiki kereta bersama rakannya di bandar Bettendorf di Iowa pada minggu lalu sebelum remaja itu memutuskan untuk melakukan tarian berkenaan.
“Kami baru melepasi bulatan dan saya terfikir mungkin menarik untuk membuat tarian ‘Keke Challenge’.
“Perkara terakhir yang saya ingat adalah saya membuka pintu dan tiba-tiba saya terjatuh serta tidak sedarkan diri,” kata Anna kepada WQAD-TV baru-baru ini.
Anna kemudian dibawa ke hospital sebelum segera diterbangkan ke Hospital Universiti Iowa selepas doktor mendapati kecederaan dialami remaja itu sangat serius.Remaja itu dilaporkan mengalami keretakan tengkorak, darah tersumbat di telinga dan pendarahan di kepala akibat terjatuh.
Akibat kecederaan dialaminya, Anna lumpuh sementara tetapi dia kini mula berjalan semula selepas menjalani terapi di hospital berkenaan.
Tarian ‘Keke Challenge’ merupakan aksi tarian yang perlu dilakukan di mana individu perlu keluar kereta dalam keadaan kereta bergerak sambil mengikut rentak lagu, In My Feelings, dendangan artis antarabangsa, Drake sebelum memuat naik video berkenaan di media sosial.
Cabaran itu dimulakan oleh selebriti media sosial, Shiggy yang memuat naik video di Instagram dia menari di jalan raya mengikut rentak lagu berkenaan.
Baca Disini:
Keke Challenge: “Kalau Muda Pun Paknil Rasa Tak Lah Terikut Nak Buat Macam Ni..” Datuk Aznil Nawawi
Sewa helikopter. Bila tiba musim raya, perkara pertama bila nak balik kampung memikirkan berapa lama tempoh nak kena hadap jem nanti. Pastinya semua orang akan berfikiran begitu.
Untungnya kalau kampung dekat saja. Tapi bayangkan kalau bekerja di bandar dan balik kampung ambil masa 9-10 jam untuk sampai. Mahu kematu punggung dalam kereta.
Kebiasaan bila tiba raya, inilah yang perlu dihadapi oleh anak-anak bandar untuk beraya bersama keluarga tercinta. Tak kurang yang ambil cuti awal semata-mata tak nak berebut dengan orang lain dan hadap jem.
Bagi yang berkemampuan, bolehlah sewa helikopter. Tak perlu nak fikir jem dan paling penting cepat sampai ke kampung. Maklum saja, raya tahun sekali.
Antara perkongsian daripada Kapten Heli Inspirasi terutamanya yang berhajat untuk sewa helikopter balik beraya nanti.
Setengah jam sebelum berbuka semalam saya menerima satu panggilan dari seorang pegawai kementerian. Mulanya berbincang beberapa perkara berkaitan program Ramadan; iftar, bubur lambuk, seminar keibubapaan.
Di akhir perbualan, rupanya dia nak tanya berkaitan sewa helikopter. Kisahnya mereka bercadang nak buat surprise sempena persaraan Puan Pengarah yang bakal bersara wajib awal bulan Mei nanti.
Sebelum ni pun ada yang bertanya dengan saya untuk persaraan Pengetua dan rakan sepejabat.
Maka saya kongsikan di sini supaya senang sesiapa yang berhajat. Saya buat free promotion sahaja ya tanpa bayaran/Paid review. Sekadar bantu rakan di syarikat aviasi tempatan dan sahabat-sahabat yang perlukan perkhidmatan.
Mana tahu ada yang nak sewa balik kampung raya nanti. Tak jammed sangat.
Ok, nah ini Model Helikopter dan anggaran kadar sewaan sejam ya.
Bell407GX (- colour merah)
RM7,500.00/jam untuk 5 pax.
.
.
H125 ( Colour Kuning)
RM7,500.00/jam untuk 5 pax
.
Bell505 (Colour Maroon)
RM6,500.00/jam untuk 4 pax
.
Ada juga kapal terbang ringan jika plan nak bawa tersayang sambut birthday/ anniversary pegi jalan-jalan makan awan dengan sebuah Cessna206 RM2,500/jam untuk 5 pax
.
Ok, saya harap ia dapat membantu sahabat yang bercadang untuk buat surprise pada yang tersayang atau bos atau pun orang kampung semasa raya nanti.
Saya tanya kepada sahabat pemanggil semalam, mana dia tahu saya dalam bidang penerbangan?
Bukan mudah menjadi isteri kepada pengasas produk kecantikan dan kesihatan, D’ Herbs Healthy Sdn. Bhd. Datuk Seri Aliff Syukri ini. Hati kena kental dengan kata-kata nista, kutukan dan kecaman tak henti-henti. Lebih-lebih suami sendiri sering menimbulkan pelbagai kontroversi yang ‘menjentik’ hati netizen untuk menulis itu dan ini.
Berkesempatan menunaikan ibadah haji bersama ayah dan ibu mertua tersayang, Datin Sri Nur Shahida binti Mohd Rashid yang kini sedang hamil 5 bulan masih berada di tanah suci, menyelesaikan rukun haji yang berbaki.
Berkongsi pendirian wanita berwajah lembut penuh keibuan ini berdepan dengan segala kutukan dan kecaman di media, cukup positif. Antara ‘azimat’ utama beliau, banyakkan bersabar dan bandingkan dengan pelbagai nikmat yang diberikan Allah berbanding ujian yang dibagi.
Berikut antara luahan yang dikongsikan di laman instagram beliau;
“Alhamdulillah dah selesai melontar maka selesai rukun haji kami.Kalau orang tanya saya macam mana ya saya ni boleh sabar begitu begini orang kutuk dan kecam. Bagi saya apalah sangat Allah uji saya sedikit berbanding banyak nikmat yang banyak Allah bagi. Bila saya stress saya mengeluh saya akan cakap dengan diri kenapa saya nak stress sedangkan betapa banyak nikmat yang Allah bagi.Allah minta saya cuma bersabar,sabar dan sabar.”
“Saya belajar satu perkara saya tak boleh puaskan hati orang lain sebab adat dunia ada orang suka dan ada orang benci.”
Bersama ibu mentua tersayang, ketika di Mina, menunaikan rukun melontar.
Rezeki Ibu Hamil
Sementara itu, rezeki buat Datin Shahida menunaikan ibadah haji ketika kandungan memasuki usia 5 bulan, segala urusannya dipermudahkan dan diberi kesihatan yang baik.
“Alhamdulillah saya sihat di sini.Rezeki ibu hamil dari segala sudut ibadah dipermudahkan banyak hamba Allah yang memberi laluan syukur kepada Allah SWT memberikan kesihatan yang terbaik buat saya dan baby dalam perut, mudahan terus sihat sehingga pulang dan sehingga melahirkan nanti.
MW: Setuju dengan pendirian dan sikap positif Datin Sri Shahida ini. Biarlah orang nak kata apa, banyakkan bersabar dan anggap ia satu ujian. Banyakkan bersyukur dengan segala nikmat yang telah Allah berikan. Mingguan Wanita mendoakan semoga Datin Sri Shahida dipermudahkan segala urusan ibadah di tanah suci dan mendapat haji yang mabrur.
Polis mengesahkan nota terakhir suspek tikam berusia 14 tahun dirampas ketika tangkapan, bukan di lokasi kejadian. Frasa “Dunia ini palsu, saya sudah menang” kini disiasat bagi mengenal pasti motif sebenar.