Pelakon dan usahawan terkenal, Fizo Omar, tidak dapat menahan air mata kegembiraan apabila menerima kejutan paling manis dalam hidupnya, menyambut kelahiran seorang putera.
Isteri tercinta, Fazeera Nazri selamat melahirkan seorang putera semalam.
Apa yang menjadikan detik ini begitu menyentuh hati, jantina bayi tersebut dirahsiakan sepenuhnya sepanjang kehamilan sebagai kejutan khas daripada Fazeera buat suaminya. Dalam sebuah video yang dikongsikan di media sosial, Fizo kelihatan benar-benar terkejut, sebak, sebelum akhirnya menangis kegembiraan sebaik mengetahui kehadiran anak ketiga mereka adalah bayi lelaki.
“Alhamdulillah semuanya dipermudahkan proses kelahiran bayi lelaki seberat 3.52kg. Satu moment yang sangat berharga buat saya sebagai ayah, apabila lagi sekali diberi peluang oleh Dr Kam untuk saya menyambut kelahiran dengan menarik sendiri baby keluar dari alam rahim ibunya.
.
Masyallah satu perasaan yang amat sukar untuk saya gambarkan. Perasaan excited, sedih, hiba dan bangga semuanya bercampur baur saat melihat zuriat kita sendiri dilahirkan,”ujar Fizo melalui posting di Instagram miliknya.
.
Fizo turut meluahkan rasa bersyukur kerana dikurniakan rezeki 3 orang anak perempuan dan seorang anak lelaki di dalam kehidupannya.
“Alhamdulillah syukur rezeki dari Allah. Rezeki setiap anak yang dilahirkan dan juga rezeki kebahagiaan yang melimpah ruah. Ameen,”ujarnya lagi.
Tindakan Fazeera yang menyimpan rahsia jantina bayi sepanjang tempoh kehamilan adalah semata-mata untuk menghadiahkan satu momen istimewa buat suaminya.
Ramai netizen tersentuh dengan keikhlasan dan kasih sayang pasangan ini yang terpancar jelas dalam perkongsian tersebut. Fazeera pula dilihat tersenyum tenang dan bahagia melihat reaksi suaminya yang cukup terharu.
Ruangan komen di media sosial dipenuhi ucapan tahniah dan doa daripada para peminat serta rakan-rakan selebriti yang turut sama merasai kebahagiaan mereka. Ramai yang menyifatkan ia sebagai saat paling indah buat seorang ayah setelah dikurniakan anak perempuan sebelum ini.
Untuk rekod, Fizo dan Fazeera telah berkahwin pada 21 Oktober 2021. Hasil perkahwinan, mereka telah dikurniakan dua orang cahaya mata perempuan, Wan Khaleeda dan Wan Umaira.
Manakala, Fizo juga mempunyai seorang anak perempuan, Wan Maryam, daripada perkahwinan terdahulu bersama usahawan Mawar Karim.
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE