Kehadiran & Gelagat Ratu Hijabista, Menceriakan Penghuni Pusat Jagaan Warga Emas Darul Insyirah

Share

Setiap episod Ratu Hijabista perlu menjalani beberapa tugasan, antara tugasan yang telah dilalui oleh ratu-ratu adalah melawat Pusat Jagaan Warga Emas Darul Insyirah, Bandar Baru Bangi.

Darul Insyirah merupakan pusat jagaan dan pendidikan warga emas di Bandar Baru Bangi. Perkhidmatan yang disediakan ialah jagaan harian, mingguan dan bulanan. Secara tidak langsung kehadiran dan gelagat ratu-ratu hijabista mencerikan penghuni Pusat Jagaan Warga Emas Darul Insyirah. 

Bukan sekadar lawatan beramah mesra, ratu-ratu juga ditugaskan untuk mengemas kawasan yang menjadi tempat tinggal bonda-bonda yang tinggal di pusat jagaan ini.

Peluang ini digunakan sebaik mungkin oleh ratu-ratu semua kerana aktiviti sebegini agak jarang mereka berkesempatan. Selain mengemas Kawasan surau, mereka juga kelihatan sibuk mengemas Kawasan sekitar pusat jagaan.

Dalam masa yang sama, ratu-ratu turut melakukan permainan dengan penghuni Pusat Jagaan Warga Emas Darul Insyirah dengan memakai mereka tudung.

Suasana ini menimbulkan keceriaan di kalangan penghuni di sini. Selain ratu-ratu, Puan Sri Normala Samsudin turut turun padang dalam merealisasikan episod ini.

Selamat maju jaya dan semoga berjaya buat ratu-ratu yang bakal berdepan peringkat akhir pada hari rabu nanti.

IKLAN