lesung pipit

Tahu tak lesung pipit adalah suatu kecacatan? Tapi sejenis kecacatan yang cantik lah, maka beruntunglah kalau anda punya lesung pipit di wajah. Tetapi sebenarnya lesung pipit ini bukan ada di pipi sahaja, malah ada di punggung.

Lesung pipit pada punggung pula dikenali sebagai Sacral Dimple. Ada di sekitar atas belahan punggung atau di sekitar bahagian bawah saraf tunjang berhampiran tulang punggung, berbentuk seperti lekukan kecil.

Lesung pipit jenis ini selalu dilihat pada bayi yang baru lahir. Tak bahaya pun, malah lekukan itu tanda anda orang yang istimewa kata Dr. Abdul Rahim.

Ada juga yang persoalkan kenapa tak semua orang ada lesung pipit.

Kupasan Tentang Lesung Pipit

“Mengapa TIDAK semua orang miliki LESUNG PIPIT/ PIPI / Dimples sepertt anda atau doc. Macama mana ia terjadi? Apa istimewanya ada lesung pipit ni?”

A. Doktor ada 1 je lesung pipit kanan. Korang ada lesung pipit macam doktor tak? Maknanya Uoll antara manusia yang terpilih punyai keistimewaan unik ni. Tahu tak kenapa? Ni le Info docktor nak share dengan gang doc: Menurut kajian, hanya 20% manusia di dunia ada lesung pipit.

Apa yang bestnya org tua-tua kita kata, doktor dan gang doktor berlesung pipit lebih kelihatan manis ketika senyum. Betul ke ni?

IKLAN

Ramai pesakit doktor yg tertarik dan suka lihat lesung pipit kanan doktor ni. Siapa yang tengok kami pun hati boleh jadi cair, hihihi angkat diri konon.

Ada yg kata lesung pipit leh tambah lagi daya penarik, cantik, tampan dan lagi handsone. Tu dia, ni yang Mahal!! Hihihi. Angkat diri konon.

B. Doktor nak habaq yang Lesung pipit sebenarnya adalah suatu jenis kecacatan pada otot wajah. Tapi KECACATAN yang COMEL. Lesung pipit ni terjadi disebbakan otot pipi kita yang nama Zygomaticus Major terbelah dua atau sebelahnya lebih pendek dari biasa semasa kita dlm bentuk janin lgi dlm kandungan emak kita. Lesung pipit ni amat jelas kelihatan ketika doc/ anda senyum, ketawa atau bicara.

IKLAN

Ada yang kata lesung pipit buatkan seseorg tu jadi lebih muda walaupun dah berusia. Macam doktor sendiri, dah nak masuk umur 5 seiries tepi cam 3 seiries lagi. Doktor melawak je. Ia menampakkan muka seseorang jadi “baby face”. Nampak comel je kan?

Bila anda senyum je, ramai orang yang pandang mula jatuh hati dengan senyuman anda. Rasa lain macam je, sebab muka anda kelihatan lebih ceria je.

C. Ramai daripada kita TIADA langsung lesung pipi. Doktor hanya ada 1 lesung pipit, belah pipi kanan. Setengah daripada kita ada 2, kiri dan kanan pipi. Ada yang ada 3 iaitu termasuk lesung dagu. Uoll ada berapa? Ia diwarisi dalam keturunan masing-masing.

IKLAN

D. Tau dak anda; lesung pipit boleh hilang dengan sendirinya dengan bertambahnya usia anda. Ia ada waktu kanak-kanak / remaja tapi hilang bila dewasa. Kerana otot pipi Zygomaticus Major alami proses penumbuhan dan pembentukan sempurna mengikut bertambahnya usia anda.

E. Ada Mitos kata lesung pipit tu terjadi sebab ada ibubapa cucuk pipi bayinya dengan hujung cili, betui ke??

Ada kata elok cucuk pipi dgn paku atau accident masa kecil. Betul ke?? Yang ni TAK ORI….LESUNG BATU.

NOTA:

Tak dak LESUNG PIPIT pun ok dah. Allah bagi comel dah muka tu. Boleh makan minum, bertutur… ok le tu. Just info je doc nak share bersama.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI