Uncategorized

Kayda Aziz bertunang, Sheila Majid Bakal Terima Menantu Lagi

Share

Kegembiraan jelas terpancar di wajah Datuk Sheila Majid apabila anak sulungnya, Kayda Aziz selamat melangsungkan majlis pertunangan dengan pasangannya, Syafiq Othman. Kayda atau nama penuhnya Wan Nur Khaleda Roslan tampil anggun dalam persalinan tradisi moden merah jambu lengkap berselendang.

Terpancar wajah bahagia Khaleda yang juga merupakan seorang penyanyi dan penulis lagu. Malah Datuk Sheila Majid juga anggun mengenakan busana sedondon merah jambu yang dipadankan dengan aksesori rantai mutiara.

Menerusi perkongsian di Instagram miliknya, Datuk Sheila Majid mendoakan agar segala urusan kebahagiaan Kayda dipermudahkan.

“Dia sudah bertunang! Semoga Allah permudahkan segara urusan,”katanya menerusi hantaran di Instagram miliknya.

Pelantun Sinaran itu turut memuatnaik video sekitar majlis pertunangan yang berlangsung di sebuah restoran di Ara Damansara. Namun, tidak dinyatakan tarikh pasangan ini bakal disatukan sebagai suami isteri.

Berita pertunangan Kayda turut mendapat reaksi selebirit tempatan antaranya termasuklah Anuar Zain, Ning Baizura, Che Puan Sarimah Ibrahim, Noryn Aziz dan Ella yang menyampaikan ucapan tahniah dan mendoakan kebahagiaan pasangan ini untuk melangkah ke jinjang pelamin kelak.

Untuk rekod, Kayda merupakan anak sulung Sheila menerusi perkahwinan pertamanya bersama komposer Roslan Aziz. Kayda mempunyai seorang lagi adik iaitu Megat Abdul Majid yang telah melangsungkan perkahwinan pada 2022 yang lalu.

Selepas bercerai dengan Roslan Aziz, Sheila mendirikan rumah tangga dengan komposer Datuk Hashridz Murshim Hassim pada 2003. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Khadeja Zaireen dan Khalifa Laila.

Follow kami di TELEGRAMINSTAGRAMTIKTOKFACEBOOKTWITTER dan YOUTUBE 

 

Published by
Rosmah Idayu