Berita

Kanak-kanak Perempuan Buka Pintu Kereta Mengejut, Penunggang Motor Patah Tangan Kiri

Share

Kanak-kanak perempuan buka pintu kereta mengejut, penunggang motor patah tangan kiri. Tular video seorang kanak-kanak perempuan secara tidak sengaja membuka pintu belakang sebuah kereta yang sedang bergerak dikenal pasti sebagai punca kemalangan membabitkan enam kenderaan di Jalan Tun Razak.

Kanak-kanak Perempuan Buka Pintu Kereta Mengejut

Kejadian yang berlaku pada 6.15 petang itu membabitkan empat kereta dan dua motosikal dari arah Bulatan Kampung Pandan menghala ke Menara Berkembar Petronas (KLCC).

“Kanak-kanak berusia dua tahun itu yang berada di tempat duduk penumpang belakang dengan dipangku saudaranya, membuka pintu belakang sebelah kiri secara mengejut. Ciri kunci keselamatan kanak-kanak (child lock) juga dipercayai tidak diaktifkan menyebabkan pintu kenderaan dapat dibuka dari bahagian dalam.

“Tindakan itu mengakibatkan seorang penunggang motosikal jenis Suzuki V-Strom SX yang sedang bergerak di antara lorong tidak sempat mengelak lalu melanggar pintu kenderaan berkenaan sebelum hilang kawalan dan merempuh beberapa kenderaan lain,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Penunggang Motor Patah Tangan Kiri

Menurut Mohd Zamzuri kemalangan turut mengakibatkan seorang lagi penunggang motosikal jenis CFMOTO 675 NK yang berada di belakang gagal mengelak lalu terlibat sama dalam pelanggaran itu.

“Penunggang Suzuki V-Strom SX berusia 25 tahun mengalami patah tangan kiri dan kini sedang menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur manakala penunggang CFMOTO berusia 30 tahun mengalami cedera ringan.

“Pemandu empat kenderaan lain iaitu Toyota Corolla Cross, Honda City, Volkswagen Polo dan Perodua Bezza dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan. Kes disiasat di bawah Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu tanpa cermat dan tidak bertimbang rasa,”

katanya.

Melihat komen pihak keluarga mangsa, adiknya kini di rawat di hospital Kuala Lumpur.

Kejadian ini membuka mata orang ramai supaya lebih berhati-hati apabila membawa kanak-kanak di dalam kereta. Ingat, pastikan kereta anda dikunci dan anda lebih peka dengan pergerakan anak-anak sewaktu memandu.

Sumber gambar mangsa: Pak Ngah 9

Published by
Nadia