Berita

Kanak-Kanak Perempuan 3 Tahun Positif Dadah, Termakan Gula-Gula Ganja Di Rumah Pengasuh

Share

Kanak-kanak perempuan 3 tahun positif dadah, termakan gula-gula ganja di rumah pengasuh. Seorang kanak-kanak perempuan ditemukan dalam keadaan  tidak sedarkan diri di rumah pengasuhnya di mana ia kemudian membongkar bahawa kanak-kanak kecil itu positif ganja.

Ianya terjadi selepas dirinya termakan gula-gula ganja milik pempengaruh media sosial yang membelinya di negara jiran dan memakannya sebelum ditemui tidak sedarkan diri.

Termakan Gula-Gula Ganja Di Rumah Pengasuh

Ketua Polis Melaka, Datuk Dzulkhairi Mukhtar berkata, hasil siasatan awal mendapati gula-gula ganja  itu dibeli oleh suspek lelaki berusia 39 tahun yang tinggal bersama ibunya yang juga pengasuh kepada mangsa.

Memetik laporan Sinar Harian, Ketua Polis Melaka, Datuk Dzulkhairi Mukhtar berkata, hasil siasatan awal mendapati gula-gula itu dibeli oleh suspek lelaki berusia 39 tahun yang tinggal bersama ibunya yang juga pengasuh kepada mangsa.

“Suspek mendakwa membeli gula-gula itu dari negara jiran sebelum menyimpannya di dalam peti sejuk di rumah ibunya.

“Bagaimanapun, tanpa disedari kanak-kanak berkenaan yang gemar memakan gula-gula telah mengambil dan memakannya sebelum mangsa didapati tidak sedarkan diri,” katanya dalam kenyataan di sini pada Khamis.

Antara jenis gula-gula yang pernah dikenal pasti mengandungi ganja yang pernah dirampas oleh pihak polis.

Dzulkhairi berkata, mangsa tidak sedarkan diri walaupun telah beberapa kali dikejutkan, menyebabkan kanak-kanak itu segera dibawa ke hospital untuk rawatan.

Beliau berkata, semasa serbuan yang dijalankan di rumah suspek, gula-gula yang dimaksudkan tidak ditemui.

Pada Rabu, media melaporkan seorang lelaki yang juga pempengaruh media sosial ditahan bagi membantu siasatan kes seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun yang positif dadah jenis tetrahydrocannabinol atau ganja.

Dzulkhairi dilaporkan berkata suspek yang juga anak kepada pengasuh kanak-kanak berkenaan direman tujuh hari bermula 16 April sebelum disambung lima hari lagi hingga Isnin ini bagi membantu siasatan.

 

Published by
Almaswa Haji Che Ros