
Peguam kepada pelakon Kamal Adli, iaitu Abdul Hadi Mohamad Salleh, memaklumkan bahawa anak guamnya masih berhasrat mempertahankan rumah tangga bersama aktres Uqasha Senrose.
Menurut Abdul Hadi, Kamal Adli atau nama penuhnya Ahmad Kamal Ahmad Adli, 39, kini berusaha sedaya upaya untuk menyelamatkan perkahwinan mereka daripada berakhir dengan perceraian.
“Setakat perbincangan kami, Kamal memang nak pertahankan perkahwinan.
“Saya yakin pihak Kamal Adli ada usaha yang dilakukan, cuma tak pasti bagaimana berlaku kerana itu peribadi mereka.
“Apa yang saya tahu, dia memang ada usaha,” katanya kepada Kosmo! Online ketika dihubungi.
Tambah Abdul Hadi lagi, pelakon filem Abang Long Fadil 3 itu berada dalam keadaan baik walaupun tular mengenai kehadiran Uqasha di mahkamah pada pagi tadi.
“Setakat hari ini, Kamal dalam keadaan okey. Dia maklum mengenai perceraian ini dan selepas itu dia lantik saya sebagai peguam.
“Apa yang ditulis dalam permohonan cerai adalah ketidaksefahaman dan ada masalah berpanjangan namun tak sebut sejak bila.
“Dalam alasan tidak ada menyebut mengenai sama ada tinggal sebumbung atau tidak, jadi saya tak boleh ulas apa-apa mengenainya,” katanya lagi.
Ketika diminta mengulas mengenai hantaran Uqasha di media sosial berhubung kekeliruan status pernikahan mereka, Abdul Hadi memilih untuk tidak memberikan sebarang komen.
“Saya tak semak lagi hantaran yang dimuat naik Uqasha.
“Saya tak dapat komen apa-apa sebab tak tahu lagi mengenainya,” ujarnya.
Terdahulu, kehadiran Uqasha Senrose di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur bagi prosiding pertama kes perceraian mengejutkan ramai pihak. Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan kemudiannya menetapkan 28 Oktober ini sebagai tarikh prosiding kedua.
Difahamkan, Kamal Adli tidak hadir ke mahkamah kerana terlibat dengan jadual penggambaran.
Sebelum ini, pasangan selebriti berkenaan menjadi perhatian warganet selepas muncul khabar angin mengatakan rumah tangga mereka berdepan masalah sejak April lalu.
Untuk rekod, Kamal Adli dan Uqasha bernikah pada 5 November 2021 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Hawra Uqaira.
Sumber: Kosmo online
Uqasha Senrose, Kamal Adli Sudah Tidak Tinggal Sebumbung, Rumah Tangga Bergolak Sejak April
Uqasha Senrose Ragui Status Perkahwinan Dakwa Tarikh Nikah Berbeza Seperti Dicatat Dalam Sijil Nikah
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE