Kalau anda tengok keadaan isteri ada yang tak kena di mata, sebaiknya cepat-cepatlah suami bertindak. WAJIB! Lakukan 9 hal ini. Lagi cepat suami bertindak, lagi bahagialah rumahtangga anda. Jangan sesekali jadikan alasan isteri untuk anda bertindak curang!
Ini Sifir ringkas untuk lelaki bergelar suami yang perlu anda hafal.
LANGKAH 1
Bila kau nampak seorang perempuan yang cantik gila, seksi.. bau dia wangi pula tu & kau rasa suka + berkenan. Kau tengok betul-betul pada perempuan itu apa yang kau suka.
LANGKAH 2
Bila kau balik rumah kau pandang isteri kau.. cari perbezaan dia dengan perempuan yang kau suka tadi.
LANGKAH 3
1. Kalau bini kau rambut kusut masai berbanding perempuan tadi, kau bawa pergi saloon buat rambut.
2. Kalau bini kau muka dia tak putih macam perempuan tadi,kau bawa dia pergi spa atau belikan produk-produk yang boleh putihkan kulit dia…kan banyak produk kecantikan yang selamat di pasaran sekarang.
Ads
3. Kalau isteri kau pakai baju selekeh, pergi bawa dia beli baju yang cantik & daring. Kalau malu nak bawa isteri pergi shopping.. beli online.. hah terus depan pintu!
4. Kalau isteri kau tak pandai cakap atau berkomunikasi style kampung, didik dia bawa dia pergi kelas komunikasi atau cari tutorial di YOUTUBE “teknik berkomunikasi cara moden”
5. Kalau isteri kau tak pandai masak, kau carikan resepi-resepi dari facebook lepas tu kau tag isteri kau.. kalau tak mahu malukan isteri kau screenshot lepas tu kau whatsapp dia..lepas tu kau tak reti-reti pergi beli bahan..makan nak sedap tapi kedekut beli barang dapur!
Ads
6. Kalau kau cium isteri kau bau busuk, kau belikan la perfume.. bukan mahal pun bro.. bukan bagi orang lain pun bini kau juga.. jangan gatal bagi perempuan lain pula.
7. Kalau kau tengok gigi bini kau kuning.. kau teman dia jumpa dentist & jangan lupa bayarkan sekali.
8. Kalau kau tengok isteri kau gemuk.. kau bawa la dia pergi bersenam.. kalau tak pun belikan produk yg selamat untuk pelansingan badan..jangan pula kau kejam pergi catu makanan bini kau sampai lesu tak makan.
Ads
9. Kalau bini kau tak seksi, belikan dia baju yang seksi-seksi macam yang kau suka tengok.. bila bini pakai tengoklah puas-puas bukan haram pun.
Kalau Tak Ada Duit Nak Modalkan Isteri
Buat la overtime ke cari side income cari duit lebih.. ni tak bila bab duit nak bagi bini asyik cakap “tak ada duit”.
Tapi bila nak ajak awek cantik pergi tengok wayang atau karaoke ade pula duit! xxx!
Sejak kecil dimanjakan ayah membuatkan anak-anak lebih sayang dan kasihkan ayah berbanding ibu. Ibu seringkali dikaitkan ibu yang garang dan pemarah lagi-lagi ibu yang bergelar suri rumah dan 24 jam menguruskan anak.
Ayah yang jarang-jarang sekali uruskan anak-anak cukup disayangi kerana dilihat tidak cepat marah dan memukul. Sebenarnya seorang ibu penat menguruskan anak-anak dan rumah tangga serentak.
Oleh hal yang demikian, ayahlah main peranan penting tambahkan kasih sayang dan hormat anak-anak pada ibu mereka. Betul tak?
Seorang ayah sebenarnya memainkan peranan amat penting untuk menambahkan kasih sayang dan hormat anak-anak terhadap ibu mereka.
Saya masih ingat waktu saya kecil, ayah seorang yang sangat sibuk dan jarang berada di rumah. Apabila ayah pulang selalu akan membelikan ole-ole seperti pakaian baru, mainan, aiskrim dan makanan yang kami adik beradik teringin.
Jadi apabila ibu, ayah atau siapa-siapa bertanya “Sayang siapa? Ayah atau ibu?”
Kami semua cakap sayang ayah!
Sebab kami 24 jam di rumah dengan ibu. Ada masanya ibu marah. Dan ada masanya ibu berleter. Kemudian ada masanya ibu bertegas. Kadang kalau kami degil, kenalah cubit.
Tetapi ayah, ayah tak pernah marah, ayah bila pulang bawa hadiah, beri duit, belikan mainan. Ehh.. Mestilah sayang ayah lagi banyak kan?
Tambahkan Kasih Sayang & Hormat Anak Pada Ibu
Kemudian, di sinilah ayah memainkan peranannya.
Ayah kata, sebagai anak, apa-apa mesti ingat dan dahulukan ibu. Banyak pengorbanan ibu. Apabila lepas solat, atau nak ikut ayah keluar, ayah suruh salam dan cium ibu.
Dan apabila ibu jahitkan baju sekolah, baju raya, ayah suruh cakap terima kasih dan rasa syukur sebab ada seorang ibu yang pandai menjahit.
Apabila kami keluar sama-sama dengan ayah, ayah akan tanya pendapat kami, nak belikan apa ya untuk ibu di rumah?
Ayah terangkan kenapa ibu mudah marah. Ya, sebab ibu penat, ibu letih, ibu stres.
Duduk rumah penat, dengan kerenah kami yang degil dan selalu bergaduh, mestilah ibu marah, kata ayah. Kalau kami baik, dengar kata, mesti ibu tak marah.
Ya, memang nampak ibu macam duduk depan mata kami 24 jam. Tak ada belikan apa-apa, tak beri duit belanja sebanyak ayah. Tapi ibu ambil upah menjahit sebagai pendapatan sampingan untuk membantu ayah menyara kehidupan kami sekeluarga.
Semua itu belakang tabir, kami anak kecil tak faham tetapi akhirnya kami faham dan nampak besar pengorbanan ibu setelah ayah fahamkan kami.
Ibu Sentiasa Harapkan Yang Terbaik Untuk Anak
Ketahuilah wahai anak, bahawa sebelum kamu dilahirkan ada seorang wanita yang selalu mendoakan kamu dan merindukan kamu meskipun belum bertemu, dia menanggung segala kepayahan dan kesakitan semasa mengandung dan melahirkan kamu.
Ingatlah bahawa manusia itu adalah ibu mu. Pada tubuhnya ada parut yang berbekas sebagai tanda pernah melahirkan kamu atas muka bumi ini.
Hargailah ibumu. Kerana padanya ada doa yang mustajab, walau dia hanya insan yang biasa-biasa sahaja. . #intandzulkefli #selfreminder
Alhamdulillah, setakat hari ini, suami saya juga menerapkan hal yang sama kepada anak-anak. Mudah-mudahan berkekalan, amiin.
MW: Dengan cara ini, barulah ayah kecil faham mengapa kadang-kadang ibu garang. Marah seorang mak bukan kerana benci sebaliknya kerana sayang. Mana mungkin seorang ibu membenci anak yang dikandung dan dilahirkan dia. Betul tak?
Bukan nak cari salah tetapi lelaki patut kenapa kaum Hawa kurang gemar kalau lelaki keluar malam melepak dengan kawan-kawan sampai ke pagi.
Ada wanita tak mampu nak meluah bila dapat suami yang tak boleh ditegur, tapi kalaulah lelaki tahu bahawa beberapa sebab inilah yang buat wanita cukup berkira kalau laki minta keluar lepak malam-malam…
1. Penat melayan anak-anak
Jangan nak kata tugas isteri memang kena jaga anak sebab kalau dah sama-sama cari rezeki, suami patut tolong uruskan anak-anak. Tambah kalau ramai, ada yang minta susu dan ada yang menangis nak tidur. Boleh stres dalam masa 5 minit!
2. Rumah masih bersepah
Tak sempat nak buat kalau anak mula meragam. Balik-balik suami hanya tahu mengarah dan kritik bab rumah bersepah. Tolonglah faham, kadang perempuan tak cukup tangan nak buat semua benda. Nak kemas, waktu malam sebelum tidur lelaki kena sama-sama buat. Esok bangun pagi waktu nak pergi kerja, tidaklah sakit mata nak tinggalkan rumah.
3. Tetiba anak sakit
Dugaan anak sakit ni bukan boleh duga, kalau kena anak sakit waktu suami pergi melepak, tak ke rasa bersalah? Jangan nak salahkan isteri kalau jadi macam-macam.
4. Tiada teman berbual
Biasanya waktu malam adalah peluang isteri nak mengadu dan berkongsi cerita tetapi kalau suami sibuk nak keluar, masa bila dia boleh meluah? Ya, inilah yang boleh buat kaum wanita kecil hati. Rasa sunyi pun makin menebal kalau anak-anak dah tidur.
5. Sunyi
Perasaan ini akan mula terjah bila pusing kanan kiri tiada orang di sisi. Ada televisyen pun tak ada guna kalau tengok sendirian. Sekali pun duduk dengan mak ayah, wanita tetap tak suka suami keluar malam. Kalau mak ayah mula tanya ke mana suami, lagilah hati rasa panas. Rasa ditinggalkan dan tidak adil bila suami sedap melepak di luar.
6. Bahaya
Soal ini kita minta jauhkan daripada berlaku tapi kena fikir juga sebelum terlambat. Dengan keadaan jenayah yang makin berleluasa, lelaki patut ada di sisi wanita.
Sepatutnya bila dah kahwin, lelaki wajib ambil tahu tentang perasaan wanita. Dan patut peduli tentang perasaan yang wanita tak suka suaminya keluar malam melepak setiap hari. Moga lelaki boleh hargai kaum wanita sebelum rasa kurang enak itu ‘meletup’ dan keruhkan hubungan suami isteri.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Jatuh cinta dengan wanita baru dikenali, lelaki warga emas sanggup ceraikan isteri yang telah dikahwini bertahun-tahun.
Tanpa belas ihsan, seorang suami sanggup mengejar cinta baharu dan terus lupakan segala pengorbanan isteri yang selama ini berkorban segalanya.
Dalam usia emas, apalah yang diharap oleh seorang isteri selain mengharapkan sang suami setia hingga ke hujung nyawa. Namun manusia hanya merancang dan Allah Penentu segalanya.
Lelaki Warga Emas Sanggup Ceraikan Isteri
Punca perceraian pasangan berusia kerana laman web chatting.
Kadangkala kita hairan mengapa lelaki yang sudah usia memasuki 40-an, 50-an dan 60-an tergamak menceraikan isterinya yang setia berkorban untuk rumahtangga selama ini.
Kajian Sosial menunjukkan punca lelaki berusia 40-an, 50-an dan 60-an sanggup menceraikan isteri mereka adalah kerana laman web chatting bukannya kerana isteri tidak mampu melayan nafsu batin lelaki-lelaki tua itu.
Bermula Dengan Web Chatting
Tiga laman web chatting yang sering disebut-sebut di Mahkamah Syariah dalam aduan para isteri yang diceraikan suami adalah:
1) www.alamak.com (ada room khas untuk chatters di Malaysia).
2) Omi Apps.
3) Facebook Dating.
Bahkan ada nickname yang popular digunakan oleh suami orang di laman web chatting ini seperti Halal Jadah, Madie, Aleng, Dungeon, BMW, MightyJoe, Jerung, AbangAlone, AbgNoman, Baddin, BossFizan, Bos_Hensem dan bermacam Boss lagi (kononnya Boss) dengan kesemuanya adalah “suami orang” yang mengaku bujang terlajak atau duda.
Sekat Isteri Di Laman Sosial
Bahkan lelaki berstatus suami orang ini sehingga tahap “block” isteri sendiri di facebook dan instagram kerana tidak mahu wanita yang dikenali di laman chat tahu mereka adalah suami orang.
Terkini chatters berstatus “suami orang” ini semakin berani mengganggu dari dunia nyata dibawa masuk ke alam maya dengan cara stalk/mengintai gadis cantik atau ibu tunggal atau isteri orang lain yang cantik untuk dijadikan bahan perbualan lucah mereka di laman chat berkenaan terutamanya alamak.com yang mempunyai ruang chat public. Alamak.com juga boleh pm (private message) personal.
Tidak Kira Isteri Orang
Selalunya wanita-wanita yang menjadi mangsa kutukan lucah ini tidak kenal pun lelaki suami orang itu tetapi si gadis cantik, ibu tunggal dan isteri orang cantik itu menjadi bualan hangat melucah mereka di laman chat kerana hasil stalk di dunia nyata dibawa ke alam chatting.
Lelaki-lelaki itu memperkenalkan gadis muda dan wanita cantik lain tanpa mengira wanita itu isteri orang lain kepada rakan chatters “untuk bid” siapa yang dapat perempuan itu.
Apa kes “suami orang” gila stalk atau mengintai perempuan lain sedangkan mereka ada isteri di sebelah?
Penyalahgunaan Web Chatting
Gila berchatting lucah tentang perempuan lain sedangkan mereka punya isteri seorang perempuan dan anak mereka juga perempuan.
Tidakkah lelaki-lelaki itu merasa malu kerana mengutuk lucah perempuan lain? Bolehkah lelaki-lelaki itu mencari perempuan yang dihina dan dikutuk tanpa sebab itu di padang mahsyar nanti untuk meminta maaf kerana mengumpat dan memfitnah?
Lelaki kalau mengumpat sebenarnya lagi teruk dari perempuan.
Sia-sia sahaja lelaki-lelaki tua itu solat dan bersedekah kerana semua pahala mereka telah dipindahkan kepada perempuan yang dikutuk lucah tanpa sebab itu.
Lelaki itu akan miskin hina di akhirat. So semua girls cantik yang pm saya mengadu mengenai gangguan sebegini jangan bimbang. Lelaki-lelaki yang menjadikan anda bahan kutukan lucah itu akan papa kedana di akhirat nanti.
Bagi isteri-isteri jika di history google suami anda atau dalam hp suami anda ada searching alamak dan ada akaun omi bermakna suami anda adalah chatters di sana. Akaun Omi bukan akaun pelaburan syariah, ianya adalah akaun chatting. Anda kena tipu hidup-hidup dengan suami sendiri.
Manakala FB Dating boleh swap ke kiri kanan sahaja andainya isteri datang menghampiri suami sendiri dan isterinya menyangka si suami sedang facebook walaupun sebenarnya si suami sedang berbual mesra dengan wanita lain di FB Dating.
Jatuh Cinta Dengan Wanita Baru DiKenali
Penyalahgunaan Laman Web Chatting di Malaysia semakin kronik akhir-akhir ini apabila Mahkamah Syariah mula menerima semakin banyak aduan dari isteri, bahawa suami mereka mahu bercerai kerana kononnya sedang hangat bercinta dengan perempuan lain yang dikenali di laman web chatting.
Ianya dianggap kronik kerana “lelaki tua” berusia sekitar 40an, 50an dan 60an sanggup menceraikan isteri masing-masing yang sudah dikahwini berbelas tahun atau berpuluh tahun hanya kerana kononnya suami orang itu jatuh cinta dengan wanita lain yang baharu dikenali beberapa bulan secara chat maya.
Ada kes di Selangor suami orang berusia 56 tahun menceraikan isterinya yang sudah dikahwini 20 tahun hanya kerana mahu berkahwin dengan wanita lain berusia 49 tahun yang baharu dikenali 2 bulan di laman web chatting.
Sedangkan isterinya yang berusia 39 tahun, 10 tahun lebih muda kerana sudah dikahwini sejak isterinya itu berusia 19 tahun. Sekarang lelaki tua itu gila talak apabila menyesal selepas menyedari bekas isterinya melayan dia jauh lebih baik.
Dengan isteri baharu lelaki tua itu kena basuh pinggan dan memasak untuk makan sendiri sedangkan dengan bekas isterinya, dia hanya datang menyandar menunggu nasi dan lauk dihidangkan di depan muka.
Tambah gila apabila bekas isterinya yang baik dan sangat cantik itu sudah berkahwin dengan lelaki muda lain. Perkataan yang sesuai adalah padan muka.
DiPenuhi Lelaki Gatal
Dahulu sekitar zaman saya belajar di universiti, laman web chatting seperti alamak.com digunakan oleh pelajar-pelajar universiti di Malaysia dan pelajar Malaysia yang belajar di universiti luar negara untuk berkomunikasi dan berbincang tentang negara tercinta Malaysia.
Kini laman web itu dipenuhi “lelaki-lelaki tua gatal” yang “sudahlah tidak kaya” bahkan ada yang makan minumnya ditanggung isteri “tetapi ada hati” mahu mencari pengganti isteri yang setia itu.
Lelaki semakin tua bukannya semakin gatal kononnya semakin pekat santannya (lelaki dan santan sama dekat mana ).
Tetapi ketahuilah lelaki gatal itu sedang bersedia untuk ke neraka. Lelaki jika dia semakin gatal di usia tuanya maka sepertimana kata-kata Imam Syafie:
“Apabila seseorang lelaki itu menjejaki usia 40 tahun dan dia masih dengan perangai lamanya yang buruk seperti suka berzina, suka mencaci, suka menghina, masih minum arak dan sebagainya perbuatan-perbuatan buruk lain, maka bersedialah lelaki itu untuk ke neraka.”
Girls.. If you want a husband, jangan pilih suami orang terutamanya yang anda kenal di laman chat. Itu semua auta
Kayra, Putrajaya.
Mingguan Wanita : Wanita di luar sana, berhati-hatilah memilih suami. Kenali dan selidik betul-betul siapa bakal suami, bimbang menyesal di kemudian hari.
Nahas SUV di Bukit Kawah meragut nyawa sepasang bakal pengantin apabila Toyota Fortuner yang dinaiki terjunam ke dalam gaung. Baca kronologi penuh, siasatan polis dan peringatan keselamatan jalan raya.