bebas jerawat

Tiada alasan nak kulit cantik dan bebas jerawat, mak-mak cuma kena rajin buat dan amalkan saja.

Tetapi kalau nak mudah, ikut cara Puan Norafiza Mahmud, yang mana dia menggunakan scrub yogurt untuk mencerahkan, menghilangkan garis halus, mengurangkan kedutan di wajah.

Nah, ini rutin penjagaan kulit wanita yang glamour dengan panggilan Cik Oya yang sangat murah tapi hasilnya Wow.

Amalkan selalu dan konsistan. Kulit akan bebas jerawat, jeragat dan licin.

Kulit Bebas Jerawat

Langkah 1
Wap muka dengan air panas bersama lemon.

Ni baru lepas wap muka. Guna air panas beserta lemon je.

Proses ini bukan sahaja untuk kulit. Proses ni bagus juga untuk hidung yang tersumbat, selsema, batuk.

Melegakan.

IKLAN

Selepas Itu. Kau orang boleh picit picit Liang Roma yang mempunyai kotoran untuk keluar.

Langkah 2
Buang Segala white head dan black head yang menutup liang roma.

Langkah 3
Lakukan mask scrub yang saya kongsikan ini mengikut keselesaan kau orang. Scrub ini boleh lakukan 2 hari sekali jika perlu.

 

IKLAN

Ini mask scrub strawberry

4-5 biji strawberry
1 sudu beras di kisar halus
1 sudu yogurt
1sudu olive oil

Bancuhkan ke semuanya dan simpan di dalam peti sejuk selama 30 Minit-1jam.

Ini proses mengecilkan Liang Roma sekali.

IKLAN

Langkah pertama,

Wap muka dahulu untuk membuka Liang Roma yang tersumbat.

Langkah berikutnya buang Segala black head dan white head.

Seterusnya,

Scrub yang sudah sejuk di Tampal ke muka dan Diamkan selama 30 Minit dan scrub sebelum mencucinya.

Hampir 2 bulan konsistan dengan rutin penjagaan kulit muka. Hasilnya.

Alhamdulillah. Semoga bermanfaat dan mak-mak boleh amalkan rutin cantik ini di hujung minggu dengan aktiviti yang mampu memberi kesan yang positif kepada diri.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI