Kalau JATUH TERDUDUK Cepat Ke Hospital, Jangan Mak-mak Cuba Tanggung Sakit Dan Rasa Diri Tu Kuat

Bahaya rupanya kalau mak-mak jatuh terduduk. Atau jatuh terhentak dengan kuat atau sewaktu dengannya. Boleh jadi itulah penyumbang terjadinya slip disc pada mak-mak yang terjatuh dengan kuat.

Pengalaman tiga hari melalui kesakitan selepas jatuh terduduk membuka episod kesakitan pada Nadia Hazmi, Pegawai Antidadah AADK Daerah Kuching, Sarawak.

Ketika terjatuh dia merasakan sakitnya itu boleh ditanggung lagi. Namun selepas hari ketiga sakitnya makin parah dah sebaik ujian dilakukan doktor sahkan dia alami slip dics 3 dengan adanya annular tear.

 

Kalau JATUH TERDUDUK Cepat Ke Hospital, Jangan Mak-mak Cuba Tanggung Sakit Dan Rasa Diri Tu Kuat

Kejadian 13 Februari 2018

Selepas azan maghrib terjadinya satu insiden ke atas diri Nadia. Keadaan itu menyebabkan dia jatuh TERDUDUK dan TERLENTANG ke belakang dengan kadar impak maksima.

Kiranya dah tak sedarkan diri beberapa ketika. Dan meraung tanpa kawalan sebab sakitnya Allah saja yang tahu.”

Akuinya, jatuh dalam keadaan tak bersedia bermakna berserah sepenuh pengharapan meminta ‘malaikat yang sambut’

Tapi tak surelah waktu macam mana. Sambut ke tidak, sebab terlampai sakit.”

Selepas jatuh terlentang itu, hampir setengah jam dia berusaha untuk duduk. Dalam masa yang sama, air matanya tak berhenti mengalir.

Bila dah boleh duduk, rasa ok sikit. Kebas-kebas itu tetap ada. Sebab tak nak anak-anak tengok dan rasa sedih, ku gagahi jua buat macam tak ada apa yang berlaku.”

Waktu Nadia terjatuh, anak kecilnya yang bernama Rayhan dah menangis teresak-esak melihat keadaan sukar mamanya.

Kesakitan yang dialami membuatkan Nadia terpaksa membatalkan rancangannya mahu ke dinner official. “Terpaksa dibatalkan walaupun dah siap dress up.”

14 Februari 2018

Keesokan harinya barulah dia bangun daripada tidur. “Rasa macam nak duduk tu tak mampu sangat-sangat. Memandangkan anak-anak dah lapar nak breakfast, sekali lagi ku gagahi juga walau jalan pun macam hobbit.”

Kebetulan hari itu, dia perlu bekerja ‘duty Ops CNY di hentian bus’. Hari itu juga tiada teman lain yang boleh menggantikan tugasannya.

Sekali lagi, ku gagahi jua. Drive ke lokasi sambil bawa si rayhan yang dah tak mahu berenggang kesan insiden semalam.”

Nak hantar ke playskool pun dia tak mahu. Bertahanlah. Dekat setengah hari bertugas di situ.”

Sekembali di rumah, Nadia masih juga buat seolah-olah tak berlaku apa-apa depan semua orang.

Walhal, nyawa itu dah rasa macam terawang-awang. Dengan tulang belakang nak bengkok sujud pun sakit. Duduk sakit, baring apatah lagi. Semuanya serba tak kena.

Namun demikian berdiri adalah posisi yang paling selesa. Tak tahulah kenapa. Dia cuba untuk tidur macam biasa pada sebelah malamnya. Namun, penuh seksa.

Saya motivasi lagi diri, mungkin Allah nak ampunkan dosa.

15 Februari 2018

Esoknya, Nadia rasakan kaki kanan dah mula kebas. Nak naik satu anak tangga pun kaki dah tak mampu. Apatah lagi nak dukung anak.

Tiba-tiba dia teringat satu video yang pernah dikongsi tentang seorang wanita lumpuh. “Terkenang pula nasib anak-anak nanti kalau mama dah tak dapat jalan.

Sebab Nad jenis tak mahu susahkan atau risaukan sesiapa pun, nad terus drive serah diri ke hospital.”

Pesan kat Rayyan jaga adik elok-elok. Sebelum pergi dia sempat mandikan anak-anak dan masakkan dan beri makan anak kenyang-kenyang.

Dah rasa macam mak si Pekan dan Melur Batu Belah Batu Bertangkup tu. Anak-anak tinggalkan kat pakneknya sekejap. Kebetulan hari itu besday paknek. Memang tak nak dia risau. Sorry abah..”

Sebaik sampai emergency, dengan segera dia diusung secara tiba-tiba. Doktor maklumkan dia kena jalani MRI. Tangan pun terus kena cucuk untuk IV.

Tiba-tiba lagi kata kena warded. Dahlah seorang diri macam itu. Agaknya rasa duduk dalam keranda. Dengan bunyi macam-macam. Cuma tak ada suara malaikat ma Rabbuka je.”

Bila dah diwadkan, doktor beritahu keputusan ujian. “Kata doktor slip disc 3 slot L4 L5 L6 ke tak ingat. Ada pula annular tear.

Maknanya disc tu tergelincir dan annular terkoyak. Akibat dari hentakan yang kuat waktu insiden jatuh terlentang itu.

Tambah pula gagahkan lagi driving sana sini tak sedar diri.”

Jadi Rawatannya Apa?

Tak ada ubat melainkan painkiller. Ambil masa 18 ke 24 bulan untuk sembuh dengan sendiri. Dibantu dengan fisioterapi.

Ataupun mungkin TAKKAN SEMBUH. Part tu lah sedih sikit. Tapi tak apa, ujian tu. Bukan putus kaki, kudung tangan kan.

So, Nad redhalah. Yang penting dapat dukung anak semula macam sediakala pun dah syukur ya Allah.”

 

Hati-hati Kalau Jatuh Terduduk

Kalau mak-mak jatuh terduduk, jangan dibiar. Jangan ku gagahi jua sangat! Apa yang memudaraatkan tubuh badan ini, kita elak. Kita buang jauh-jauh.

Kita ikhtiar, mohon perlindungan dariNya. “Tawakal boleh tawakal. Tapi kalau sampai retak seribu tulang nak tawakal duduk saja, itu namanya zalim pada diri sendiri.

Jadi, Nad minta maaf pada diri sendiri. Minta maaf ya Nadia Hazmi sebab tak jaga diri sendiri.”

Pain killer yang diambil itu juga boleh sebabkan ‘may cause drowsiness’. Buat Nadia sukar tidur sampai jam 3 pagi.

Nad ucapkan terima kasih atas doa semua. Sebab doa kalianlah Nad dapat discaj awal untuk tunaikan janji pada anak-anak. Diaorang nak main pasir kat pantai

Sebelum mengakhiri bicara, dia maklumkan “Gambar boleh berdiri tegak tu, boleh jalan-jalan suka ria tu jangan percaya sangat. Semua itu di bawah pengaruh dadah yang buat tak rasa apa untuk seketika.

Cuba dah habis efek, haa.. rasakan la Nadia. Perit dia Allah je yang tahu. Moga banyak dosa-dosa yang terampun.”

Sumber/Foto : Nadia Hazmi