darah tinggi

Tak kiralah usia anda masih muda sekali pun, kalau dah disahkan ada penyakit darah tinggi, kenalah rajin makan ubat. Amalkan gaya hidup yang lebih sihat dan makan pun kena jaga!

Ikut saja arahan yang doktor sampaikan dan kalau nak tahu macam mana kiraan BP yang cantik, rujuk perkongsian Doktor Khairul Faizie ini ya…

Bila Ada Tekanan Darah Tinggi

Soalan yang biasa patient tanya:

“Tekanan darah yang mana lebih penting di jaga, yang atas atau yg bawah? “

“Betul ke kalau umur meningkat, tekanan tinggi sikit macam 150/90 atau 150/80 tu, kita anggap OK?”

Mula mula, fahamkan terma berkaitan.

Tekanan yang atas dipanggil SYSTOLIC pressure.
Tekanan yang bawah dipanggil DIASTOLIC pressure.

Bagaimana tekanan Systolic & Diastolic terhasil?

Bila jantung mengepam darah, darah akan bergerak dalam saluran darah arteri untuk beredar ke seluruh badan. Aksi mengepam ini yang hasilkan tekanan di dalam saluran darah arteri. Dan tekanan ini yg kita sukat sebagai Systolic pressure.

IKLAN

Manakala tekanan dalam saluran darah bila jantung berehat ( in between beat ), di panggil sebagai Diastolic pressure.

Apa range yang normal?
OK, yang aku tulis ni ialah simplified punya penerangan utk mudah faham, 3 situasi:

1) Untuk IDEAL, ialah bacaan < 120 / 80.
TAK MENGIRA UMUR ya.
Tak kisah muda atau tua.

2) Bacaan yg > 140 / 90, ialah Hypertension (Darah Tinggi)

3 ) Bacaan in between 121 – 139 / 80 – 89 ialah bacaan pre Hypertension.

Memang kalau nak ikut definisi tertentu, contohnya dari American Heart Association, ada instilah stage 1, stage 2 tu semua…yang tu tak nak ingat pun takpa, nanti boleh lupa / confused. Just ingat 3 situasi tu.

IKLAN

Aim kita, ialah nak dapatkan bacaan yg ideal: < 120 / 80.

OK, now soalan ” yang mana lagi penting?”

Untuk mudahkan faham & ingat, rumusan nya ialah bacaan SYSTOLIC lebih penting untuk di jaga, terutamanya buat mereka yg sudah berumur 40 tahun ke atas.

Ini kerana bacaan systolic yg tinggi meningkatkan risiko sperti heart attack & stroke.

Dan memang biasa, bagi mereka yg > 40, ramai yg alami Isolated Systolic Hypertension ( ISH) yg mmg tingkatkan risiko penyakit cardiovascular.

IKLAN

Memang ada study yang menunjukkan, untuk golongan muda < 40, bacaan diastolic adalah komponen yang penting untuk kaji risiko penyakit berkaitan jantung.

Kalau kedua dua bacaan systolic & diastolic tak terkawal, lagi lah teruk.

*** Recent study juga menunjukkan, kalau kita dapat kawal BP kita dalam range yg ideal, < 120 /80, maka benefit nya banyak:

– 43 % kurang risiko kematian cardiovascular
– 38 % kurang risiko lemah jantung
– 17 % kurang risiko heart attack
– 11% kurang risiko stroke.

Kalau BP Selalu Tak Cantik

Point paling penting juga, kalau dah selalu sangat bacaan BP korang tak cantik, tak kira lah umur 20 an sekalipun, dan telah 2- 3 bulan cuba ubah gaya hidup ( exercise, diet yang betul), maka tolong lah jangan berlengah start makan ubat darah tinggi. Sebabnya, setiap saat yg kita lewat mula rawatan, maka setiap saat itu lah saluran darah kita menerima impak tekanan tinggi… SETIAP SAAT.

Dan lagi lama, lagi tinggi risiko komplikasi seperti stroke, heart attack, jantung bengkak ( lemah jantung), dan termasuk juga ROSAK BUAH PINGGANG.

Ya, buah pinggang rosak sebab darah tinggi tak terkawal ya.
Buah pinggang tak rosak sebab makan ubat darah tinggi.

MAKAN UBAT TAHAN SAKIT /PAIN KILLER secara kerap / kronik yg tinggikan risiko buah pinggang rosak.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI