KAKAK Meninggal Pada Hari Perkahwinan, ADIK Sendiri Ganti Jadi Pengantin! Jodoh, ajal dan maut di tangan tuhan. Walaupun telah tersusun perancangan perkahwinan, namun jika bukan jodoh, ajal menjadi penghalang.
Seorang wanita di India terpaksa menjadi ‘bidan terjun’ menggantikan tempat kakaknya sebagai pengantin selepas dia meninggal dunia akibat serangan jantung secara tiba-tiba, lapor laman berita Daily Star semalam.
Meninggal Sakit Jantung
Pada awalnya, kakak wanita itu, Hetal, dalam proses untuk melangsungkan perkahwinan bersama seorang lelaki dikenali sebagai Vishal di sebuah kuil di Bhavnagar.
Namun, kakaknya itu mengadu berasa pening sebelum pengsan, yang menyebabkan dia dihantar ke sebuah hospital untuk mendapatkan rawatan ketika majlis perkahwinannya masih berlangsung, Ahad lalu.
Doktor kemudian mengesahkan bahawa Hetal meninggal dunia akibat serangan jantung.
Ads
Kahwin Anak Perempuan Lain
Bagaimanapun, daripada bertindak membatalkan perkahwinan itu, bapa Hetal, Jinabhai Rathore membuat keputusan bahawa Vishal akan mengahwini anak perempuannya yang lain.
Menurut laman berita tempatan Hindi Latest, jasad Hetal disimpan di dalam peti di bilik mayat di hospital sehingga majlis perkahwinan adiknya selesai dilakukan.
Keluarga besar. Memang seronok bila adik beradik berkumpul. Tak perlu orang lain dah, cukup dengan mereka saja. Macam-macam karenah pun ada.
Tak dinafikan, mak ayah dulu-dulu ramai anak tapi sekarang ini susah nak lihat keluarga besar. Kalau anak 5 orang pun dah kira paling ramai sebab biasanya hanya 2-3 anak saja.
Anak ramai ni memang seronok tapi dari segi perbelanjaannya pun boleh tahan juga. Apa pun, rezeki anak pasti anak. Inilah salah satu keluarga besar di Britian yang mempunyai 13 anak. Hebat sungguh.
Alexis dan Davie adalah pasangan yang mempunyai keluarga terbesar di Britian. Mereka bakal mempunyai anak ke-13. Ini adalah anak terakhir buat pasangan ini kerana mereka bersetuju untuk ‘tutup kilang’ memandangkan jumlah perbelanjaan yang besar utuk keluarga mereka.
Pasangan ini mempunyai anak bernama Campbell, 20 tahun, Harrison, 19 tahun, Corey, 17 tahun, Lachlan, 14 tahun, Brodie, 12 tahun, Brahn, 11 tahun, Hunter, 9 tahun, Mack, 8 tahun,, Blake, 6 tahun, Rothagaidh, 5 tahun Cameron, 4 tahun, Orran , setahun, dan Scarlet, 5 bulan.
Keluarga itu boleh membelanjakan £120 (RM570) sehari dengan membeli makanan di Tesco. Antara yang diperlukan untuk keluarga ini adalah menggunakan 7 liter susu, tiga keping roti, satu kotak bijirin gergasi dan dua pek kerepek setiap hari.
“Kami terpaksa membeli katil tiga tingkat supaya semua orang mempunyai tempat untuk tidur dan membeli dua sofa sudut besar supaya kami semua boleh duduk serentak.”
Boleh dikatakan bil perbelanjaan keluarga ini melebihi £5000 (RM23775) sebulan. Ini tidak termasuk bil eletrik yang dibayar sebanyak £750 (RM3566) sebulan. Selain itu, bil makanan pun mencecah lebih £3000 (RM14265) sebulan.
Walaupun berada dalam keluarga yang besar, segala perbelanjaan mereka adalah hasil daripada pendapatan Davie sebagai pemandu kereta api dan Alexis pula bekerja sambilan bagi membantu suaminya. Mereka tidak menuntut dan menerima mana-mana bantuan aripada kerajaan.
Tambah Alexis lagi, dengan keadaan sekarang ini kos sara hisup semakin meningkat. Jadi pasangan ini perlu berjimat cermat dan mengira setiap sen yang keluar masuk.
“Kami jarang makan di luar dan saya lebih suka masak sendiri di rumah dengan hidangan yang banyak untuk diberi makan setiap anak, “ katanya.
Mungkin ada yang beranggapan dengan jumlah seramai 13 anak ini, tentu keadaan bising dan ‘huru-hara’.
.
“Sebenarnya, rutin harian kami seperti orang lain juga. Membuat kerja rumah, anak ke sekolah dan mereka berehat dan baring menonton televisyen.
“Malah, waktu tidur kami juga seperti biasa, tidak terganggu dan nyenyak sepanjang malam. Kami bahagia dengan kehidupan yang kami miliki,” katanya.
Mingguan Wanita : Seronok bila ada ahli keluarga ramai. Masa kecil memanglah agak kelam-kabut tapi bila masing-masing dah besar dan ada kehidupan sendiri, terus sunyi rumah.
Padah Kali Pertama Makan IKAN BUNTAL, Isteri Maut Suami Masuk ICU. Sungguh malang tidak berbau, gara-gara ingin merasa hidangan ikan buntal buat pertama kalinya, seorang wanita maut manakala suaminya dimasukkan ke Unit Rawapan Rapi (ICU) Hospital Enche’ Besar Hajjah Kalsom (HEBHK) selepas makan hidangan ikan buntal tersebut.
Ikan buntal iaitu sejenis ikan yang juga disebut ‘ikan fugu’ tergolong dalam satu daripada jenis racun semulajadi yang paling bahaya dan mematikan di dunia, dibeli menerusi laman Facebook dari pembekal di Batu Pahat yang mendapatkan bekalan dari nelayan di Endau.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Perpaduan Negeri Johor, Ling Tian Soon, berkata mangsa yang mengalami gejala sesak nafas dan menggigil, pada jam 5 petang Jumaat lalu kemudian disahkan maut dua jam kemudian.
Beliau berkata, suami mangsa turut mengalami gejala sama kira-kira sejam selepas isterinya mendapat gejala berkenaan.
“Kerajaan Johor dan Jabatan Kesihatan Negeri mengambil maklum satu pelaporan keracunan makanan yang menyebabkan satu kematian di daerah Kluang.
“Ia membabitkan sepasang suami isteri yang tinggal di Jalan Sin Tiam Chamek, Kluang yang mendapatkan bekalan ikan buntal dari penjual secara pra tempahan melalui aplikasi Facebook.
“Bekalan diterima pada pagi 25 Mac lalu, dibersihkan dan digoreng untuk dibuat makan tengah hari bersama sayur dan daging babi.
“Kedua-dua pasangan itu dibawa oleh anak mereka yang tinggal berasingan ke Jabatan Kecemasan HEBHK pada jam 5 petang,” katanya menerusi satu kenyataan.
Beliau berkata, difahamkan ini adalah kali pertama pasangan berkenaan makan masakan berasaskan ikan buntal.
Racun yang dikenali sebagai Tetrodotoksin yang terdapat di dalam ikan buntal adalah racun yang boleh menyerang sistem saraf dan sangat mematikan.
Racun ini didakwa lebih mematikan dibandingkan racun sianida (cyanide). Memakan sekitar 1-2 miligram racun tetrodotoksin asi sahaja sudah dapat membuat nyawa melayang kesannya.
Katanya, siasatan lanjut mendapati ikan berkenaan diperoleh dari nelayan di Endau sebelum diambil oleh pemborong untuk diproses di Batu Pahat.
“Penjual yang mengedarkan ikan buntal ini juga berasal dari Batu Pahat, membuat edaran kepada pelanggan berdasarkan tempahan yang dibuat melalui aplikasi Facebook.
“Sebanyak 15 kilogram ikan buntal dijual di sekitar Chamek iaitu empat pelanggan, Paloh (empat Pelanggan) dan Yong Peng (satu pelanggan) pada hari tersebut.
“Selain dari pasangan terbabit, semua pelanggan lain masih belum memakan ikan buntal yang dibeli,” katanya.
Beliau berkata, Pejabat Kesihatan Daerah Kluang dan Batu Pahat telah mengambil sampel ikan itu dari pelanggan yang dibeli dari penjual berkaitan.
“Sampel ini telah dihantar ke makmal untuk tujuan analisa. Sehingga kini tiada lagi pelaporan baru berkaitan dengan ikan buntal,” katanya.
Di negara Jepun sendiri pernah dilaporkan dimana ada sekitar lima hingga 10 kes keracunan ikan buntal setiap tahun dan ada juga kes keracunan akibat ikan buntal yang masih dapat diselamatkan dengan rawatan segera oleh doktor perubatan.
Beliau berkata, mengingatkan orang ramai sentiasa berhati-hati di dalam memilih makanan terutama jika ianya mempunyai risiko yang telah diketahui.
“Kerajaan Johor bersama Jabatan Kesihatan Negeri akan terus memantau dan memastikan keselamatan makanan,” katanya.
Proses membersihkan ikan buntal perlu berhati-hati kerana racun jenis tetrodotoksin tersimpan di dalam hati, kelenjar kelamin, kulit dan usus ikan buntal.
Cara membuang organ tersebut harus dibuang secara hati-hati dengan teknik khusus agar daging ikan tidak tercemar dengan racun tersebut.
Selalunya ikan buntal hanya dihidangkan dengan selamat dimakan oleh restoren yang pakar membuatnya sahaja.
Racun tetrodotoksin tidak akan hilang walau ikan buntal dimasak atau dibekukan. Jika tidak diproses dengan betul maka racun dari organ tubuh ikan buntal boleh menyebar dan terserap ke dalam dagingnya.
Mingguan Wanita:Salam takziah buat keluarga mangsa atas kejadian ini. Semoga lebih berhati-hati dan elakkan untuk mencuba hidangan atau ikan berisiko sebegini.
Nasihat YB Rara “Wanita, jangan takut sertai politik. Yakin, tahu apa kita perlu buat”. Itulah antara kata-kata Ahli Parlimen Bentong, Young Syefura Othman, 33 tahun atau lebih mesra dengan panggilan YB Rara.
Menerusi program Bicara Petang Buletin FM bersama Haiza & Hanif Miswan meraikan Hari Wanita dengan Ahli Parlimen Bentong, YB Rara baru-baru ini. Menerusi Segmen Close Up di Bicara Petang Buletin FM memberi fokus pada sisi lain YB Rara dan bagaimana beliau mula bergiat aktif dalam bidang politik.
Untuk rekod YB Rara telah mula aktif dalam bidang politik pada usia 24 tahun. YB Rara yang menuntut dalam bidang kejururawatan memulakan karier sebagai ‘private nurse home’.
Beliau menjaga orang sakit di rumah selama setahun dan turut bekerja di klinik di Puncak Alam sebagai jururawat. YB Rara juga turut turun di jalanan untuk membantu orang ramai serta mula sertai ceramah politik kerana keluarga turut giat aktif menyertai aktiviti ceramah politik.
“Saya tak sangka saya akan sertai politik. Mula rasa seronok bila turun jalanan sebab dapat tahu realiti sebenar masalah rakyat,” itulah luahan YB Rara.
Berkongsi kisah disebalik nama sebenarnya, YB Rara menjelaskan dia merupakan seorang saja anak perempuan dalam keluarga.
“Sebutan nama saya sebenarnya ‘Yong’ kerana ikut loghat Perak iaitu kakak, saya seorang saja anak perempuan dalam keluarga, adik beradik lain semua lelaki.
“Semasa saya dilahirkan di Perak dan ibu bapa pilih nak letak nama Young kerana ikut nama adik beradik Sultan Perak iaitu Yong Safura,” kongsi YB Rara.
Sebagai seorang ahli politik Melayu-Wanita yang menyertai parti politik bukan Melayu, banyak cabaran untuk membuktikan kemampuan YB Rara sehingga menang dan diberi mandat sebagai Ahli Parlimen Bentong pada Pilihan Raya ke 15 lalu.
“Saya menyertai parti politik yang agak kontroversi di mata masyarakat Melayu. Saya sertai parti politik DAP yang majoritinya adalah bangsa Cina.
“Tapi ini pilihan saya kerana saya pandang pada hala tuju dan prinsip parti untuk tujuan politik, bangsa dan negara.
“Peluang, ruang dan kepercayaan yang diberikan kepada saya, amat saya hargai kerana peluang tu amat sukar untuk dapat, ” terang YB Rara yang turut akui tugasnya sebagai ahli politik amat sukar pada permulaan kerana beliau perlu mempunyai hati yang keras dan ‘kulit yang tebal’.
Beliau juga digelar pengkhianat Melayu dan perempuan tiada maruah oleh masyarakat, namun YB Rara terus bangkit untuk mendidik masyarakat tentang prinsip dan tujuan politik yang sebenar.
“Kepada wanita di luar sana, jangan takut sertai politik. Jangan takut nak buat apa saja dalam pelbagai bidang, bukan hanya politik. Kita kena yakin dan tahu apa yang kita perlu buat” sambung YB Rara.
Permulaan dalam politik ini memang sesuatu yang tidak disangka oleh YB Rara kerana tidak pernah terfikir akan sertai politik.
Niatnya hanya mahu membantu rakyat di lapangan. Rara juga mengakui ada perasaan takut untuk sertai politik kerana ia didominasi oleh lelaki dan senior serta orang yang lebih lama dan besar.
“Saya macam ikan bilis je kecil dan tiada pengalaman. Tapi lama-kelamaan saya banyak belajar dan ia amat bermakna bagi saya. Datuk Seri Anwar Ibrahim juga mengalami banyak perkara perit dalam dunia politik dan siapa sangka akhirnya beliau menjadi Perdana Menteri ke 10,’ akhiri YB Rara.
“Jangan terlampau cemburu, tok laki tak suka” kata Kak Cat. Nak tahu lagi tips yang dikongsikan Kak Cat untuk menarik perhatian encik suami? Apa lagi, jom tengok! Eh tapi, sebelum tu, sakit mata min tengok rantai emas 916 Sin Ter May yang Kak Cat pakai.. cantik betul, berkilau!
Nak rasa sampel biskut raya? Dapatkan KUPON BISKUT RAYA PERCUMA sekarang. Klik untuk kupon percuma: http://shorturl.at/hKOS2 atau imbas QR code pada poster.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Buang bayi lelaki baru lahir belakang rumah bongkar sumbang mahram dua beradik bawah umur di Besut. Ketahui kronologi penuh, siasatan polis dan tindakan lanjut.