
“Kakak ingatkan tu ubat batuk tapi rupanya methadone, kesemua batuk serentak & dia tak sengaja. Tindakan seorang ibu yang memberikan tiga anaknya cecair berbahaya methadone membawa kepada berita duka apabila seorang dari tiga anaknya meningga dunia sementara dua lagi kini berada di Unit Rawatan Rapi.
Dalam kejadian menyayat hati semalam, mangsa berusia 11 tahun meninggal sementara dua adiknya, masing-masing berusia 9 dan lima tahun dilaporkan kritikal dalam kejadian di Sungai Ramal Baru, Kajang.
Polis yang menerima makluman berhubung kejadian itu jam 9.01 pagi daripada pegawai perubatan Hospital Tengku Permaisuri Norashikin (HTPN) bertindak menahan ibu kandung kanak-kanak ini yang berusia 35 tahun bagi membantu siasatan.
Dalam pada itu, adik kepada wanita berkenaan tampil memberi penjelasan di Tik Tok selepas kes ini tular.
Seorang individu dikenali sebagai @itsfaiz berkata, kakaknya secara tidak sengaja telah memberikan ketiga-tiga anaknya cecair merbahaya itu selepas menyangka ianya adalah ubat batuk kerana kesemua anaknya batuk.
Menurut @ItsFaiz lagi, kesemua anak saudaranya mengalami batuk masa yang sama menyebabkan kakaknya memberi anak-anaknya cairan tersebut tanpa menyedari ianya adalah ubat yang salah.
“Jangan sebarkan benda yang tak betul. Kalau tak tahu cerita baik diam. Jangan sebar fitnah kalau tahu tahu apa-apa,” katanya yang mengakui kakaknya tersilap memberi ketiga-tiga anaknya ubat methadone.

Tegasnya lagi, penyebaran maklumat yang tidak sahih perlu dihentikan kerana situasi ini sangat menyedihkan buat seluruh keluarga mereka.
Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar, mengesahkan kes berkenaan dan penahanan wanita berusia 35 tahun itu.
“Ya saya sahkan kejadian seorang kanak-kanak maut dan dua lagi sedang dirawat di hospital dan ibu mereka kini ditahan untuk siasatan lanjut,” katanya kepada BH.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!




