Kajian The Golden Ratio, Supermodel Bella Hadid Wanita Tercantik Dunia!

Share

Kecantikan wajah bagi seorang wanita merupakan satu perkara yang subjektif. Wanita mempunyai wajah cantik dinilai dalam pelbagai perkara termasuklah dengan penggunaan teknologi terkini.

Supermodel terkenal Bella Hadid dinobatkan sebagai wanita tercantik di dunia, menurut kajian Greek Golden Ratio of Beauty Phi.

Menurut kajian itu, wajah Hadid, 23, mencapai hampir 94.35 peratus tahap kesempurnaan Golden Ratio menjadikannya paling dekat dengan ‘idea kesempurnaan Greek purba’.

Kecantikan Bella Hadid dikatakan hampir sempurna dengan ‘idea kesempurnaan Greek purba’.

Kajian Pakar Bedah Plastik

Dapatan itu merupakan sebahagian daripada kajian yang dijalankan Pakar Bedah Plastik Dr Julian De Silva yang membuat penilaian khusus terhadap mata, bulu kening, hidung, bibir, dagu, rahang serta bentuk muka beberapa selebriti wanita terkemuka.

Dalam kajian itu, Beyoncé mendapat tempat kedua diikuti Amber Heard dan Ariana Grande.

De Silva berkata, The Golden Ratio itu merupakan persamaan matematik yang dicipta oleh orang Greek dalam usaha menilai kecantikan wajah sebenar.

Pakar Bedah Plastik Dr Julian De Silva

Menerusi status di Instagram beliau, De Silva menjelaskan bagaimana persamaan itu berfungsi.

Menurutnya, persamaan itu mula digunakan sejak zaman Kebangkitan Greek di mana artis akan menggunakan ratio daripada kaedah persamaan matematik sebagai sejenis bantuan dalam menentukan kecantikan wajah.

MW: Setiap wanita memiliki kecantikan tersendiri. Paling penting hati kena baik, dalaman kena cantik barulah luaran pun terserlah menarik.

Sumber: Sinar Harian, Instagram Dr juliandesilva

IKLAN