Memasuki kawasan kediaman rumah teres setingkat yang berada di Puncak Alam, mata terpaku dengan sebuah kediaman berlatarkan warna merah jambu, terdetik di hati penulis pasti pemilik rumah ini benar-benar minat dengan warna tersebut kerana bukan sahaja dinding luar yang dicat dengan warna merah jambu, malah pagar yang menutupi ruang kediaman tersebut turut dicat dengan warna yang sama.
Saat dijemput masuk ke kediaman ini, ternyata telahan penulis tepat sekali. Warna merah jambu dijadikan warna dominan dalam hiasan kediaman Nurul Faten Hazirah Mohd Hanif, 26 dan suaminya Mohd Azuwan Md Nor, 29. Berkonsepkan minimalis dengan sentuhan scandinavian, konsep tersebut dipilih kerana minat dengan perabot dan dekorasi sedemikian rupa. Pemilihan warna pula dibuat atas permintaan sang isteri yang gemarkan warna merah jambu.
Ruang tamu kediaman turut dihias dengan perabot merah jambu
“Sudah hampir tiga tahun saya dan suami tinggal di kediaman ini. Dahulu susun atur dan dekorasi rumah kami bukan macam ini. Awal-awal menetap di sini perabot yang ada hanya asas sahaja seperti sofa dan meja makan. Itupun kami banyak beli perabot terpakai dan rumah kami tiada berkonsep.
“Sebelum kahwin dan mempunyai rumah sendiri, memang saya ada beritahu suami untuk catkan dengan warna merah jambu. Bila dah beli rumah dan mempunyai bajet, suami tunaikan impian saya itu. Konsep minimalis ini kami pilih sebab tidak mahu rumah penuh dengan perabot dan kebetulan rekabentuk perabot scandinavian itu menepati cita rasa saya dan suami. Daripada hasil pemerhatian kami di media sosial seperti Instagram dengan sedikit perubahan hasil idea kami sendiri, maka inilah deko rumah kediaman kami yang beronakan merah jambu dan putih.
Suami Tak Kisah
Ketika diajukan soalan tentang pemilihan warna untuk rumah dan juga perabot daripada warna ini kepada Mohd Azuwan, menurutnya dia tidak punya masalah dengan warna tersebut malah menyokong idea isterinya untuk mendeko kediaman mereka dengan warna merah jambu.
“Saya dan isteri sama-sama berbincang dalam menghias kediaman kami. Adakalanya idea saya turut diguna pakai dalam menghias dan memilih barangan di dalam rumah. Selebihnya, saya serahkan pada isteri untuk membuat keputusan.
Ads
Tambah Azuwan lagi, kediamannya ini yang mempunyai tiga bilik tidur tidaklah disiapkan sekaligus. Sebaliknya, dia dan isterinya, Faten membeli perabot dan hiasan lain secara berperingkat.
“bagi menyiapkan deko rumah dengan konsep dan warna ini bukanlah saya buat sekaligus. Agak lama juga kami ambil masa untuk siapkan. Kami buat sedikit demi sedikit berdasarkan keperluan dan mengikut bajet. Mulanya kami jual perabot lama yang kami beli dahulu dan buat modal untuk beli perabot baru. Biasanya Faten yang akan mencari dan survey perabot dan barang hiasan rumah untuk kami beli,” ujar Azuwan tentang kediamannya itu.
DIY Sendiri
Ads
Gemar mengunjungi Ikea, Kaison dan banyak lagi dalam mencari hiasan serta perabot untuk kediaman mereka mengikut konsep dan warna kegemaran, pasangan ini turut mengecat sendiri beberapa hiasan dalam kediaman mereka sesuai dengan konsep dan warna yang dipilih.
“Saya memang suka pergi Ikea dan Kaison. Selain daripada itu, perabot dan barangan di rumah saya ini ada yang saya beli secara atas talian. Memang kebanyakan perabot berkonsepkan scandinavian ini mudah didapati secara online dan harganya lebih berpatutan.
“Ada juga barangan yang kami beli tiada dalam warna merah jambu, apa yang suami saya buat adalah mengecat semula barangan tersebut dengan warna merah jambu yang ada. Cermin di dinding saya contohnya, ia sebenarnya berwarna putih, tapi untuk ikut konsep warna kami, jadi kami perlu DIY sendiri,” cerita Faten lagi.
Ads
Berkongsi rutin dalam menjaga kediaman mereka yang ‘sweet’ ini, menurut Faten seminggu sekali dia memang perlu bersihkan habuk-habuk yang melekat pada perabot mereka terutama yang berwarna putih.
“Setiap hujung minggu memang saya dan suami akan mengemas secara total. Kami ada tugas masing-masing untuk pastikan rumah kami sentiasa berada dalam keadaan bersih dan teratur. Saya memang akan bersihkan habuk-habuk pada perabot putih. Manakala tugas mengemop dan membersihkan bahagian luar pula dilakukan oleh suami.
Kediaman ini masih lagi tidak belum lagi dihias sepenuhnya. Menurut Azuwan buat masa kini tumpuan diberikan kepada ruang tamu dan juga ruang makan. Fasa seterusnya akan tumpukan pula pada bilik-bilik yang ada beserta ruang lain dalam kediaman mereka.
“Kalau nak diikutkan rumah kami tak siap deko sepenuhnya lagi. Kami tumpukan pada ruang tamu dan juga ruang makan terlebih dahulu. Insya Allah tak lama lagi kami akan deko bilik dan juga bahagian lain dalam rumah.”
Jelas pasangan ini lagi, setelah kediaman mereka bertukar wajah, ternyata perasaan lebih tenang tatkala menghabiskan masa di rumah sendiri setelah seharian keluar bekerja Benarlah bak kata pepatah ‘Rumahku Syurgaku’
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Setiap insan mengimpikan keluarga bahagia, miliki rumah yang selesa, kerjaya yang baik dan kehidupan yang harmoni. Ibarat pepatah Rumahku Syurgaku, kediaman yang indah akan membuatkan anda tidak mahu keluar rumah. Banyak menghabiskan masa di dalam rumah Pengasas Youme & Hunny atau lebih selesa disapa Hunny menerangkan, kediamannya mengambil inspirasi daripada gaya loft di Kota New York.
Malah Hunny juga menerapkan ruang makan yang lebih selesa. Bukan saja dapat melepak dengan keluarga tercinta malah kediamannya mengambil inspirasi daripada gaya loft di Kota New York.
Setiap ruang mengetengahkan dekorasi unik yang bakal memberi kejutan kepada sesiapa saja yang berkunjung. Suami kesayangan Hunny, Andy Othman, selaku pemilik juga Pengarah Bawang Resources, turut mencurahkan segala idea bagi kediaman mereka berdua. Malah Andy juga berkongsi falsafah moden kontemporari yang diterjemahkan pada kediaman di Ficus Peak 8 ini.
Dari muka pintu masuk utama lagi penulis sudah buat penulis kagum. Pintu kayu besar dengan pemegang besi, sebagai permulaan gambaran cita rasa pemilik. Ia juga menjadi pengenalan awal untuk penulis terus menerokai kediaman pasangan yang memiliki dua putera comel yang diberi nama Adam dan Ayden.
Cita Rasa Golongan Muda
Melangkah masuk kediaman ini ternyata seni hiasan dalaman yang dipilih menepati cita rasa orang muda hari ini. Umpama memasuki sebuah galeri perabot, ternyata pelan terbuka yang dihiasi perabot pada setiap ruang bukan sahaja menonjolkan dekorasi moden kontemporari tetapi juga mencipta suasana mesra dan mewah di dalam kediaman ini.
Ruang terbuka tanpa halangan juga turut membenarkan konsep ini terus mengalir ke dalam ruang lain. Ini dapat dilihat dari ruang tamu, ruang makan dan dapur penuh berkarakter jelas kelihatan. Di antara ruang tamu menuju ke ruang makan di tengah-tengahnya diletakkan sebuah piano yang menyerlahkan aura moden mewah pada dekorasi.
Manakala rak terbuka yang mempamerkan aksesori perhiasan daripada pelbagai material menjadi pemisah antara ruang. Malah dapat dilihat secara keseluruhan reka bentuk dalaman dan gaya yang ditampilkan ini lebih menumpukan pada pendekatan cita rasa pemilik sendiri.
Suasana Moden
Ruang dapur ini melengkapi suasana moden di tingkat bawah. Jelas dilihat pada binaan kaunter dapur daripada perincian batu kuarza berwarna putih gading dipadankan dengan kabinet kayu bertekstur kasar yang menjelaskan rekaan moden kontemporari.
Tampil kontras dengan padanan dinding hitam dan perabot rustik yang dijadikan tempat menikmati sarapan. Ini menonjolkan lagi suasana hangat pada keseluruhan ruang. Pulau dapur dan kerusi bar yang diletakkan di tengah-tengah pula menjadikan ruang lebih ini lebih praktikal.
Aura Glam
Berada di sini membuatkan anda berasa seperti di dalam sebuah restoran. Di sini terdapat seni chalk wall yang tertulis pelbagai menu dan dihiasi lampu neon biru. Cahaya dari lampu pendant pelbagai bentuk menjadikan suasana lebih hangat. Penggunaan rona semula jadi menyerlahkan aura glam dan elegan pada ruang ini. Manakala kehadiran meja makan daripada kepingan kayu padu perincian kasar menguatkan lagi konsep moden yang ditampilkan.
Ruang Tangga Imbau Saat-Saat Terindah
Semasa menuju ke tingkat atas satu lagi kejutan yang jarang ada di mana-mana kediaman. Di ruang tangga ini tidak dibiarkan begitu sahaja. Ruang ini menjadi tempat mengimbau saat-saat terindah Hunny dan Andy bersama keluarga kecilnya itu. Di sinilah diabadikan potret keluarga dalam palet monokrom termasuklah gambar ketika kelahiran anak keduanya.
Minat Andy pada ilustrasi turut diabadikan di sini. Ilustrasi Kota New York dan Kuala Lumpur yang dilukis pada dinding bahagian tangga ini merupakan memori catatan perjalanan hidup dan karier yang dilalui Andy selama 14 tahun tinggal di sana.
Lebih Santai
Menurut Hunny lagi pada sebelah petang kebiasaannya anak-anak akan bermain di kolam renang yang terdapat di kediaman mereka.
“Kami sekeluarga jarang bercuti. Anak-anak pula akan bermain di kolam renang pada sebelah petang. Jadi kebanyakkan waktu santai kami sekeluarga dihabiskan di rumah. Kami sekeluarga lebih selesa duduk di rumah. Anak-anak pun bebas bermain-main. Kolam renang yang direka khas oleh suami saya ini cukup unik dan sesuai dengan keluarga kami yang kecil,” ungkap Hunny.
Pemilik kediaman yang berhasrat menambah ruang kediaman lebih besar daripada keadaan asal, sebaiknya hadam dulu saranan Penulis Buku Hartanah, Dr Azizul Azli Ahmad (PhD) ini. Kerana, ramai sebenarnya yang tanpa sedar telah membuat binaan terlebih dari sempadan tanah miliknya.
Tindakan sebegini bukan saja mengundang dosa, malah boleh menyebabkan hal-hal lain yang melibatkan perundangan. Hadamkan baik-baik pesanan ini, agar pemilik kediaman sama-sama ambil ikhtibar.
Kongsi Dr Azizul,
Balik ambil anak tuisyen saya jumpa rumah begini.
Setiap rumah ada sempadan tanah.
Bagi rumah teres biasa ukuran standard adalah antara 20 x 70, 18 x 65 atau 24 x 55 .
Jika kediaman kita beli adalah 18 x 65 jangan pandai pandai lebihkan sampai tanah bukan kita punya.
Ianya berdosa.
Seperkara lagi, pertimbangkan perasaan jiran ini, sudahlah tambah dinding. Kemudiannya tidak plaster pula. Makin buruk rupanya.
Itu puncanya,
1. Orang beli kediaman dipersekitaran mahal untuk dapat mentaliti yang mahal. 2. Jangan tambah kediaman ikut suka selera kita. 3. Ia satu kesalahan majlis kerajaan tempatan. Saman boleh dikeluarkan. 4. Kereta anak bila datang, parking atas jalan. 5. Longkang telah ditutup dan menyusahkan seluruh proses selengara majlis.
Jalan lakukan sikap seperti ini, ia bukan menjadikan kita kelihatan kaya.
Ia nampakkan kita tidak beretika sahaja.
Sebaiknya,
Jika ada duit lebih, jangan tambah rumah. Beli rumah lain di kawasan baru.
Kita ada kejiranan baru yang lebih berkualiti.
Di sesetengan taman, ia seperti satu perlumbaan.
MW : Semoga kita lebih matang untuk membuat satu-satu keputusan, lagi-lagi jika ia melibatkan jiran. Jiran muafakat membawa berkat.
Tak semua suka hias dalam rumah dengan pokok-pokok hidup. Sebabnya risau ada binatang kecil yang ‘tak diundang’ menumpang nanti. Pulak tu, satu hal nak siram tiap-tiap hari. Tak kena cara, boleh mati pulak pokok tu.
Bagi mak-mak yang masih rasa nampak ruang tamu, ruang dapur atau bilik kosong, boleh cuba letak pokok kecil dalam balang air ini. Ada macam-macam jenis. Lepas tu tak perlu risau nak siram. Cantik dan rasa tenang je.
Ini antara perkongsian oleh Huda Zainal tentang beberapa pokok yang boleh mak-mak letak dalam rumah nanti. Mesti cantikkan!.
“Selain mampu membersihkan udara dalam rumah, menjadikan pokok hidup sebagai hiasan dalam rumah mampu mengurangkan tahap stress. Pokok hidup dalam rumah mampu mewujudkan rasa tenang dalam diri.
“Namun bagi yang tidak pernah membela pokok akan timbul kerisauan paling utama, takut pokok mati, terlupa siram ataupun kehadiran serangga dalam rumah.
“Bagi yang ingin menjinakkan diri dengan pokok hidup dalam rumah, teknik meletakkan pokok di dalam air adalah langkah pertama untuk bermula.
Meletakkan pokok yang mampu hidup dalam air sangat bagus untuk yang kesibukan kerana pokok yang diletakkan di dalam air tidak memerlukan penjagaan yang rapi berbanding yang ditanam dalam pasu bertanah.
“Banyak pokok yang mampu hidup tanpa tanah, hanya perlu direndam sahaja dalam balang berisi air.
Dua beranak yang menjadi mangsa kes bunuh dua beranak di Kampung Sekolah Juru disahkan maut akibat luka parah di leher ditetak senjata tajam jenis pisau pemotong daging. Polis masih menyiasat motif kejadian tragis ini.