Pasangan

“Jika Ada Masalah, Tenangkan Diri. Jangan Amal Keluar Rumah Takut Nanti Tak Kembali” Aaron Aziz Kongsi Tip Kebahagiaan Rumah Tangga

Share

“Jika ada masalah, tenangkan diri…” Pasangan yang mendirikan rumah tangga pastinya mahu kehidupan yang kekal hingga ke anak cucu. Tidak ada satu pasangan pun yang mahu kehidupan mereka kecundang.

Pelakon Aaron Aziz yang begitu bahagia hidup bersama pasangannya Diyana Halik dan tiga cahaya mata berkongsi tip rumah tangga aman damai. Aaron yang sudah berkahwin 22 tahun hidup bersama pasangannya juga menasihati agar pasangan muda amalkan tip seperti yang dirinya dan isteri lakukan.

“Jika Ada Masalah, Tenangkan Diri”

Sebagai lelaki yang bertanggung jawab sudah pasti mahu memberikan kebahagiaan buat keluarga tercinta. Dek kerana itu juga Aaron menasihati pasangan muda berdasarkan pengalamannya.

“Alhamdulilah Allah swt is the best planner. Tips untuk pasangan muda atau yg baru mendirikan rumah tangga, Abg cuma kongsi pengalaman.

1) Carilah pasangan bukan saja sorang yg anda ingin hidup bersama tapi juga seorang yg anda rasa tidak boleh hidup tanpa dia.

2) Komunikasi penting dalam perhubungan suami isteri…amalkan byk berinteraksi secara lisan dan depan depan jangan melalui whatsapp.

3) Jika ada arguements atau masalah jgn keluar rumah. Mungkin ke bilik atau dapur dan minum segelas air utk tenangkan diri kerana aksi keluar dari rumah boleh jadi satu bad habit dan mungkin tak akan kembali pulang ke rumah.

4) Last But not least PALING PENTING solat berjemaah dgn isteri / Suami kerana seorang suami mengimamkan isteri dan anak anak amat penting utk dapat keberkatan dan redha dari ALLAH SWT.

@therealaaronaziz Alhamdulilah Allah swt is the best planner. Tips utk pasangan muda atau yg baru mendirikan rumah tangga, Abg cuma kongsi pengalaman… 1) Carilah pasangan bukan saja sorang yg anda ingin hidup bersama tapi juga seorang yg anda rasa tidak boleh hidup tanpa dia. 2) Komunikasi penting dalam perhubungan suami isteri…amalkan byk berinteraksi secara lisan dan depan depan jangan melalui whatsapp. 3) Jika ada arguements atau masalah jgn keluar rumah. Mungkin ke bilik atau dapur dan minum segelas air utk tenangkan diri kerana aksi keluar dari rumah boleh jadi satu bad habit dan mungkin tak akan kembali pulang ke rumah. 4) Last But not least PALING PENTING solat berjemaah dgn isteri / Suami kerana seorang suami mengimamkan isteri dan anak anak amat penting utk dapat keberkatan dan redha dari ALLAH SWT. Jika kau milikku, kau milikku.. @Diyana Halik #aaronaziz
#diyanahalik #fyp #isteriku ♬ original sound – Sykxnnn

Baca Disini: ‘Penghijrahan’ Aaron Aziz “Setiap Apa Yang Berlaku Dalam Hidup Kita, Pasti Ada Hikmah”

Kuat sungguh dugaan bintang lagenda Uji Rashid ini. Walau sudah berusia namun amat tabah meneruskan kehidupan mencabar dalam menjaga anaknya Cico Harahap yang kurang sihat.

Macam mana nak meninggal dalam keadaan husnol khatimah jika tidak sentiasa berzikir, kata Datin Seri Umie Aida.

“Wanita dicipta Allah dari tulang rusuk yang berdekatan dengan hati untuk disayangi dan dicintai” Ustaz Don Daniyal kongsi nasihat dan doa buat para isteri yang berhadapan masalah rumah tangga. Paling penting wahai para isteri jika masalah kamu melibatkan keganasan bukan hanya berdoa sahaja tapi laporlah pada polis segera! Sayangilah diri anda dahulu! Jangan biarkan diri hidup dalam tekanan.
Pelakon veteran Normah Damanhuri atau lebih mesra dengan sapaan Mak Normah mendedahkan dirinya tak pernah ‘engkaukan’ anak-anak. Malah ayat yang keluar dari mulutnya sangat berlapik dan penuh sopan santun hingga anak-anak sangat menghormati dirinya. Malah sejak anak-anak kecil Mak Normah sangat manjakan anak-anak hinggakan hubungan antara mereka sangatlah akrab.

 

Published by
Norhayati Suboh