Agak-agak mampu tak membezakan orang yang negatif dan yang lebih positif dalam kehidupan harian?
Haaa… yang negatif ini biasanya tak ada ribut dan angin tetiba ‘masuk’ konon nak menyelamatkan lah. Tetapi tanpa sedar dia sebar aura negatif dengan main perli-perli.
Hah, itu yang jenis dengar sebelah pihak. Maka terjadilah gosip macam ‘mak cik bawang’. Allahu… betapa buruknya sikap orang negatif. Nak semak sikap negatif lain yang mungkin wujud dalam orang sekeliling kita, jemput baca perkongsian Doktor Zubaidi Hj Ahmad.
Jangan Berkawan Dengan Orang Negatif
IKLAN
Tidak ramai yang tahu bahawa orang negatif ada pelbagai wajah.
1. Manipulator.
Selalu merendah-rendahkan orang lain dan menganggap dirinya orang yang paling kaya, hensem, pandai, bahagia dan sebaginya. Orang lain tidak berhak mendapat semua itu kecuali dia. Dia akan menggunakan kelemahan orang lain agar sentiasa dipandang tinggi.
IKLAN
2. Gossiper.
Suka bercakap tentang orang. Dia akan bercakap perkara yang betul (mengumpat) tetapi dari sisi negatif, atau bercakap perkara yang dusta (menfitnah). Hatinya rasa puas bila orang sekeliling memandang buruk dan rendah pada orang yang benci.
IKLAN
3. Blammer.
Sering menyalahkan orang lain terutama orang yang dia benci. Dia akan mencari salah walaupun sekecil kuman, dan akan membesarkannya sebesar gunung. Semua orang lain salah kecuali dia.
4. Complainer.
Satu lagi ciri negatif iaitu selalu mengadu perkara yang kecil. Suka membandingkan dengan orang atau tempat yang dibanggakan. Orang ini akan compliant sesuatu yang tidak boleh dikawal, seperti hujan lebat, cuaca panas.
Bila kita bersama orang negatif seperti ini, kita akan rasa panas, mahu marah saja. Malaikat rahmat akan lari jauh. Kita tidak tenang dan bahagia. Paling bahaya kalau perangai dia masuk ke dalam diri kita dan kita akan menjadi berperangai sama.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Kata Ustaz Farid Rashidi, ‘ada isteri diuji mendapat suami yang bermasalah. Isteri dah elok pilih mahu berhijrah, berubah ke arah kebaikan. Sayangnya si suami yang jahil memerli dengan sinis.’
Seksa sungguh berdepan dalam situasi rumah tangga begini. Isteri rasa badan tu macam terbelah dua. Antara pilih penuhi keinginan hati nak berubah dengan pilih perasaan sayang pada suami masih menebal. Jika dilanggar amaran suami, bimbang sayang jadi berkurang.
Langsung, isteri tertekan dan tak tahu nak pilih jalan yang mana. Jelas ustaz ini, kisah yang dipaparkan ini, kisah realiti yang benar-benar terjadi dalam sesebuah rumah tangga.
Jika isteri berdepan situasi semacam ini.. maka isteri jalan mana isteri perlu ambil.
Ajak Suami Solat, Isteri Pula Diperli Penuh Angkuh
“Bang, solatlah sama-sama.”
“Awak nak solat, solatlah. Tak payah nak suruh-suruh. Tahulah saya nanti.” Balas suami dengan wajah selamba.
”Hah, awak tau ke solat tu Tuhan terima ke tak?” Balas suami dengan kata-kata penuh keangkuhan dan perlian.
Ada juga kes, sudahlah tak solat, duit gaji habis pula bermain judi online. Nafkah isteri dan anak langsung terabai dek kerana habis wang pertaruhan. Allahu Rabbi. Kasihan sungguh. Berdouble-double buat dosa besar. Ini kisah benar. Realiti.
Bahkan teguran isteri secara baik-baik langsung tak diendahkan.
Para isteri, jika ada yang punya suami begini. Teruskan berhijrah. Jangan dengar perliannya hingga berputus asa untuk berubah. Ingat, soal rezeki Allah yang beri. Ikut syariat, pasti selamat.
Terus solat dan berdoa dengan sabar. Percayalah, DIA Maha Mendengar. DIA pasti terima solat dan doa hambaNya yang ikhlas.
Tak usah diikut arahan suami yang melanggar hukum Tuhan. Kalian ada pilihan, pilihlah jalan yang terbaik untuk masa hadapan. Kekal atau sebaliknya. Carilah jalan penyelesaiannya terbaik.
Ada banyak kes melibatkan kaum isteri murung sampai tak mampu berfikir denga waras dan akhirnya mengundang berlakunya kes yang kita sendiri tak sangka. Paling teruk sampai bunuh diri!
Namun dalam masalah ini kenapa majoritinya wanita jadi mangsa? Malah kebanyakan kes wanita yang ada masalah mental bermula selepas kahwin. Agak menakutkan, bukan?
Percayalah stress uruskan hal rumah tangga tak sama dengan tekanan buat kerja di ofis. Bukan benda yang direka-reka atau sebab kaum isteri itu orang yang jenis manja tetapi sebab dia terlalu kuat dan rasa mampu buat. Jaga anak pun dia, cari duit pun dia.
Sebenarnya bagus andai isteri itu mampu buat banyak benda tetapi cara ini dalam diam boleh memakan diri pasangan yang akhirnya stress!
Macam mana nak pulihkan keadaan ini, baik suami atau isteri boleh rujuk perkongsian Puan Nurul Ilyani…
5 tip hilangkan tekanan antara suami isteri dan jaga hubungan
1. Alih susun atur perabot lebih kerap untuk motivasi kemas dan cantikkan rumah. Automatik, kita akan suka maintain cantik dan kemas.
2. Amalkan zikir al-mathurat untuk tenang hati dan mohon Allah melindungi rumahtangga dan keluarga.
3. Keluar berjumpa group rakan-rakan yang ada latar belakang yang sama. Ibu di rumah, ada anak kecil, selalu ada cabaran motivasi. Kami ada CircleOhsem di Puncak Alam.
4. Keluar dating dengan pasangan. Jika ada kekangan anak kecil, bincang dengan rakan usrah, untuk rotate jaga anak-anak supaya ibu-ibu dapat dating dengan pasangan masing-masing secara bergilir antara rakan. Jangan serah pada famili, serahkan kepada rakan usrah yang sehati sejiwa.
5. Kerap urut pasangan. Suami urut isteri, isteri urut suami. Sapu minyak panas pun boleh pada kaki. Paling elok pakai minyak ada aromaterapi seperti essential oil.
Nah, mudahkan? Agak-agak mampu tak mulakan hari bahagia ini dengan pasangan esok hari? Ingat ya, walau sibuk dengan anak-anak, jangan sampai anda lupa untuk menghargai penat lelah orang tersayang. Lagi mudah, setiap kali masuk hujung minggu sila bawa isteri keluar rumah!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Orang kata waktu hamil inilah waktu terbaik isteri nak bermanja dengan suami. Ketika perut besar, suami jatuh kasihan. Ibu mengandung minta lah apa saja.. insyaAllah suami tunaikan. Tapi tak semua ibu hamil lalui proses kehamilan sebahagia itu. Malah, sakit perut pun terpaksa ke klinik sendirian.
Ada yang diuji suami tak ambil hirau pun dengan kesusahan isteri alami. Sebagaimana ibu hamil ini, Firda Ashaary pernah lalui kesedihan sedemikian pada perkahwinan terdahulu. Dan pengalaman itu, menjadikan dirinya ibu hamil yang cekal lagi tabah.
Ini pesan Firda untuk mereka yang lalui pengalaman seumpama.
Ibu Mengandung Sakit Perut Sedang Bersedih
Tadi aku ke hospital bersama Encik Suami untuk pemeriksaan baby. Selepas menurunkan aku di ruang lobi PAC, Encik Suami terus ke tempat parking dan menanti di sana bersama anak-anak. Sekarang musim kobit ni kan, tak boleh berteman.
Sambil menanti giliran dipanggil, satu persatu pesakit yang datang aku perhatikan.
Muncul seorang ibu mengandung, menghampiri kaunter. Selepas check suhu dan scan mysejahtera, beliau duduk di kerusi sambil menunggu misi keluar dari dalam bilik untuk memberi perkhidmatan.
“Ya, puan. Mai pasai pa?” sapa misi bertugas.
“Sakit perut.”
“Puan, mai dengan sapa?” tanya misi lagi sambil mata melilau melihat sekeliling.
“Sorang.”
Pendek jawapan yang diberikan, perlahan ja tapi aku di belakang masih mampu mendengar.
Ada nada sayu di situ. Allah. Walau beliau membelakangkan aku dan aku tak nampak reaksi wajahnya, tapi aku yakin beliau sedang bersedih.
Sebelas Tahun Lalu, Alami Kesukaran Yang Sama
Aku menyandar seketika. Terimbas kenangan yang aku sendiri lalui hampir 11 tahun lalu ketika mengandungkan Suffian. Sendirian memandu ke Hospital Kajang untuk pemeriksaan baby. Semalaman perut meragam hingga ke pagi.
Selesai semua pemeriksaan, selepas ditambah air dan sebagainya, misi dan doktor bertugas membenarkan aku pulang.
“Puan, dah boleh balk. Siapa jemput puan?”
“Saya drive sendiri,” jawap aku ringkas. Dalam hati hanya Tuhan yang tahu.
Misi dan doktor saling berpandangan.
“Kalau macam tu takpa lah Puan, Puan rehat dulu di katil ni. Hilang pening kesan ubat nanti tu, baru Puan drive balik ye?” Doktor memberi cadangan.
Aku kembali berbaring dan memejamkan mata. Berharap doktor dan misi segera beredar. Sebaik derapan kasut diorang menjauh. Aku buka mata. Air mata perlahan gugur membasahi bantal.
Sebak hanya aku sendiri yang faham. 1001 kisah terpendam tak terluah, aku telan satu persatu. Yang tak mampu ditelan, aku biarkan tergantung. Aku tidak lagi mengikut arus, aku cuba menongkah arus demi sebuah kehidupan dan harga diri.
Orang selalu cakap ibu mengandung ni selalunya degil, kuat merajuk, hati batu, hati tisu. Macam-macamlah yang orang cakap.
Tapi mungkin tanpa mereka ketahui disebalik apa yang dicakapkan tu, sebenarnya terselindung sejuta rahsia yang mereka mungkin tak tahu. Tak nampak di mata.
Ya, aku akui aku memang degil. Aku juga hati batu. Rajuk aku, rajuk yang berbuku. Membuatkan hati aku keras. Aku terus melangkah walau terboyot-boyot sendiri, walau belum pasti jalan mana harus aku tujui. Ada yang kata aku ikut hati, ikut kepala sendiri. Aku pekakkan telinga.
Dan Akhirnya, Allah takdirkan aku di sini hari ini, seperti yang kalian lihat. Alhamdulillah. Sebuah kisah bahagia Allah kirimkan di hujung ceritera airmata yang panjang.
Pesan aku pada wanita-wanita khususnya ibu-ibu yang sedang berduka, usah terlalu menjaga hati orang lain hingga mengabai kebahagiaan hati sendiri. Usah lagi menangis, lapkan airmatamu. Usah dibazir. Jalan terus, jangan menoleh. Kumpulkan segala kekuatan demi sebuah kebahagiaan yang dicari.
Bahagia itu adalah untuk 2 hati bukan hanya satu hati memberi dan satu hati menerima.
InshaAllah, jangan gusar. Allah pasti bersama kalian.
#SuffianSuffiya #KisahDunia
1001 kisah suka duka sebuah kehidupan, mencari bahagia.
"Nahas helikopter TLDM, individu komen biadap "askar lain semua mati masa perang..." Di sebalik nahas dua helikopter semasa raptai sempena hari Tentera Laut DiRaja...