Jelas kandungan ada PORK GELATIN tapi letak logo halal Jakim, hati-hati beli produk soft candy with jam. Makanan yang halal tumbuh menjadi darah daging kita. Sebab itulah, kita amat-amat dididik untuk mencari yang halal baik dan tidak boleh semberono makan.
Terkini, mana-mana ibu ayah yang gemar membelikan anak-anak gula-gula dan dipesan melalui talian, perlu berhati-hati kerana ada gula-gula yang diletakkan logo halal Jakim namun kandungannya menggunakan gelatin babi.
Ini dikongsikan oleh seorang pengguna fb, Syasya Eyrah yang menyedari bahawa gula-gula SOFT CANDY WITH JAM ini mengandungi gelatin babi dan meminta semua muslim berhati-hati dari membelinya.
Selepas ianya tular, Bahagian Hab Halal JAKIM telah mengambil langkah memberi penjelasan bahawa logo halal yang digunakan adalah tidak diiktiraf oleh JAKIM sekaligus ia telah disalah guna oleh pihak pengilang yang merahsiakan alamat sebenar produk ini dikeluarkan.
Ia mungkin sebagai satu taktik untuk mengelirukan umat islam sekaligus bebas menggunakan kandungan tidak halal namun memaparkan logo halal untuk menarik perhatian umat islam membelinya.
Gula-gula ini banyak dijual dalam talian pada harga murahJelas ada tertera pork gelatin untuk gula-gula ini
Minggu ini pihak kami dihujani dengan pertanyaan oleh para pengguna di media sosial berkaitan status halal produk manisan Soft Candy With Jam yang tidak dinyatakan alamat pengeluar sebenar rentetan terdapat maklumat kandungan bahan mentah produk tersebut yang mengandungi ramuan tidak halal iaitu pork gelatine (gelatin babi) pada label pembungkusan produk.
Pada produk tersebut juga tertera logo Halal Food Council International Malaysia & Asia Region dan ia telah mengundang keresahan dan salah faham masyarakat terhadap pensijilan halal Malaysia.
Ada berbagai perisa atas jenama ini
Untuk makluman semua, produk tersebut telah menggunakan logo halal yang TIDAK DIIKTIRAF oleh JAKIM. Justeru, penggunaan logo halal tersebut adalah menyalahi Akta Perihal Dagangan 2011 dan boleh dikenakan tindakan melalui peruntukan perundangan yang berkaitan di negara ini.
Ads
Pengguna Muslim dinasihatkan untuk tidak memilih produk berkenaan dan meneliti terlebih dahulu label bungkusan produk sebelum melakukan sebarang belian dan transaksi.
Pengguna yang menjumpai produk tersebut di pasaran dinasihatkan mengemukakan aduan lengkap dan menyalurkannya kepada pihak berkuasa iaitu Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui e-mel pr_halal@islam.gov.my atau kepada pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) melalui e-mel e-aduan@kpdnhep.gov.my / http://e-aduan.kpdnhep.gov.my/
Produk ini sangat banyak terjual di platfrom e dagang dengan harga bermula RM3 ke atas. Pastikan kita mencari yang halal dan diyakini ia menjadi darah daging selama-lamanya.
JEANS BURUK JANGAN BUANG, SERTAI KELAS JAHITAN KAMI. BUAT TOTE & SHOPPING BEG
Tak pernah pegang mesin, tak bermakna mak-mak tak pandai menjahit. Pelajari kaedah dan teknik jahitan mudah dalam kelas satu hari sahaja.
Dalam masa beberapa jam, walaupun beginner anda mampu menyiapkan satu tote bag daripada jeans terpakai dan nasi lemak recyclable bag.
Projek 1: Denim Tote Bag
Jom tukar jeans yang tak muat dipakai menjadi tote bag. Teknik yang dipelajari bermula daripada cara memotong kain, membuat ukuran kain, menjahit lurus, jahit tangkai beg, cara cantuman sehinggalah siap sebiji beg.
Projek 2: Shopping Bag
Beg beli belah berbentuk nasi lemak! Beg kitar semula ini bukan saja menjimatkan ruang, malah dapat melindungi alam sekitar kerana kurangnya penggunaan beg plastik. Teknik yang bakal dipelajari adalah cara jahitan melengkung, jahitan lurus, cara mengukur saiz beg dan cara membuat lipatan.
Jangan ketinggalan sertai Kelas Jahitan Kreatif Denim Tote Bag & Shoping Bag di SewingWorld, One City Subang Jaya pada 15 Oktober 2022 bermula 930 pagi hingga 5.30 petang. Yuran RM60 sahaja.
#kelasjahitankreatif #sewingworldgallery
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Bahagiakan jika celik saja mata, buka tingkap dan pintu rumah terbentang luas pemandangan gunung ganang yang menghijau. Tanaman sayuran pula mekar berbuah, subur hasilnya.
Perkongsian Azizul Julirin yang juga Pengarah Urusan Kundasang Aquafarm PLT tentang ayahnya ini begitu menjentik hati.
Bapanya dalam usia 62 tahun tetap produktif bekerja dengan tanam-tanamannya. Malah, kreatif dan berinovasi menghasilkan sistem tanaman hidropinik yang lebih baik.
Bukan sedikit tanaman yang ada di sekeliling kediamannya. Ada strawberi, buah tin, jambu kampung malah markisa yang sentiasa mengeluarkan hasil.
Menariknya, berganti-gantian pula jenis tanaman di sekeliling rumah mengikut bulan.
Bapa Masih Produktif Walau Usia Menjangkau 62 Tahun
Day 2 Ramadhan 2022
Alhamdulillah cuaca cantik pagi ni. Jadi saya keluar rumah hajat mau ambil gambar gunung. Bapa saya rupanya lagi dulu keluar tengok tanaman sayuran beliau.
Beliau masih sangat produktif walaupun usia sudah menjangkau 62 tahun. Saya pun kalah kalau pasal produktiviti kerja dengan beliau.
Tanaman di halaman rumah kami silih berganti. Bulan lepas tanam romaine lettuce, bulan ni tanam sayur minyak. Bulan sebelumnya tanam tomato kem, bulan ni bapa saya mau tanam tomato cherry dengan kaedah inovasi baru beliau.
Tanaman lain sekeliling rumah seperti strawberry, buah tin, jambu kampung, markisa sentiasa mengeluarkan hasil.
Anggur di rumah masih kecik. Yang di tanam di ladang sayuran saya yang sudah berbuah. Bunga ati-ati dan keladi mama punya bikin terapi walaupun sayang sekali nda boleh dimakan.
Semoga Ramadhan menjadikan kita mukmin yang lebih produktif dan berdaya usaha cemerlang.
Siapa yang pernah ke Kundasang, tentunya pernah sampai ke Kundasang Aquafarm ini. Ladang tanaman yang menghasilkan sayuran segar untuk masyarakat setempat dan sekitarnya.
Tentunya graduan Universiti Malaysia Sabah ini boleh berbangga dengan hasil tanaman yang subur lagi menghijau ini.
Anak Kongsi Rutin Bapa Setiap Pagi, Jengah Tanaman Sayuran
Jom! layankan gambar-gambar ayah Azizul yang komited dengan tanamannya.
Pemandangan yang membahagiakan. Semoga bapa-bapa kita semua sentiasa sihat setiap masa dan sempat melihat kejayaan anak-anak.
Rutin tiap pagi bapa saya, cek tanaman beliau sebelum beliau keluar tengok-tengok kebun lain.
Ada 4 rekabentuk sistem hidroponik di sini. Paling hujung kiri saya bikin, yang 3 lagi bapa saya bikin.
Inovasi sistem tanaman tomato hidroponik. Belum siap lagi. Petang bapa saya sambung dia bilang.
Sebak membaca coretan hati ibu pelakon filem Munafik dan One Two Jaga, Izuan Fitri, 19. Ibu Izuan Fitri, Nor Abdul Rani menitipkan doa semoga anak kembarnya yang mengalami penyakit tibi atau batuk kering segera membuka mata dan kembali berbicara seperti selalu.
“Bangunlah anakku, bangunlah kesayanganku. Bukalah matamu, senyumlah. Ucapkan kata seperti selalu ‘Mommy.. hai Mama.. selamat pagi.”
Namun, ketika ini anaknya itu masih lagi tidak sedarkan diri. Maklum abang kembarnya, Izuan Fikri, 19 adiknya yang dikejarkan ke hospital pada 31 Julai lalu masih belum sedarkan diri.
Menerusi pemeriksaan doktor, penyakit tibi yang adiknya hidapi sejak dua tahun lalu dah mula menyerang bahagian otak.
Sebelumnya, Izuan Fitri alami kebas tangan dan kaki hingga tak boleh bergerak ke tandas. Waktu adiknya hubungi, dia dan kakaknya berada di pusat suntikan vaksin untuk mendapatkan suntikan vaksin Covid-19.
Sebaik sampai di rumah, segera dia bawa adiknya ke hospital. Dalam perjalanan itulah adiknya diserang sawan.
“Ya Allah sesungguhnya Kau Maha Mengetahui akan sesuatu.. Yang mana baik untuk setiap hamba-hambaMu..!! Kami tetap memohon keampunan Mu dari setiap dan segala dosa-dosa yang kami perbuat. Kau ampuni lah kami.. kau ampuni lah ankaku. Hanya pada Mu aku serahkan. Takdir Mu untuk anakku. Kau pelihara lah anakku Mohamad Izuan Fitri dari segala kesengsaraan. Dari segala penderitaan.. dari segala kegelisahan. Kau kuat kan la semangat nya Ya Allah!!
Titipan Doa Dari Pengarah Sabri Yunus
“Izuan Fitri.. pelakon remaja yang berbakat besar. Dia Butak yang degil dan berani.. yang nakal dan budiman. Dikhabarkan berita duka bahawa Izuan kini sedang berjuang dengan hidup di hospital Selayang.. mari berdoa untuk adik ini.”
*Dia berjuang melawan kuman tibi yang bersarang hingga pada otaknya.
***Foto ini saya rakam tanpa dia sedar di atas kapal korek , Batu Gajah masa shooting filem Butak.
Mingguan Wanita :Semoga Izuan Fitri kembali sedar dan keluarganya dipermudahkan urusan.
Kebanyakan para wanita dan isteri gemar perhiasan seperti barang kemas. Atas rasa kecintaan dan ingin membahagiakan isteri tersayang, seorang suami sanggup melakukan apa sahaja. Walaupun diri seorang pengemis, lelaki ini sanggup mengumpul duit hasil mengemis untuk membelikan barang kemas sebagai hadiah buat isteri.
Namun di musim pandemik ini, pembelian barangan kemas tersebut bukanlah mudah, apatah lagi rata-rata mengutamakan pembayaran secara online.
Seorang lelaki tua terpaksa berdepan kesukaran membeli barang kemas buat isteri tercinta hanya kerana mahu membayarnya menggunakan wang tunai, lapor laman berita Tribune News, baru-baru ini.
Kumpul Duit Dalam Karung Guni
Kehadiran Januri di dua kedai emas di daerah Ketanggungan, Jawa Tengah telah ditolak oleh pemilik kerana dia mahu membayar barang kemas menggunakan wang dikumpul dalam dua karung guni yang dipikulnya.
Dia bernasib baik apabila kedai ketiga iaitu Kedai Emas Rama menyambut kehadirannya dan melayan dia dengan baik.
Menurut pemilik kedai, Henky, Januri memikul dua karung guni berisi wang kertas bercampur syiling dan memberitahu mahu membeli barang kemas buat isterinya.
“Dua karung guni itu berisi wang berjumlah 6.5 juta rupiah (RM1,867) dan kami menawarkan seutas rantai emas, sebentuk gelang tangan seberat 10 gram serta lapan gram yang memiliki nilai serupa.
Gambar hiasan
“Pak cik itu sangat gembira kerana ada kedai yang menerima wangnya. Dia memberitahu bahawa dia seorang pengemis dan duit hasil mengemis disimpan untuk membeli hadiah buat isteri,” kata Rama.
Tambah Rama, kebanyakan kedai emas menolak kehadiran Januri kerana mereka lebih selesa membuat urusan jual beli secara online di musim pandemik.
Mingguan Wanita : Macam-macam cara untuk bahagiakan isteri. Walaupun diri seorang pengemis, tetap berusaha untuk kumpul duit belikan barang kemas demi isteri bahagia.
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirasi dan lain-lain.
Bekas penyampai berita, Puan Sri Normala Samsudin dan gelaran ‘Wanita Melayu Terakhir’ sememangnya tak dapat dipisahkan.
Beliau kini tenang menjalani kehidupan peribadi sebagai seorang isteri,...