suami orang

Sehabis boleh memang nak elakkan daripada jatuh hati pada suami orang, tetapi kalau tetiba hati teruska juga macam mana ya?

Bercinta dalam diam dan anggap itu takdir yang Allah tentukan? Mudahnya nak bina kebahagiaan atas derita orang lain. Sepatutnya, cubalah mengelak dan fikir perasaan orang sekeliling. Ini termasuk hati perempuan yang berstatus isteri kepada suami orang yang kita tersuka tadi.

Isu ini lebih mudah dihadam kalau anda boleh berlapang dada dengan pandangan saudara Firdaus Shakirin ini, mudah bagi kita tapi belum tentu mudah bagi orang lain.

Bila Dah Jatuh Hati Suami Orang

Saat kita didekati oleh suami orang, saat kita jatuh hati pada suami orang, saat kita rasa bahawa suami orang itu yang terbaik untuk kita dengan sifatnya, sikapnya dan cara dia melayani kita, maka ingatlah kata-kata diatas.

IKLAN

Mudah bagi kita untuk rasa semua tu.

Kita minta urusan kita dan si dia dipermudahkan, dapat bersatu, hidup bersama… tapi bagaimana urusan orang lain iaitu isterinya?

Belum tentu mudah untuk isterinya menerima, belum tentu mudah untuk dia memahami apa yang terjadi. Belum tentu mudah untuk dia berkongsi dan belum tentu mudah untuk dia memulakan hidup dengan anak-anaknya jika dia memilih untuk pergi dari hidup suaminya.

IKLAN

Belum tentu mudah untuk dirinya.

Jadi, jatuh hati pada suami orang itu bukanlah satu kesalahan, ingin memiliki suami orang itu boleh jadi satu kemungkinan, dan berharap supaya dapat berkongsi itu bukanlah sesuatu yang diharamkan.

IKLAN

Fikirlah Nasib Isterinya

Cuma fikir, apa yang kita inginkan ini mungkin mudah bagi kita, namun belum tentu mudah bagi orang lain.

Isterinya sangat memerlukan dia untuk terus menjadi seorang suami dan anak-anaknya juga sangat memerlukan dia untuk terus menjadi seorang ayah. Mereka memerlukan dia lebih dari kita perlukan dia.

Jadi, biarlah dia hidup dengan keluarganya, carilah orang lain.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI