perkahwinan

Masuk bab satukan pasangan, ramai yang lebih suka minta dimudahkan perkahwinan. Konon niat tak nak bebankan si dia bab duit hantaran dan bayar serba serbi. Ya, niat nak mudahkan tetapi macam mana pula soal persediaan bila hati dah bersatu?

Jaga-jaga… alam perkahwinan langsung tak sama dengan dunia bercinta yang semuanya nampak manis! Nak lebih pedas, baca perkongsian daripada Puan Intan Dzulkefli ini…

Ada saya terbaca anak-anak muda menulis nukilan tidak puas hati ibubapa masing-masing menyukarkan perkahwinan.

Makpak suruh ada kerja dulu. Ada kereta. Ada rumah. Lepas tu pulun minta hantaran tinggi-tinggi. Mulalah masing-masing keluarkan hadis ‘perkara yang tak boleh ditangguh-segera nikahkan anak perempuan’ & segala hujah kebaikan kahwin awal & memudahkan perkahwinan.

Saya faham perasaan nak segera kahwin tu bagaimana. Sebab saya pernah juga jadi bujang & tunangan orang selama 2 tahun. Memang mencabar, terutama bab menjaga hati tu.

Cuma saya minta, janganlah point ‘menyegerakan perkahwinan’ itu dijadikan alasan untuk kalian sampai mengecilkan hati ibubapa. Seolah ibubapa tak faham apa-apa.

IKLAN

Sebenarnya kalian yang belum faham perasaan ibubapa. Sebab kalian belum jadi makpak. Tak rasa sakit hamil, beranak, berpantang, tak cukup tidur bertahun-tahun, air mata penat lelah membesarkan. Semua tu bukan magic macam drama tunjuk sweet-sweet alih-alih dah berketul keluar anak comel-comel tetiba dah besar.

Mana ada makpak yang tak sayangkan anak & mahu anaknya susah. Bahkan disebabkan makpak tahu betapa payahnya & beratnya tanggungjawab selepas kahwin tulah makpak suruh kalian ‘all out’ selagi boleh semasa belum terikat.

Kebanyakan anak-anak muda selalu ‘clueless’ tentang perkahwinan. Dia anggap sama seperti bercinta. Sedangkan semasa bercinta kita tidak terikat tentang tanggungjawab. Belanja makan waktu dating di restoran sekali sekala. Tetapi setelah kahwin semua perbelanjaan dapur, bil eletrik, bil air, pampers-susu anak & nafkah pasangan selama sebulan-tiap bulan perlu difikirkan. Takkanlah lepas kahwin masih nak biar mertua tanggung makan, pakai tempat tinggal anak isteri?

Jangan cuma terbayangkan penghujung couple & cinta adalah majlis akad nikah, majlis walimah grand, pakai baju cantik, photoshoot sweet-sweet, bangga kahwin awal & kemudian…. happily ever after.

IKLAN

Sedangkan hakikat sebenar, akad nikah itu cumalah pintu gerbang sahaja. Selepas itu, amanah & tanggungjawab yang berat bakal digalas.. ujian demi ujian akan datang menguji keimanan, kematangan, kesabaran, ketenangan & kelapangan hati menangani stress & pelbagai ujian samada dari diri sendiri, pasangan, anak-anak mahupun keluarga dua belah pihak.

Jangan hanya ‘menyalak’ minta dimudahkan perkahwinan, murahkan mahar (sebenarnya bukan murah sebaliknya ‘mudah’kan mahar), tapi bab tanggungjawab apa semua tidak tahu.. yang perempuan keja asyik melekap dengan hp tengok tutorial mekap, selfie & post pic ‘ootd’, yang lelaki pula sibuk dengan game, layan porn & melepak kedai mamak 24jam.

Itu belum lagi bab culas tentang solat. Kahwin nak cepat bagi elakkan zina katanya, tapi rukun solat pun tak reti, rukun iman pun gagap nak sebut, berapa jenis darah wanita benda habuk tak pandai, bab tajwid izhar halqi, iqlab apa benda semua tak tahu sebab dah bertahun tak mengaji Quran..

Statistik perceraian di Malaysia pada 2015 ialah 63,463 & hingga oktober 2016 pula 48,077 kes cerai dilaporkan. Statistik lain 267 kes cerai dilapor setiap hari & 11 pasangan bercerai dalam masa sejam. Semua ini kes perkahwinan yang usianya di bawah 5 tahun.

IKLAN

Punca?

51% tiada persefahaman, 16% suami tak bertanggungjawab & 12% sebab isteri curang. Dalam pendedahan lain, ramai ustaz kata punca utama bercerai sebab pasangan tidak solat!
Tepuk dada tanya iman… begini ke perkahwinan yang Rasulullah SAW & agama mahukan?

Saya tak terniat untuk memberi bayangan buruk & menakutkan tentang perkahwinan, cuma saudara saudari yang eager nak kahwin tu perlulah sedar perkahwinan bukanlah fairytale semata. Marriage life bukanlah seindah yang dibayang, bukan juga seburuk yang disangka. Kerana tiap dari kita ‘ukuran kasut’nya berlainan.

Mudahkan pernikahan itu memang digalakkan tetapi janganlah sampai kita ambil mudah tentang persediaan menghadapi perkahwinan.

Kerana sesungguhnya berkahwin itu sangatlah mudah, tetapi menggalas tanggungjawab & melalui ujian setelah itu tanpa bekalan ilmu, amal & iman amatlah payah ibarat meniti titian yang rapuh.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI