Jangan Cuma Pakai, Bila Produk Kecantikan ‘Expired’ Pun Tak Tau Kira

Wanita ini, Syahira Farzana berkongsi info cara kira atau membaca tarikh luput atau expired satu-satu produk kecantikan penjagaan wajah yang ada dalam simpanan.

Kena hadam baik-baik. Kegagalan memahamkan dengan baik, itulah boleh jadi penyebab produk tak lagi berkesan, lebih seram.. bakteria pun dah mula membiak.

 

Jangan Cuma Pakai, Bila Produk Kecantikan ‘Expired’ Pun Tak Tau Kira

Cara Kira Tarikh Luput Produk Kecantikan

Nama saya syiro.
Saya seorang skincare hoarder.
Tapi saya jarang buat skincare inventory.
End up saya selalu peram produk kadang sampai produk tu hampir/sudah expired.
Saya kurang cerdik.
Jangan jadi macam saya.

Okay, ramai orang tak amik berat pasal expiry date in skincare/makeup product sebab ingat expiry date ni penting kalau bab makanan/minuman je. So hari ni i nak ajar cara untuk check bila expiry date untuk skincare korang.

Secara general, ada 3 jenis date/simbol yang penting in order for you untuk tahu bila expiry date sesuatu produk tu. Tapi bukan semua benda tu akan ada kat sesuatu produk :
1. MFG DATE
2. EXP DATE
3. PAO

 

Jangan Cuma Pakai, Bila Produk Kecantikan ‘Expired’ Pun Tak Tau Kira

IKLAN

Makna 3 Jenis Tarikh Atau Simbol Ini

Refer gambar untuk tahu apa makna 3 jenis tarikh/simbol ni. Okay, kat sini Syiro nak explain what if produk tu takde tulis bila PAO dia atau EXP DATE dia atau MFG DATE dia.

Kalau takde tulis PAO tapi ada MFG & EXP DATE – it means produk tu boleh pakai dalam lebih kurang 12 bulan lepas dibuka. Tapi kena perhatikan jugak perubahan dari rupa & bau dia. Kalau ada berubah tu, better buang. Kalau tak bukak lagi, ikut EXP DATE tu.

Dan kalau takde tulis EXP DATE tapi ada tulis PAO & MFG DATE – kalau tak bukak lagi, expiry date dia adalah 3 tahun selepas MFG DATE. Kalau dah bukak, ikut PAO punya tarikh.

Kalau takde tulis MFG DATE tapi ada tulis PAO & EXP DATE – takde masalah. Follow je EXP DATE, if tak bukak lagi and kalau dah bukak, follow lah yang PAO.

 

IKLAN

Jangan Cuma Pakai, Bila Produk Kecantikan ‘Expired’ Pun Tak Tau Kira

 

Ini Cara Kira Yang Lebih Detail

Q : What if EXP DATE tulis 25 July 2019, pastu i bukak produk tu 14 Apr 2019, PAO dia 12 bulan. So, i nak kena ikut expiry date yang mana?

A : Whichever comes first. Contoh macam kes kat atas, EXP DATE yang sampai dulu berbanding PAO. Kalau ikut PAO sepatutnya boleh guna sampai 14 Apr 2020 tapi disebabkan expiry date 25 July 2019, so basically 25 July tu that particular product dah considered as expired.

Q : What if EXP DATE dia hanya tulis 10/19 ? Maksud nya expiry date before bulan 10 atau akhir bulan 10?

IKLAN

A : Okay, i don’t know bout you guys tapi bagi syiro bila dia bagi tarikh camni i akan anggap yang expiry date dia adalah akhir bulan. Contoh kalau bulan 10, i akan consider dia punya expiry date adalah 31/10 instead of 30/9.

 

Jangan Cuma Pakai, Bila Produk Kecantikan ‘Expired’ Pun Tak Tau Kira

 

Bahaya Pakai Produk Kecantikan Yang Dah Lepas Tarikh Luput

Apa jadi kalau pakai produk yang expired?

– produk mungkin akan jadi tak berkesan
– ingredients dah tak stabil
– bakteria mungkin dah start membiak
– mungkin boleh breakout

Sumber/Foto : Syahira Farzana

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI