
Pertandingan Suami
Dalam diam ada isteri yang buat pertandingan suami siapa yang paling kaya, tak cukup itu ada pula yang jenis tayang semua hal rumah tangga ke media sosial.
Kurang pasti untuk apa, mungkin ada yang rasa patut kongsi sebab nak tunjuk dia pun mampu dan suaminya sayang lebih!
Haa… itu kesimpulan kecil sahaja, lebih jauh hanya empunya diri yang tahu. Kalau nak cerita pasal hal rumah tangga, memang banyak cabang dan rasa. Tetapi penyakit hal rumah tangga hari ini adalah suka banding dengan pasangan lain sebab nampak di medsos.
Biasanya isteri yang insecure sahaja yang suka buat perbandingan. Kalau isteri yang cool, siapa pun suaminya, dia akan terima buruk baiknya, akan sentiasa hargai setiap titik peluh pengorbanan suami.
Ada sesetegah kes, buka media sosial pun boleh jadi murung. Puncanya tengok pasangan orang lain bagi emas pada isterinya, bawa pergi bercuti dan mungkin sambut ulang tahun perkahwinan di restoran mewah, tetapi dia langsung tak merasa. Ini lah permainan hati yang akan buat dirinya rasa tidak bahagia. Bahaya!
Baca Artikel: Isteri Berusahalah Memenangi Hati Suami Bukan Asyik Banding Dengan Lelaki Lain
Kemudian dari pihak ketua keluarga pula, suami yang Qawwam tidak akan boleh dibandingkan dengan apa-apa pun nilai yang ada di dunia ini.
Kunci bahagia adalah bersyukur dan berdamai dengan takdir, insyaa Allah akan rasa lebih dari cukup.
Haaa… yang kes isteri dapat reward selepas bersalin pun boleh jadi punca. Sebab ada sesetengah wanita, tidak pernah sekali pun dapat sesuatu selepas bersalin.
Dalam situasi ini, dia reda kerana love language setiap orang berbeza. Terpulang pada cara masing masing. Paling penting suami dapat jadi imam dan ayah yang baik, itu sudah memadai.
Bak kata Ustazah Nazirah Abu Bakar dalam satu video Zon Ilmu, bila buat sesuatu dalam rumah tangga, jangan mengungkit, jangan mengaduh dan mengeluh, serta jangan membanding-bandingkan. Apa yang kita dapat, memang itulah bahagian kita. Tuhan bagi sesuai dengan apa yang kita perlu.
Cuma kadang-kadang kita jadi rasa tak lengkap sebab kita sibuk membandingkan suami kita dengan suami orang.
Kena faham, suami orang itu suami oranglah. Dan suami kita, suami kita. Bahagia dengan cara kita bukan Bahagia dengan cara orang lain.
@zonilmuJANGAN BANDING SUAMI KITA DENGAN SUAMI ORANG Video Penuh DI YouTube ZON ILMU♬ original sound – ZON ILMU
Perlu kita sedar, wanita yang matang dia tidak terkesan dengan perbandingan tetapi dia bersyukur apa yang dia dapat dan bersyukur kebaikan yang suaminya berikan.
Semoga kita boleh berubah menjadi pasangan yang terbaik dan kekal setia dengan orang yang sama tanpa membandingkan dengan orang lain. Inshaa Allah.