Tahu tak baja kulit telur ini cukup bagus untuk tanaman dan pokok bunga? Haaa… lepas ini jangan ke dalam tong sampah ya, ambil dan tumbuk jadikan baja untuk tambah nutrien pada tanaman di rumah.
Kalau ikutkan memang ada banyak jenis baja dipasaran yang boleh dijadikan sebagai ‘makanan tambahan’ buat pokok-pokok mahupun tanaman kesayangan agar menjadi lebih subur, segar dan membesar dengan sihat.
Tetapi tak salah kalau anda tambah dengan zat yang ada pada telur, tambah pula boleh dapat cara senang!
Menerusi perkongsian Norisniyati Abdul Hamid beliau berkongsi cara menghasilkan baja organik daripada sisa kulit telur yang cukup mudah dilakukan. Apa yang penting ia selamat digunakan, menjimatkan kos dan paling penting ia kulit telur dapat dimanfaatkan sepenuhnya. Takde lah dibuang begitu sahaja.
Bahan-Bahan:
Kulit Telur
Cara Membuat:
1.Basuh kulit telur tersebut.
2.Jemur kulit telur pada cahaya matahari.
3.Tumbuk hancur kulit telur tersebut menggunakan lesung batu.
4.Taburkan pada pokok/ tanaman seminggu sekali.
Siap! Selamat Mencuba!
Sumber: Norisniyati Abdul Hamid (Kebun Bandar: Jom Tanam Sendiri)
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Elak Tragedi Ditimpa Kepala Air, Ini Tips Keselamatan Mandi Sungai Khususnya Sungai Pertama Kali Kita Pergi
Elak tragedi ditimpa kepala air, ini tips keselamatan mandi sungai khususnya sungai pertama kali kita pergi. Tragedi menimpa 9 sekeluarga yang kesemuanya meninggal dunia ditimpa kepala air di kawasan air terjun Jeram Mawar, Air Putih, Kemaman, Terengganu dua hari lalu sangat menyayat hati.
Elak Tragedi Ditimpa Kepala Air
Dalam tragedi ini, kesemua mangsa terdiri dari ibu dan ayah termasuk tujuh anak berusia di antara 4-18 tahun dilaporkan lemas apabila tidak menyedari kepala air datang secara tiba-tiba.
Bagaimana mahu mengelak tragedi ini terjadi? Khususnya sungai yang pertama kali kita kunjungi? Lelaki kongsi tips keselamatan yang harus kita pelajari bagi mengelak berlakunya tragedi malang ini terjadi. Kita ambik iktibar apa yang berlaku.
BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :–Cara Elak Jadi Mangsa Kepala Air, Kena Tahu 5 Tanda Awal Sebelum Kejadian
RISAU ‘Camping’ Kawasan Air Terjun, Panduan Kenalpasti 3 Jenis ‘Kepala Air’!
BANJIR BALING: 3 Sekeluarga Termasuk Wanita Lumpuh Hilang Dihanyut Kepala Air!
Ini Tips Keselamatan Mandi Sungai Khususnya Sungai Pertama Kali Kita Pergi
Tips keselamatan mandi sungai yang saya amalkan (2 minit baca). Terutamanya sungai yang saya tak pernah sampai sebelum ini.
- Bila sampai sungai, kalau ada orang tempatan, orang yang meniaga di situ atau pengunjung lain yang biasa di situ. Tanyakan kalau-kalau sungai tu kerap berlaku kepala air. Depa will be more than glad to give extra information & safety tips, like kat mana spot yang air bahaya.
- Sebelum masuk sungai tengok kawasan tebing sungai. Perhatikan kesan-kesan air pasang setinggi mana. Boleh kenal pasti dari kesan2-kesan sisa daun dan ranting yang tersangkut di tebing sungai. Boleh nampak seperti satu paras garisan di tebing sungai.
- Sebelum masuk sungai, anggarkan kedalaman sungai tu, logiknya kalau spot yang gelap tu, agak dalam la. Kalau batu yang gelap, tanda dia berlumut dan licin. Pakai kasut untuk aktiviti air kalau boleh.
- Bila dah masuk sungai… kenal pasti siap-siap mana escape route paling dekat, paling cepat, paling selamat dan paling tinggi untuk anda selamatkan diri dan keluarga.
- Semasa mandi, pastikan anda menghadap arah aliran air datang. Maksudnya pandang ke hulu la. Supaya nampak bahaya datang, sama ada kepala air atau haiwan dalam air yang glide dengan aliran air atau kayu-kayu tajam.
- Sebaik-baiknya wisel di leher. At least kalau anda nampak bahaya.Blow like crazy, akan alert everybody.
- Spot yang anda mandi tu, kalau boleh pastikan ada clear straight view lebih kurang 50- 100 m arah air datang. So boleh nampak kalau kepala air datang dari jauh. Jangan mandi di selekoh.
- Kalau ada anak-anak kecil… make sure they are within your reach. Budak-budak ni belum well develop dari segi depa punya body coordination, menganggar bahaya etc. Jangan terlalu nak bagi freedom sangat dalam sungai, keep both eyes on them. Takut menyesal.
- Kalau gelap di hulu sungai, air makin berkeladak, daun-daun dalam sungai makin banyak mengalir, berbuih sana sini. Ertinya air makin deras. Mungkin hujan di kawasan bukit hulu sungai. Gerak naik segera.
- Kalau boleh sediakan lah tali ka, atau buoy ka atau apa-apa yang boleh bantu untuk rescue family atau orang lain.
- Kalau nak pacak khemah ke, nak buka kerusi healing ke, especially bermalam. Saya takkan station tepi sungai yang sama level dengan aras air sungai.
Note: Pakai baju terang, at least kalau bobbing dalam air, senang orang nampak nak rescue. Perkongsian Md Nor Fahmy
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Suami isteri tinggal satu rumah selepas bercerai? Boleh atau tidak? Min pun jadi tertanya-tanya selepas tengok drama viral yang terbaru. Rupanya, macam tu ya jawapannya.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Mentaliti Masyarakat Barat, ‘Car Seat’ Anak Satu Keutamaan & Keperluan!
Ramai mak ayah sedia maklum bahawa mulai tahun 2020, pemasangan kerusi keselamatan bayi atau carseat adalah diwajibkan. Perlaksanaan undang-undang ini, menimbulkan pelbagai reaksi. Ada yang bersetuju dan ada yang mempertikaikan pelbagai perkara berkaitan pelaksanaannya.
Mentaliti masyarakat di barat dilihat lebih bersikap terbuka dan menganggap bahawa pemasangan car seat anak merupakan satu keutamaan dan keperluan demi keselamatan anak-anak mereka. Perlu dibawa ke mana-mana sahaja walaupun menaiki kapal terbang.
Perkara dan pengalaman ini dikongsikan oleh Puan Eda Othman dalam catatannya ketika berada di luar negara, baru-baru ini.
“Apa yang saya belajar sepanjang musafir di negara orang. Negara maju… Adalah mentality mereka… Tak dinafikan apabila law mengetatkan untuk memakai car seat, mak ayah ni sampai sanggup bawak naik flight.. Dalam seat kapal terbang pun ada yang pasang.. Dan ada juga yang checked in car seat mereka bila travel intercity atau negara lain.”
“Bila negara mereka buat undang-undang begitu, memang mak ayah letak car seat ni jadi priority. Sekalipun sekecil kecil booster tetap mereka bawak kehulu kehilir. 1 sebab keselamatan anak, 1 lagi sebab mereka akan kena tahan polis dan didenda kalau takde carseat.”
Diwajibkan Tahun 2020
“Bila fikir kat Malaysia carseat bakal diwajibkan tahun 2020, saya rasa keluarga yang anak 3 ke bawah dan punyai kereta sekecil-kecil myvi, bersyukur lah kerana anda mampu letak 3 car seat dalam kereta dan mampu lindungi anak anda.”
“Saya ada sahabat yang berkerja di Jabatan Bomba di Jalan Pudu pernah berkongsi bahawa kemalangan maut melibatkan bayi yang tercampak keluar daripada kereta antara yang paling tinggi dalam dunia. Statistik bayi tidak berdosa meninggal dalam keadaan begitu sangat-sangat merisaukan di Malaysia.”
“Selalu dipangku ibu di seat hadapan, bahkan anak 2,3 tahun yang kerap gerak ke depan belakang pun sama.. Tanpa carseat..bahkan ada yang sanggup beli tilam angin untuk anak tidur tapi bila ada impak kuat, anak-anak lagi mudah tercampak apabila guna tilam itu.”
“Persoalannya sampai bila kita nak tengok anak-anak tak berdosa terlibat dalam kemalangan yang pada awalnya mampu dicegah? Biar anak menangis daripada kita yang menangis. Untung mereka yang anak tak ramai dan ada kenderaan. Letakkan keselamatan anak paling utama daripada barang-barang beg dan sebagainya.”
“Untuk mereka yang beranak lebih dari 3, saya doakan moga dipermudahkan urusan kita semua. Yang penting kita usaha cari jalan agar kita tak menjadi sebahagian daripada statistik kemalangan yang menyedihkan ini.
Letak Sebagai Keutamaan Dan Keperluan
“Ibu dan golongan BAPA lebih-lebih lagi.Tolong alert bab ni..kadang-kadang tengok anak tak de carseat, ayah main hp time driving, bawak laju lagi.Kagum tengok masyarakat barat. Sebab mereka letak bab ini sebagai keutamaan dan KEPERLUAN berbanding kemahuan.”
“Insyallah. Slowly but surely. We can make a change. Yang penting jangan salahkan kerajaan. Ketahuilah saban tahun ratusan ribu anak anak terlibat dalam kemalangan membunuh. Yang pasti pakai carseat ni tidak sesukar makan ubat kerana makan ubat ada allergy dan sebagainya tetapi bila pakai carseat, ia mampu melindung jika tidak banyak mungkin sedikit. At the very least!!! Pilihlah CE certification dan jenama yang diiktiraf agar tidak jadi masalah di kemudian hari. Nyawa anak-anak tiada galang ganti.”
“Harga carseat juga boleh kita survey. Dengar cerita bakal ada promo besar besaran untuk memberi peluang ibu bapa belikan carseat untuk anak-anak.
Sama sama kita doakan.
Sharing With Love,
Eda Othman
Baca Disini:Mak Ayah Mohon Take Note, Mulai Tahun 2020 Kerusi Keselamatan Bayi DIWAJIBKAN!
MW: Setuju sangat. Mak ayah jadikanlah pemakaian car seat ini sebagai keutamaan dan KEPERLUAN buat anak-anak.Demi melindungi nyawa dan keselamatan mereka.Nyawa anak-anak itu, tiada galang gantinya.
Sumber:Eda Othman
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Nama Aje Kotor, Tapi Kota Lama Di Montenegero Ini Cantik Sangat!
Kotor, Montenegro adalah pilihan Norashikin Tajuddin, seorang kaki ‘travel’ tegar. Montenegro adalah negara ketiganya dalam percutian di negara Balkan. Ikuti percutiannya ini.
Kotor, permata Balkan. Mungkin ramai yang tidak tahu sebenarnya untuk masuk Montenegro tidak memerlukan visa. Montenegro adalah sebuah negara pecahan daripada Yugoslavia.
Negara ini bersempadan dengan negara Croatia, Bosnia, Serbia, Kosovo dan Albania. Saya memilih negara ni kerana jarang rakyat Malaysia terutama yang pergi bercuti ke negara ini sendirian. Kebanyakannya akan mengikut pakej dari agensi pelancongan.
Tujuan saya ke negara Balkan kerana saya hendak mencabar diri saya dan berkongsi cerita kepada semua terutamanya ‘traveller’ dari Malaysia.
Kita boleh ke negara Balkan tanpa pakej pelancongan. Ia lebih murah dan 100 peratus menggunakan pengangkutan awam.
Bandar ini nama sahaja Kotor. Tetapi sebenarnya bandar ini sangat bersih! Kotor merupakan sebuah bandar yang terletak di persisiran pantai Montenegro. Sebab itu cantik.
Old Town Kotor atau Bandar Kota Lama Kotor dibina antara abad ke-12 hingga ke-14. Ia terletak dalam satu kawasan seperti kampung. Sebab itu ia lengkap dengan hotel, restoran dan pelbagai kedai. Tetapi makanan halal hampir tidak ada di sini.
Tapak Warisan UNESCO
Kotor terletak berhampiran pelabuhan di dalam wilayah Eropah Tenggara atau lebih dikenali sebagai Balkan. Pemandangan di bandar ini sangat cantik. Di sini kita tidak perlu naik pengangkutan awam sebab semua lokasi menarik berdekatan antara satu sama lain. Kita boleh jalan kaki sahaja.
Bandar Lama ini masih tersergam indah meninggalkan sejarah tersendiri. Malah ia telah diangkat menjadi Tapak Warisan Dunia Pertubuhan Pelajaran, Sains, Dan Kebudayaan Bangsa-bangsa Bersatu (UNESCO). Apa sahaja yang dikenali sebagai Tapak Warisan UNESCO sudah pasti confirmed cantik.
Paling menarik di sini adalah tembok yang mengeliling kota. Tembok ini dibina pada zaman Byzantine. Ia diperkuat di bawah Venetians apabila Kotor menjadi kota kubu terbaik di Adriatik. Seni bina bangunan di sini membuatkan saya terpegun sebaik memandangnya.
Kita juga boleh naik ke puncak Istana San Giovanni untuk melihat pemandangan Kotor yang sangat istimewa dan cantik ini.
Sepanjang berada di sini saya telah melawat Kampana Tower, Church of Our Lady of Remedy, mendaki St John Fotress, Cathedral of Saint Tryphon, berjalan di sekitar Bandar Kota Lama Kotor dan menaiki bot Monty B menikmati pemandangan sekeliling.
Pengalaman yang tidak dapat dilupakan sepanjang berada di sini ialah masa kami sampai di Old Town Kotor, cuaca sangat cantik. Tetapi kami tukar plan untuk membuat semua aktiviti pada esoknya. Tetapi esoknya hujan sepanjang hari. Jadi aktiviti kami semuanya terhad.
Selain daripada itu kami dapat melihat pasar pagi mereka. Telur ayam yang kami beli berharga RM2 sebiji. Dan kami juga dapat membeli ikan spesies trout terus dari nelayan. Dengan harga 2 Euro kami mendapat ikan yang segar.
Tip Ketika Bercuti Di Kotor.
1-Montenegro menggunakan matawang Euro.
2-Kebanyakan kedai-kedai seperti restoran, bank, bakeri, kedai cenderamata, farmasi, hotel dan lain semuanya ada di dalam Old Town Kotor.
3-Pengangkutan untuk jarak jauh seperti ke Albania / Dubronik dan lain-lain, bolehlah menaiki shuttle bus. Pastikan membeli tiket sehari awal di kaunter sebab kebanyakannya bas mempunyai jadual sehari satu atau sehari dua perjalanan.
4-Bawa makanan secukupnya di sini sebab tidak ada kedai halal ini.
5-Bandar Kotor adalah bandar kecil. Jadi kita boleh berjalan sahaja untuk melawat tempat-tempat menarik.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI