bandingkan isteri

Masih ramai pasangan yang suka bandingkan isteri dengan orang lain, bukan dari segi paras rupa saja tetapi cara uruskan rumahtangga pun sama.

Yang lagi menyakitkan hati golongan isteri, ada suami bandingkan isteri dengan ibunya. Tak kira lah dari sudut memasak dan cara melipat kai atau kemas rumah. Semuanya kurang sempurna di matanya.

Isyh, elok sangat ke perangai macam itu? Sebaiknya anda kena puji isteri dan terima seadanya. Sangat setuju dengan pandangan Puan Farizal Radzali ini, suami isteri kena saling menerima.

Tabiat Bandingkan Isteri Dengan Orang Lain

Sebuah perkahwinan adalah untuk saling melengkapi, bukan saling mengubah siapa pasangan kita menjadi seperti yang kita mahu tanpa fikir apa yang dia mahu.

Suami dan isteri hendaklah saling melindungi, saling mempertahankan. Bukan saling merendahkan, saling mengejek. Ada sesetengah suami atau isteri, suka memandang rendah pada pasangan mereka. Lagi sedih bila merendahkan pasangan mereka di hadapan orang lain.

IKLAN

Seperti bila berkumpul sesama ahli keluarga yang besar, bila makan bersama beramai-ramai, ada suami yang memuji masakan dan membandingkan masakan isterinya yang tak sedap. Tak sedih ke isteri tu? Walau dia tersenyum, sebenarnya dia cuma menyembunyikan perasaan terkilannya.

Ada juga yang bila berkumpul dengan kawan-kawan yang berjaya, berkedudukan tinggi, si isteri memuji kawan tersebut dan membandingkan dengan suaminya pula. Apa lah perasaan suami tu, seorang lelaki ada egonya.

Suami dan isteri tu berasal dari keluarga yang berbeza, jalan hidup yang berbeza. Maka dah tentulah setelah berkahwin dengan anda, sikit sebanyak sikap asalnya sebelum berkahwin dengan anda, akan ada sikit. Tak perlu bandingkan masakan isteri dgn masakan ibu anda, tak perlu bandingkan kekayaan suami dgn bekas kekasih anda, tak perlu kata isteri orang lebih cantik dan pandai bergaya, tak perlu kata suami kita tak sepandai kawan dia.

IKLAN

Jodoh tu Allah yang tetapkan. Walau bagaimana anda menyintai orang lain, tapi andai lain jodoh untuk anda, menangis air mata darah pun tetap kahwin dengan orang lain.

Ada Pro Dan Kontra

Namun Allah itu Maha Mengetahui. Setiap pasangan ada pro dan kontra.

Bila suami seorang yg agresif, isterinya pasif.
Bila isteri garang, suaminya lembut.
Bila suami mulut lepas, isterinya menjaga tutur kata.
Bila isteri boros, suaminya penjimat.
Bila suami panas baran, isterinya penyabar.

IKLAN

Semuanya cantik susun aturnya. Cuma kita yang tak perasan. Bila melihat orang lain lebih bahagia, mulalah kita merasakan pasangan kita tak sehaluan dengan kita. Ketahuilah, setiap pasangan sama. Ada pasang surut dalam kehidupan. Bila kaya, ada yang tak bahagia. Bila bijak, ada pula yang curang. Bukan tak ada pasangan yang cacat, hidup miskin tapi mereka bahagia. Kerana mereka redho dengan ketentuan Allah kerana Dia lebih tahu segalanya.

Muhasabah Diri

Jodoh yang telah ditetapkan adalah yang terbaik untuk anda, kerana Allah tahu kemampuan anda. Anda tidak cukup sempurna untuk mengatakan pasangan anda tak sempurna dan orang lain sempurna.

Siapa pasangan anda adalah cerminan diri anda.
Memburukkan pasangan anda seolah membuka pekung di dada sendiri.

Selagi tiada kemudaratan dalam kehidupan, terimalah pasangan kita seadanya. Andai membawa mudarat, ikutlah jalan penyelesaian yang Allah dah atur dalam Al Quran.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI