
Perubahan Pada Najis
Pernah tak anda ambil peduli tentang perubahan pada najis? Mungkin rasa pelik dan janggal tetapi sebenarnya anda patut risau jika kelihatan tanda yang berbeza daripada kebiasaan. Jom kita teruskan membaca berkaitan corak pembuangan air besar yang berkait rapat dengan masalah kesihatan.
Bristol Stool atau Bristol Stool Scale merupakan carta klinikal yang digunakan secara meluas di seluruh dunia untuk mengklasifikasikan bentuk dan jenis najis. Diperkenalkan pada tahun 1997 sebagai clinical assessment tool
bagi membantu profesional kesihatan menilai tahap fungsi system penghadaman.Carta ini digunakan untuk membantu menilai masalah seperti:
▪️Sembelit
▪️Cirit-birit
▪️Sindrom Iritasi Usus (IBS)
▪️Keberkesanan rawatan penyakit usus
▪️Perubahan corak pembuangan air besar.
▪️Type 1 & Type 2
Menunjukkan tanda sembelit. Najis keras dan kering. Kebiasaannya berpunca daripada kekurangan serat atau kurang minum air.
▪️Type 3 & Type 4
Dianggap sebagai najis yang normal dan paling sihat. Bentuknya mudah dikeluarkan dan menandakan system penghadaman berfungsi dengan baik.
▪️Type 5, Type 6 & Type 7
Menunjukkan najis semakin lembut sehingga cair, yang biasanya dikaitkan dengan cirit-birit. Keadaan ini selalunya disebabkan jangkitan virus, bakteria atau parasit, keracunan makanan dan lain-lain sebab lagi.
▪️Ramai orang menganggap bentuk najis tidak penting. Hakikatnya, perubahan pada corak pembuangan air besar boleh menjadi petunjuk awal bahawa terdapat sesuatu yang tidak normal pada sistem penghadaman.
Walaupun Bristol Stool Chart bukan alat untuk mendiagnosis kanser usus, ia boleh membantu kita menyedari perubahan yang berpanjangan dan mendapatkan pemeriksaan lebih awal.
▪️Najis berdarah atau berwarna hitam seperti tar.
▪️Perubahan bentuk atau corak najis yang berterusan melebihi 2–4 minggu.
▪️Najis menjadi semakin nipis seperti pensel secara berterusan.
▪️Sembelit dan cirit-birit yang datang silih berganti tanpa sebab yang jelas.
▪️Berat badan turun tanpa sebab.
▪️Sakit perut atau rasa tidak selesa yang berpanjangan.
Kanser kolorektal (kanser usus besar) merupakan antara kanser paling kerap berlaku di Malaysia.
Pengesanan awal melalui kesedaran terhadap simptom serta menjalani saringan mengikut faktor risiko boleh meningkatkan peluang rawatan yang berjaya.
Jangan abaikan perubahan pada najis anda. Kenali simptom, lakukan saringan jika berisiko dan dapatkan pemeriksaan awal.
Cegah sebelum terlambat lebih baik!
Sumber: Muhammad Adib Pathologist