Ketika diuji pandemik Covid-19, tiba masanya untuk seluruh umat Islam di Malaysia berganding bahu, sama-sama bergabung membaca surah Ar Rahman di rumah sendiri. Ini antara salah satu solidariti Malaysia #QURANTIME @QUARANTINE.
Datuk Hussamuddin Hj, Pengasas Yayasan Warisan Ummah Ikhlas menyeru orang ramai bersama-sama. Untuk menjayakan sessi Satu Jam bersama Al-Quran, di rumah masing-masing.
Katanya, “Menjelang waktu Jumaat/ Zuhur, 20 Mac 2020, Insyaallah JAKIM, TV AlHijrah, Yayasan Warisan Ummah Ikhlas & Sinar Harian bergabung tenaga.
Untuk membawakan sessi Satu Jam bersama Al-Quran yang akan dipancarkan secara langsung melalui TV AlHijrah kepada seluruh rakyat Malaysia.”
Gemakan Surah Ar Rahman Di Manapun Anda Berada
“Di dalam suasana takut, sedih, bimbang dan lemah yang menyelubungi rakyat saat ini, kita berharap Al-Quran lah yang memberikan kekuatan, penyejuk, petunjuk, panduan dan penyembuh kepada kita semua.”
Ads
“Mohon bantuan untuk kita sebarkan sessi 1 jam bersama Surah Ar Rahman pada 20 Mac 2020, siapkan Al-Quran bersama-sama kita dan Insya-Allah kita akan gemakan Surah Ar-Rahman dari manapun kita berada, memahami apa mesej Allah kepada kita dan mengamalkannya dalam kehidupan kita dengan tekun.”
Tambah beliau lagi, “Kepada Allah kita hadapkan wajah kita. Dan kepada Allah jua kita memohon pertolongan untuk memberikan kita kekuatan bagi menghadapi cabaran saat ini.”
Ads
“Mohon bantuan sebarkan seluas-luasnya sessi 1 jam, antara jam 12 hingga 1 petang.”
Ads
MW :Ambil peluang untuk baca bersama-sama dengan famili yang ketika ini jalani kuarantin Perintah Kawalan Pergerakan di rumah. Jom mak ayah!
Tempoh kuarantin, mempunyai lebih banyak masa bersama didalam rumah seharusnya dapat mengeratkan lagi hubungan suami isteri dan keluarga. Namun demikian, entah dimana silapnya dalam tempoh tersebut juga boleh meruntuhkan rumahtangga yang dibina.
Selepas lebih empat bulan ‘berperang’ menangani penyebaran COVID-19 dan dua bulan melalui perintah berkurung, negara China kini berdepan dengan peningkatan pasangan yang memohon perceraian.
Menurut laporan, terdapat ramai pasangan suami isteri di bandar besar seperti Xi’an, Dazhou dan Tongchuan di China telah memohon untuk memfailkan perceraian.Ia dikatakan berlaku gara-gara penguatkuasaan perintah kuarantin dalam usaha mengekang penularan wabak penyakit Koronavirus-2019 atau COVID-19.
Memetik laporan Daily Mail, sebuah pejabat pendaftaran di Dazhour, Wilayah Sichuan, menerima lebih 300 permohonan bercerai dalam tempoh tiga minggu sehingga 13 Mac 2020.
Di Xian, antara destinasi pelancongan popular di China dalam Wilayah Shaanxi, juga menyaksikan permohonan perceraian meningkat sejak ia dibuka semula pada 1 Mac.
Sebuah pejabat pendaftaran di Xian menerima 14 permohonan sehari, mencecah had maksimum yang dibenarkan. Malah ada pejabat pendaftaran kini menetapkan akan hanya menerima tidak lebih 10 permohonan perceraian dalam sehari berikutan jumlah permohonan yang meningkat.
Pengurus Pejabat Perdaftaran Perkahwinan Dazhour, Wilayah Sichuan, Lu Shijun memberitahu, 300 pasangan mendaftarkan perceraian sejak 24 Februari hingga 13 Mac 2020. Ini merupakan angka pendaftaran tertinggi bagi sesebuah pejabat pendaftaran.Menurut Lu, angka permohonan perceraian ini naik mendadak dibandingkan dengan sebelum merebaknya COVID-19.
Menurut beliau mungkin terdapat 2 sebab utama yang mengakibatkan berlakunya perkara ini.
Pertama, Pejabat Pendaftaran Perkahwinan baru sahaja dibuka semula selepas ditutup buat sekian waktu untuk mematuhi perintah lockdown di negara China.Permohonan yang mungkin hendak dibuat lebih awal, tetapi tidak dapat dilakukan kerana pejabat-pejabat pendaftaran ditutup hampir sebulan ketika penularan COVID-19 berada di kemuncak.
Kedua, ramai pasangan China dikatakan menuntut cerai akibat dari kuarantin yang terlalu lama sekali gus mencipta pelbagai drama dan konflik dalam rumah tangga mereka.Menghabiskan banyak masa bersama di rumah bukan sahaja menjadi jemu tetapi juga mewujudkan suasana tegang, sering bergaduh walaupun mengenai perkara-perkara kecil dan remeh. Akibatnya mereka memilih untuk bercerai, ujar Lu.
MW: Tak sangka kuarantin terlalu lama, suami isteri banyak masa di rumah pun boleh jadi punca bercerai. Apa-apa pun, pasangan suami isteri kena bijak luangkan masa bersama-sama, lakukan aktiviti yang boleh mengeratkan hubungan dan kemesraan di rumah. Paling penting saling bertolak ansur dalam tempoh ini.
Ketika negara dilanda wabak Covid-19, ramai perlu maklum betapa tak mudahnya para petugas yang bekerja di pusat saringan di hospital terlibat. Operasi saringan di bawah khemah luar bangunan hospital dengan suhu yang tinggi mendedahkan petugas dengan heat stress yang berbahaya.
Pendedahan hakikat kebenaran yang dialami para petugas ini dikongsikan oleh Ferwahn Fairis. Sungguh, situasi mereka tidak mudah, maka rakyat Malaysia.. jangan pernah lupa mendoakan urusan mereka dipermudahkanNya. Dan dilindungi mereka daripada virus bahaya Covid-19.
“Dah makan dah?” tanya kami kepada salah seorang doktor petugas di khemah saringan wabak Covid19.
“Tak sempat lagi doktor.. ” jawabnya.
Jam telah menunjukkan pukul 3 petang. Ada tujuh lagi orang yang belum disaring, manakala 16 telah berjaya disaring.
Petugas kami masih belum sempat sentuh makan tengahari yang disediakan dapur hospital. Kenapa iye?
Selain dari beban pesakit yang ramai, durasi untuk proses saringan seorang pesakit boleh mengambil masa sehingga 45 minit. Petugas perlu menyalin PPE mereka (personal protective equipment seperti mask, double gloves, face shield, Apron, etc) untuk SETIAP pesakit yang disaring.
Manakala, pemakaian dan penanggalan PPE pula perlu dilakukan dengan ‘sequence’ yang tertib untuk mengelakkan petugas tersentuh atau menghidu Droplet covid19 yang berpotensi terlekat pada PPE mereka.
Beginilah keadaan senario yang berlaku di khemah saringan setiap hari.
Doktor, misi, MA dan Atendan Kesihatan kami bekerja tanpa henti menyaring pesakit PUI (Person under Investigation).
Mereka mula bertugas pada pukul 8 pagi tadi, dan akan terus melihat pesakit hingga 8 malam sebelum syif bertukar. Syif mereka adalah 12 jam.
Kenapa 12 jam? Kerana setakat ini, jumlah ‘pool’ kumpulan doktor yang telah dilatih agak kecil dan jumlah ini masih belum membenarkan syif selama 8 jam dilaksanakan (3 syif/hari). Tidak lama lagi, jumlah ini akan bertambah dari 26 orang hingga 40+, setelah doktor yang di rekrut dari semua jabatan dan unit lain di hospital melengkapkan modul latihan yg telah ditetapkan. Begitu juga misi, MA dan Atendan.
Cuba tuan-puan amati gambar layout khemah saringan.
Perlu kami perjelaskan bahawa ruang saringan perlu dipisahkan dari ruang klinikal jabatan kecemasan (Emergency Department, ED) . Ini adalah untuk mengelakkan pesakit rutin ED bercampur dengan PUI dan seterusnya menghadkan penularan wabak di ED.
Dan kita perlu faham yang ED kami tetap menerima kes kecemasan seperti biasa (statistik 2017 menunjukkan sejumlah 130, 000 pesakit menerima rawatan di ED iye).
Maka di atas sebab ini, dan juga akibat kekangan ruang, lokasi khemah saring terpaksa diletakkan di luar ED berdekatan dengan bilik dekontaminasi.
Jadi, petugas saringan kami, yang lengkap memakai PPE yang berlapis-lapis, terpaksa bekerja di luar bangunan hospital. Unit OSH kami telah mengukur suhu di khemah dan mendapati ianya adalah boleh mencapai 33-35 darjah celcius!
Ini bermakna petugas kami terdedah kepada ‘heat stress’.
Menyedari ini, pihak pengurusan sedang bertungkus lumus mencari portable A/C untuk diletakkan di khemah. Namun ianya perlu diletak di lokasi yg betul untuk mengelakkan potensi ‘Droplet’ dari PUI covid19 dari merebak ke kawasan sekeliling.
Begitulah pelbagai cabaran yang dihadapi oleh pasukan petugas kami.
Beban kerja yang tinggi, waktu bekerja yang panjang, dan persekitaran tempat kerja yang tidak ideal.. Inilah pengorbanan yang terpaksa dilakukan demi menjaga kesejahteraan dan kesihatan kita semua.
Oleh itu, kami amat berharap tuan puan untuk memberikan kerjasama dan sokongan kepada petugas kami.
Semoga perkongsian ini sedikit sebanyak membantu masyarakat memahami apa yang berlaku di khemah saringan covid19 di hospital – hospital sekitar Lembah Klang kini.
Sila tekan butang share sekiranya dirasakan bermanfaat.
P/s: kudos kepada rakan kami di Hospital Sungai Buloh dan HKL yang merupakan ‘Admitting hospitals’ yang berhadapan dengan cabaran yg lebih besar merawat pesakit covid19 yang telah kami saring dan hantar kepada mereka!
P/S2: learn about National Fatigue Management Campaign at My REST. Please like the page to get updates. Jazakumullahu khair.
MW : Doakan para petugas ini dipermudahkanNya dan dilindungi sepanjang bertugas dari bahaya virus Covid-19. Jasa mereka untuk negara besar nilainya.
Ini kebenaran yang akan terjadi pada tubuh badan seseorang yang dijangkiti Coronavirus Covid-19. Diterangkan dengan mudah faham oleh Pakar Perunding Patologi Universiti Sains Malaysia (USM), Dr. Wan Faiziah Wan Abdul Rahman.
Apa yang virus ini buat bila masuk badan kita?
Boleh tak tolong jelaskan dalam bahasa lidah bonda..
Mungkin kerana majoriti penerangan yang ada dalam bahasa omputeh.
Corona ni lingkaran la.. ia berbentuk bulat dan dilingkari oleh protein berbentuk paku. Paku bukan sebarang paku tau, paku yang telah mengalami pengubahsuaian (mutasi) membolehkan ia bertindak sebagai kunci untuk masuk ke dalam sel manusia!
Sebelum ini dia tahu kod kunci untuk masuk ke dalam sel haiwan sahaja.
Dia bukanlah benda hidup secara teknikalnya, sebab dia perlukan perumah untuk hidup sama ada sel manusia atau haiwan.
Bentuk pun ringkas je. Sekali kena sabun atau alkohol terus pecah berkecai dindingnya.
Tapi sekali dia masuk ke dalam sel-sel hidup yang melapisi saluran pernafasan kita.. hmm.. habislah!
Virus ini akan merampas kuasa (hijack) sel, dengan mengarahkan sel membahagi dengan cepat. Dia masukkan gen/baka dia ke dalam setiap sel-sel dan mengarahkan sel fotostat gen dia (replicate), ibaratnya macam memaksa sel itu menjadi kilang pemproses virus. Maka makin banyak lah virus dihasilkan.
Sistem imun kita ada.. dia tahu ada virus dah hijack sel dan cuba melawan. Sebab itu kita ada simptom seperti demam, batuk dan selesema. Simptom ini menunjukkan badan kita sedang melawan virus.
Tapi itu pun mungkin terlambat, mungkin selepas seminggu atau 2 minggu virus bermaharajalela baru sistem imun tersedar.
Kerana apa? kerana ia makhluk baru. Makhluk corona yang demam selesema biasa tu protein dia lain. Protein yang terkandung dalam covid-19 ni badan kita belum pernah bermesra lagi.
Jadinya tempoh inkubasi virus dan simptom juga berbeza-beza bergantung kepada tuan rumah, sistem imun dan sejauh mana virus ni mampu fotostat dirinya membentuk sebuah batalion untuk menyerang paru-paru kita.
Apabila jumlah cukup banyak maka virus ini mampu takluk seluruh paru-paru menyebabkan radang paru-paru yang serius (pneumonia).
Bila paru-paru sudah makin gagal berfungsi, pesakit terpaksa diberi bantuan mesin pernafasan.
Maka sekiranya ditakdirkan kita dijangkiti (nauzubillah) mohon tiada komplikasi serius, mudahan sistem imun kita kuat melawannya.
Namun apa yang dibimbangkan bukan komplikasi ini atau kematian kerana peratusnya tidak tinggi, tapi yang lebih membimbangkan adalah kadar jangkitan,
di mana virus ini tersangat cepat merebak dari manusia ke manusia.
Mutasi atau pengubahsuaian bentuk virus ini memberi keupayaan luarbiasa untuk dia memasuki sel badan manusia dan dikhuatiri manusia yang dijangkiti boleh melebihi nilai kapasiti muatan.. maka tiada lagi hospital yang mampu menampung jumlah pesakit yang ramai.
MW :Faham kan? Sebab apa kita semua ini disarankan jaga jarak dan DUDUK RUMAH DIAM DIAM.