
SIAPA kata sakit lutut hanya masalah orang tua? Hakikatnya, wanita aktif, ibu bekerja, malah mereka yang rajin bersenam turut berisiko mengalami masalah sendi terutama jika pernah terjatuh, mengalami kecederaan lama atau memikul beban kerja yang berat.
Dalam era moden ini, kesihatan bukan lagi sesuatu yang wajar dipandang ringan. Gaya hidup aktif menuntut tubuh yang cergas, dan teknologi perubatan kini membuka ruang lebih besar untuk kembali pulih tanpa kesakitan berpanjangan.
Klinik Dr Hasbi, yang dikenali sebagai peneraju inovasi kesihatan dalam bidang rawatan regeneratif, khususnya terapi stem cell untuk memulihkan masalah lutut.
“Kami mahu pesakit kembali bergerak aktif tanpa kesakitan. Rawatan stem cell ini semula jadi, tidak memerlukan pembedahan dan masa rehat minimum. Selain meremajakan kulit, ia juga membantu tulang rawan pulih lebih cepat,” jelas Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Dr Hasbi Harun.
Rawatan utama di klinik ini menggunakan Mesenchymal Stem Cells (MSC), iaitu sel regeneratif yang terbukti secara saintifik mampu memperbaiki dan menjana tisu baharu. Ia bukan sekadar mengurangkan keradangan, malah turut menyokong kesihatan keseluruhan sendi.
Menurut Dr Hasbi, pendekatan rawatan bergantung kepada tahap kondisi lutut seseorang iaitu tahap ringan (hanya suntikan gel), tahap sederhana & serius di mana ia memerlukan kombinasi gel, kolagen dan stem cell untuk hasil optimum.
“Tanda awal seperti lutut berbunyi, rasa ketat waktu pagi, mudah kejang atau cepat penat ketika menaiki tangga tidak boleh diabaikan. Rawatan awal sangat penting untuk mencegah kerosakan lebih besar,” tegasnya.
Kesedaran inilah yang perlu dipupuk, terutama dalam kalangan wanita, yang sering mendahulukan keluarga sehingga mengabaikan kesihatan sendiri.
Selain rawatan lutut, Klinik Dr Hasbi pernah mencipta inovasi moden melalui Dr. B Clamp, kaedah khatan yang lebih selamat dan kurang trauma. Kini, klinik itu melangkah lebih jauh dalam dunia kesihatan regeneratif, menjadikan konsep wellness
sebagai pelaburan jangka panjang.Kolaborasi Klinik Dr Hasbi bersama kumpulan muzik popular Ruffedge pula menjadi simbol gabungan sains dan seni, selain mendekatkan mesej kesihatan kepada generasi muda.
Vokalis Ruffedge, Azan, turut berkongsi pengalaman peribadinya.
“Dulu saya ambil ringan bila lutut sakit. Sebagai seorang suami dan bapa, saya sembunyikan rasa sakit dari keluarga. Tapi, Lama-lama bengkak dan tak boleh disembunyikan lagi.
isteri cadangkan saya dapatkan rawatan. rupanya osteoarthritis. Rawatan stem cell di Klinik Dr Hasbi bantu saya kembali cergas demi keluarga dan kerjaya.”
Majlis menandatangani MoU antara Klinik Dr Hasbi dan Ruffedge turut disaksikan oleh Datuk Dr Hasbi Harun dan isteri, Datin Adibah Karimah, bersama anggota kumpulan Azan, Sein, Syed Mohammad, Zain dan Catt Farish.
Melalui kerjasama ini, setiap anggota Ruffedge aktif dalam pelbagai sukan pilihan masing-masing antaranya termasuklah bola sepak dan golf.
Jadi, melalui kerjasama ini, mereka akan berkongsi pengalaman menjalani rawatan stem cell untuk teknologi perubatan kini serta membuka ruang lebih besar untuk kembali pulih tanpa kesakitan berpanjangan.
Klinik Dr Hasbi kini merancang membuka Medical & Wellness Centre pada 2026, sebuah pusat enam tingkat lengkap dengan fasiliti rehabilitasi moden.
“Pelanggan bukan sahaja dari Malaysia, malah dari Hong Kong dan Singapura. Kami juga merancang membuka cawangan di Pulau Pinang dan Johor,” ujar Dr Hasbi mengakhiri perbualan.
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.