
Isyarat Asap
Dengan menggunakan isyarat asap, pasangan suami isteri serta anak-anaknya dijumpai mudah. Ternyata, ini salah satu tip yang sangat membantu pasukan penyelamat (SAR) untuk mencari orang yang hilang atau sesat di dalam hutan.
Misteri kehilangan enam individu yang menyertai Ekspedisi Trans Gerah di kawasan Gunung Gerah, Kelantan akhirnya terjawab apabila kesemua mereka ditemukan dalam keadaan selamat.
Lokasi kumpulan terbabit berjaya dikesan selepas pasukan mencari dan menyelamat (SAR) terlihat isyarat asap ketika melakukan tinjauan udara di kawasan hutan yang tebal.
Enam individu tersebut ialah pasangan suami isteri, Wan Ahmad Aslam Wan Zairudin, 39, dan Siti Zulaiha Norizan, 39, bersama dua anak mereka, Diya Raisha, 13, serta Ahmad Raef, sembilan tahun.
Turut bersama mereka ialah dua malim gunung, Shafiee Sidek, 49, dan Hazman Mamat, 43.
Menurut Pengarah JBPM Perak, Datuk Sayani Saidon, kumpulan berkenaan dipercayai berada kira-kira sejam perjalanan dari Kem Kulim ketika dikesan.
Operasi SAR kemudian digerakkan dengan kekuatan 25 anggota berhampiran kawasan mangsa. Sebanyak 11 anggota diterbangkan menggunakan helikopter JBPM Mi-17 sebelum diturunkan kerana kawasan tersebut tidak mempunyai lokasi sesuai untuk pendaratan.
Sekadar info, keenam-enam mereka mula memasuki kawasan hutan pada 29 Ogos melalui Kampung Dakoh, Gua Musang. Mereka sepatutnya menamatkan perjalanan dan keluar melalui Pos Kemar pada 3 September.
Apabila kumpulan itu gagal muncul mengikut jadual, laporan kehilangan dibuat sebelum operasi SAR dilancarkan.
Apa pun, syukur mereka semua sealamat. Buat anda yang meminati hobi ini, pastikan ikut cara yang betul apabila berlalu situasi seperti ini.